Tuesday 10 May 2016

Memorandum 16 Organisasi Kepada Menteri Dalam Negeri: Kekalkan Moratorium Terhadap Pekerja Migran Baru Struktur Semula Pasaran Buruh Negara Kita

Memorandum 16 Organisasi Kepada Menteri Dalam Negeri
Kekalkan Moratorium Terhadap Pekerja Migran Baru
Struktur Semula Pasaran Buruh Negara Kita

9hb Mei 2016


YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,

Kami, beberapa buah kumpulan NGO, Kesatuan Pekerja dan Parti Politik, mengemukakan Memorandum ini untuk memohon –

1. Moratorium terhadap pembawaan pekerja migran baru ke Malaysia diteruskan buat masa ini.

2. Sekatan-sekatan yang menghalang pekerja migran tanpa dokumen (PMTD) tampil ke hadapan untuk proses pemutihan dikenalpasti dan dimansuhkan. Antara sekatan yang menghalang proses pendaftaran PMTD adalah:
a. Kehilangan paspot ataupun paspot tamat tempoh
b. Ketiadaan permit masuk asal
c. Tempoh masa PMTD itu telah berada di Malaysia melebihi suatu tempoh
d. Penglibatan syarikat swasta dalam pengurusan proses pendaftaran dan penggajian semula menyebabkan kos terlampau mahal
e. Ramai majikan yang sekarang menggaji PMTD sebenarnya tidak layak menggaji pekerja migran disebabkan saiz dan modal syarikat
f. Ada banyak syarikat lain yang beroperasi sebagai pembekal buruh yang hanya menjadi majikan di atas kertas sahja.

3. Penangguhan operasi menangkap PMTD buat masa ini. Kerana jika operasi berlangsung, PMTD takut datang ke Pejabat Imigresen untuk mendaftarkan diri.

4. Mengkaji sebab-sebabnya begini ramai pekerja migran menjadi PMTD, dan mengambil langkah untuk mengatasi sebab-sebab ini.

5. Mengambil langkah untuk memobilisasikan pekerja tempatan untuk berkerja di kilang-kilang dan juga majikan yang lain.
 

Kehadiran 5.5 juta pekerja migran menjejaskan ekonomi golongan B40 kita!

Sepertimana diketahui umum, pada takat ini lebih daripada 5.5 juta pekerja migran berada di negara kita – 2.3 juta dengan dokumen yang sah, dan bakinya tanpa dokumen yang sah, walaupun ramai daripada golongan kedua datang mengikut saluran yang sah tetapi oleh kerana dianiayayi oleh ajen ataupun majikan melarikan diri dan berkerja sebagai Pekerjan Migran Tanpa Dokumen (PMTD).

Kehadiran 5.5 juta pekerja migran di negara kita menjejaskan ekonomi golongan B40 (bottom 40%) kita seperti berikut
- B40 kita menghadapi masalah mencari kerja kerana majikan lebih suka mengupah pekerja migran kerana pekerja migran boleh dibuli, dinafi bayaran overtime yang sah dan sebagainya. Inilah punca utama pengangguran tersembunyi (hidden unemployment) di kalangan B40 kita.
- Pekerja tempatan kehilangan kekuatan untuk merunding dengan majikan terhadap gaji, environmen kerja dan terma kerja yang lebih munasabah. Adalah amalan biasa majikan untuk mencabar pekerja tempatan untuk letak jawatan dan cari kerja di tempat lain jika mereka tidak suka terma.
- Pengangguran di kalangan B40 kita, dan penghantaran sebahagian besar pendapatan pekerja migran ke negara asal mereka (Lebih daripada RM 35 bilion tahun lalu!) memperlemahkan pasaran tempatan. Ini menjejas peniaga-peniaga kecil kita di kampong, pasar malam, pasar tani, gerai bandar dan sebagainya.

Ramai Majikan IKS suka mengupah PMTD kerana dapat menjimatkan kos buruh.

Pekerja migran tanpa dokumen (PMTD) adalah terperangkap. Ramai antara mereka datang sebagai pekerja migran yang sah tetapi kerana ditekan dan dianiayayi oleh majikan “sah” mereka, dan oleh kerana mereka tiada saluran untuk mengadu dan memohon keadilan, tiada jalan selain melarikan diri untuk mencari kerja dengan majikan lain. Ramai pekerja migran kehilangan paspot pada takat ini kerana biasanya paspot perkeja migran dipegang oleh majikan.

Majoriti di kalangan mereka tidak boleh pulang ke negara asal mereka sebelum mereka berjaya menghantar balik sejumlah wang yang mencukupi untuk selesaikan hutang-hutang yang mereka telah ambil untuk datang ke Malaysia.

Oleh kerana ini, mereka terpaksa menerima apa sahja gaji, terma kerja dan penginapan yang diberi oleh majikan. Mereka tidak dapat mengadu jika gaji tidak dibayar sepenuhnya ataupun langsung tiada bayaran overtime. Hendak mengadu ke mana? Mereka adalah tanpa dokumen dan boleh dimasukkan ke dalam lokap!

Ini bererti B40 kita terpaksa menerima terma yang diterima oleh PMTD jika B40 kita ingin dapat kerja kontrak ataupun di IKS.

Oleh kerana kesengsaraan yang dialami oleh PMTD dan juga B40 negara kita, amalan mengupah PMTD harus dihentikan dengan tegas. Menangkap dan menjatuhkan hukuman sebat terhadap PMTD bukan caranya mengendalikan masalah ini. Kerajaan harus bertindak tegas terhadap majikan yang mengupah PMTD. Jika beberapa orang pihak majikan dimasukkan penjara atas kesalahan mengupah PMTD, barulah amalan mengambil PMTD sebagai pekerja dapat dikawal.


Pengendalian kemasukan Pekerja Migran harus dikaji semula.

Tidak boleh dinafikan bahawa pada takat ini ekonomi negara kita memerlukan tenaga kerja migran. Tetapi jumlah yang perlu adalah lebih kurang 2.5 juta sahja. Lambakan (over-supply) yang kita hadapi sekarang berpunca daripada 3 faktor

a/ Ketamakan agen-agen besar yang ingin mengaut keuntungan lumayan daripada komisyen, fi dan bayaran lain daripada pekerja migran. Kontraktor buruh adalah juga penyumbang besar pada masalah lambakan pekerja migran. Mereka membawa masuk terlalu ramai pekerja migran dan oleh kerana tidak memberi peluang kerja yang mencukupi, sebahagian daripada pekerja migran ini terpaksa melarikan diri dan cari kerja sebagai PMTD.

b/ Pihak majikan yang menolak permohonan pekerja tempatan supaya dapat menjimatkan kos buruh dengan membuli pekerja migran dan mengelak daripada membayar caruman KWSP. (Inilah sebabnya kami menyaksi perkerja migran di banyak hotel, stesyen minyak, kedai 7-11, dll majikan. Orang tempatan mahu kerja tetapi majikan lebih berminat mengambil pekerja migran.)

c/ Ketiadaan jalan yang berkesan untuk pekerja migran mendapat keadilan jika bermasalah di tempat kerja. Ini yang menyebabkan mereka menjadi PMTD.

Ketiga factor ini memerlukan penglibatan Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk diatasi. KSM harus menjalankan kempen berterusan untuk mendaftarkan rakyat tempatan yang berminat dapat kerja. Sesiapa majikan yang ingin memohon membawa pekerja migran baru ke Malaysia harus dapat kelulusan KSM. Kerja itu harus ditawar pada orang tempatan dahulu, dan pihak KSM harus memantau untuk memastikan tawaran ini dilakukan secara ikhlas dan bukan sekadar mematuhi syarat sahja.

Syarikat-syarikat kontraktor buruh harus dimansuhkan. Mana-mana majikan (kilang, pembinaan ataupun ladang) yang ingin membawa masuk pekerja migran harus bertanggungjawab untuk memberi kerja yang mencukupi dengan terma yang munasabah.


Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia harus mengambil langkah untuk melindungi hak pekerja migran

Pada kami, golongan kumpulan yang membawa Memorandum ini, adalah amat jelas bahawa jika amalan membuli pekerja migran dibiar berterusan, pekerja tempatan di kalangan B40 juga akan mengalami kesan negatifnya. Antara langkah yang harus dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia adalah

a. Memansuhkan halangan untuk proses memutihkan Pekerja Migran Tanpa Dokumen (PMTD) yang berlangsung sekarang.

b. Mewujudkan saluran yang berkesan untuk pekerja migran mengadu jika dianiayayi oleh majikannya. Pada takat ini pekerja migran yang mengadu dibuang kerja, dipotong permit dan dihantar balik ke negara asal. Pekerja migran yang mahu membawa majikannya ke Mahkamah Buruh harus memohon untuk Pas Khas yang tidak senang untuk diperolehi. Jika dapat Pas Khas pun, adanya syarat tidak boleh kerja dengan majikan yang lain.

c. Memakai sebahagian daripada levi yang dikutip daripada pekerja migran untuk menggaji juru-juru bahasa di Pejabat Buruh dan di KDN yang boleh bantu pekerja asing mengadu dan menuntut hak asasi mereka (dan juga membiayai kos rawatan kesihatan mereka di Hospital Kerajaan).


Kerajaan harus mengambil langkah-langkah berkesan untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan kerja.

Pada takat ini beratusan ribu rakyat kita di bandar dan juga di luar bandar tidak dapat kerja penuh masa. Ramai penoreh getah dan mereka yang “kerja kampong” hanya dapat peluang bekerja 3 kali seminggu. Ramai orang pemuda kita tidak dapat kerja kerana ramai majikan termasuk kedai 7-11, hotel, stesyen minyak dll, pilih jalan senang (dan murah) dan mengupah pekerja asing.

Kerajaan kita harus memainkan peranan untuk memobilisasikan pekerja tempatan untuk berkerja di kilang dan di sektor perkhidmatan. Antara langkah yang harus dilakukan olerh kerajaan adalah –

1. Teruskan Moratorium terhadap pekerja migran baru. Kekurangan tenaga pekerja asing akan mendorong majikan mencari pekerja tempatan.

2. Menggalak pekerja tempatan melalui iklan.

3. Menggalak majikan membekalkan pengangkutan supaya pekerja tempatan termasuk pekerja wanita dapat pergi ke tempat kerja.

4. Menasihat majikan menawarkan shif  8 jam dan bukan shif 12 jam. Pekerja tempatan mempunyai tanggungjawab rumahtangga. Mereka tidak boleh kerja 12 hingga 14 jam sehari. Overtime boleh ditawar dari masa ke semasa tetapi tidak boleh dipaksa ataupun dijadikan amalan harian.


Mengutamakan golongan B40! Jangan akur pada agen pekerja migran besar dan kaum majikan.

Memang Malaysia memerlukan pekerja migran pada takat ini. Tetapi jumlah yang perlu adalah kurang pada 2.5 juta. Situasi sekarang di mana 5.5 juta berada dalam negara kita sedang memberi tekanan ekonomi pada rakyat tempatan terutama sekali B40 kita.

Sudah tentu agen-agen besar yang mengendalikan pengimpotan pekerja migran akan berlobi kuat untuk pemansuhan moratorium. Sudah tentu kaum korporat akan keriau-keriau bahawa busines mereka tidak dapat diteruskan jika pekerja migran baru tidak dibawa masuk dengan kadar segera.

Tetapi hakikatnya adalah negara kita sedang mengalami lambakan pekerja migran. Situasi ini membolehkan pihak majikan menjimatkan kos buruh dan membawa untung lumayan pada agen-agen buruh besar. Tetapi B40 kita terjejas oleh keadaan yang wujud sekarang.

Kami berharap kerajaan kita akan mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi oleh golongan B40 kita dan melaksanakan syor-syor dalam Memorandum ini.


Terima kasih



Endorsed by

ALIRAN
Blind Spot
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
KL-Selangor Chinese Assembly Hall Womens Section
Malaysian Trade Union Congress (MTUC)
North-South Initiatives
Paper and Paper Products Manufacturing Employees Union
Parti Amanah
Parti KeAdilan
Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Projek Dialog
Sahabat Rakyat
Sahabat Wanita
Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
Tenaganita
Women Development Organisation of Malaysia, PJ New Town Branch

0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE