Wednesday 9 March 2016

KENYATAAN AKHBAR SEMPENA HARI WANITA SEDUNIA

KENYATAAN AKHBAR SEMPENA HARI WANITA SEDUNIA

Kenyataan bersama bertarikh 8hb Mac 2016


Sempena sambutan hari Wanita Sedunia 2016, kami para aktivis masyarakat ingin mengutarakan kebimbangan kami terhadap pelbagai kekurangan dalam program Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menangani masalah warga ibu tunggal miskin di Negara kita.

Berikutan dengan mesyuarat dengan Timbalan Menteri KPWKM YB Senator Chew Mei Fun pada 14hb. Julai 2015 yang lalu, kami telah menerima maklumbalas kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh kami melalui surat bertarikh 3hb Februari 2016 dari Jabatan Pembangunan Wanita KPWKM.

Diantara kekurangan daripada respon KPWKM yang kami ingin ungkitkan di sini adalah seperti berikut ;

1. Isu Pengukuran Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

Kami amat terkilan dengan justifikasi KPWKM yang masih memegang kepada PGK RM720 sebulan, memandangkan amaun ini tidak lagi relevan pada pendapat kami. KPWKM menerangkan justifikasi PGK sebagai
adalah asas pengukuran tahap pendapatan bagi memenuhi keperluan minimum makanan dan bukan makanan untuk memastikan setiap ahli isi rumah kekal sihat dan aktif berfungsi  dalam masyarakat. Pengiraan PGK ini adalah berasakan konsep pemakanan seimbang World Health Organisation (WHO)…

Kami mempertikaikan perkara tersebut. Mengikut anggaran kami, pendapatan garis kemiskinan pada masa kini yang berasaskan keperluan sebuah keluarga 5 anggota, 4 orang anak (2 sekolah rendah/ satu di tadika / satu dirumah asuhan) dan seorang ibu tunggal sepatutnya seperti berikut:


Justeru itu, kita mengatakan PGK RM720.00 adalah tidak relevan lagi dan perlu diselaraskan setimpal dengan kos hidup. Maka sebab itulah, kami mencadangkan PGK diselaraskan kepada RM1,500 (keluarga) setimpal dengan kos hidup kini.

1.  Khidmat Pegawai Psikologi dan Pegawai Kebajikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kami mengalu-alukan perkhidmatan yang disediakan oleh JKM, tetapi  kami syorkan pihak Kementerianmemberi publisiti mengenai perkhidmatan kaunselor supaya ibu-tunggal tahu ke mana perlu tuju bila ada masalah. Oleh kerana kekurangan pegawai dan makluman ini, ramai ibu tunggal, wanita mangsa keganasan rumah tangga dan pelbagai mangsa masalah sosial terbiar tanpa panduan.

2.    Kemudahan pengasuhan untuk kanak
 Kami mencadangkan bahawa pihak KPWKM membeli dan memperuntukkan beberapa unit rumah kos rendah untuk dijadikan rumah asuhan dikendalikan oleh JKM itu sendiri. Kini isu ini ditangani melalui penyediaan Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK). KPWKM memaklumkan bahawa  hanya terdapat  149 PAKK diseluruh Negara. Jumlah ini tidak mencukupi. Maka dicadangkan, setiap kawasan perumahan rumah kos rendah mempunyai unit PAKK.

3.    Pengangkutan Awam untuk golongan miskin kota.
KPWKM memberikan kepastian bahawa suatu mekanisme diwujudkan dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menyediakan pass pengangkutan percuma kepada para pelajar dan juga wargaibu tunggal.

4.  Masalah apabila penyumbang tunggal keluarga menjalani hukuman penjara atau di Pusat Pemulihan Dadah
Apakah yang akan terjadi dengan keluarga apabila ahli keluarga tunggal yang bekerja  menyara keluarga itu, ditahan, dijatuhkan hukuman penjara ataupun terpaksa berada di Pusat Pemulihan Dadah?  Keluarga tersebut secara tidak langsung juga menjadi mangsa hukuman tersebut, tanpa sumber mata pencarian.  Setakat manakah golongan ini dipelihara melalui program-program  JKM,  program 1Azam dan sebagainya. Adakah golongan ibu dan keluarga ini diberikan perhatian khusus?

5.    Kuota membeli rumah kos rendah kepada Ibu Tunggal
Kami mencadangkan golongan Ibu Tunggal miskin kota diberikan sokongan dan keutamaan untuk membeli rumah kos rendah pada harga istimewa dan bukannya terbuka kepada harga pasaran terbuka. Sebilangan unit dalam setiap projek rumah kos rendah juga boleh diperuntukkan sebagai skim sewa beli kepada IbuTunggal dengan bayaran ansuran mudah.

6.    Adakah bantuan sampai sepenuhnya kepada kumpulan sasaran?
Kami difahamkan bahawa, hanya 61,600 ibu tunggal di beri bantuan dengan jumlah RM151juta. Merujuk kepada statistik, terdapat seramai 830,000 (dari jawapan Parlimen) ibu tunggal diseluruh Negara.  Adakah ini bermakna yang lain tidak mempunyai masalah menyara hidup?

Jika diandaikan 40% dari ibu tunggal tersebut berada dalam golongan miskin /berpendapatan rendah, iaitu 332,000 ibu tunggal berada dalam kumpulan pendapatan rendah dan patut terima bantuan JKM.

Jelas disini bahawa, bantuan JKM kepada ibu tunggal tidak sampai kepada keseluruhan kumpulan sasarannya dan masih 80% ibu tunggal yang layak tidak menerima apajua bantuan!

Kami ingin tahu siapakah yang menjadi kumpulan sasaran ibu tunggal dalam Pelan Tindakkan PemerkasaanIbu Tunggal yang telah di lancarkan pada bulan Oktober 2015?

Justeru itu, kami daripada organisasi yang bertandatangan dibawah ini menyeru kepada pihak KPWKM menilai semula perancangan bantuan yang sedia ada dan mengolah langkah-langkah baru untuk menangani masalah ibu tunggal dengan serius. Jelas diatas, ada ramai lagi kaum ibu tunggal yang menghadapi kesukaran hidup tanpa apajua bantuan daripada Kerajaan. Tindakan segera perlu untuk menyelesaikan beban mereka.

Sekian, terima kasih .

Organisasi yang menyokong kenyataan diatas adalah seperti berikut ;
1.    Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
2.    Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
3.    Inter-Research And Studies (IRAS)
4.    Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
5.    Projek Dialog
6.    Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
7.    MADPET (Malaysians Against Death Penalty and Torture)
8.    Pusat KOMAS
9.    Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
10. People Service Organization
11. Centre for Orang Asli Concerns (COAC)
12. Sisters in Islam (SIS)
13. All Women’s Action Society
14. HAKAM
15. Sahabat Rakyat
16. Pertubuhan Angkatan Bahaman, Temerloh, Pahang
17. Sahabat Wanita
18. Tenaganita
19. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall, Women Section
20. Parti Sosialis Malaysia
21. Pemuda Sosialis
22. Pusat Pembangunan Masyarakat CDC, Kajang

0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE