Sunday, 6 September 2015

Prospek Gerakan Reformasi Demokratik Negara Kita--Teks ucapan sidang presidium Sahabat Rakyat sempena Majlis Ulang Tahun ke-14 (7 Sep 2015 kemaskini gambar)

Prospek Gerakan Reformasi Demokratik Negara Kita
•Teks ucapan sidang presidium Sahabat Rakyat sempena Majlis Ulang Tahun ke-14•

(Teks Bahasa Melayu ini diterjemah daripada teks asal dalam Bahasa Mandarin. Sekiranya terdapat perbezaan, versi Bahasa Mandarin adalah muktamad)



Sahabat Rakyat menganjurkan forum dan jamuan makan sempena ulang tahun ke-14 di Restoran De-fortune, Kulai, Johor pada 6hb September 2015. Majlis turut mengumumkan senarai ahli jawatankuasa baru (2015-2017). Berikut merupakan teks ucapan sidang presidium (Chan Jock Lan, Choo Shinn Chei dan Nyam Kee Han) yang dibacakan oleh Choo Shinn Chei dalam majlis ini ——

Terima kasih kepada pengerusi majlis. Selamat petang saya ucapkan kepada para penceramah, pemimpin-pemimpin parti politik dan badan bukan kerajaan demokratik, dan rakan-rakan yang prihatin terhadap masa depan reformasi demokratik Malaysia.

Sahabat Rakyat telah ditubuhkan pada 9 September 2001. Pada hari ini, kami menganjurkan forum bertema “Fasa Baru Reformasi Demokratik di Malaysia” sempena sambutan ulang tahun ke-14 berdasarkan faktor berikut:

Dalam tempoh kurang daripada 8 tahun sejak PRU ke-12, kita melihat bagaimana Pakatan Rakyat (PR) yang memimpin gerakan reformasi demokratik pada peringkat kini telah mengalami suatu proses dari penubuhan hingga kehancuran. Proses tersebut melambangkan perjuangan menentang pemerintahan hegemoni UMNO oleh pakatan politik pelbagai kaum acuan PR berakhir dengan kegagalan. Proses ini menjanakan  ilham yang amat penting kepada gerakan reformasi demokratik seterusnya.

Pakatan Rakyat pada asalnya merupakan pakatan parti politik yang ditubuhkan bagi  membentuk kerajaan peringkat negeri berdasarkan aspirasi rakyat untuk menentang pemerintahan Barisan Nasional (BN). Kehancuran PR pula berpunca daripada pemimpin puak konservatif dalam PAS yang diketuai oleh Hadi Awang yang bersikeras dalam melaksanakan Hukum Hudud yang sejajar dengan pengislaman negara yang menghakis kebebasan beragama rakyat berbilang kaum terutamanya hak rakyat bukan muslim.

Ini adalah akibat daripada pemimpin puak konservatif dalam PAS yang diketuai oleh Hadi Awang yang membelakangi keinginan rakyat menentang pemerintahan hegemoni UMNO dan mengambil pendirian politik yang bersedia menerima tawaran pengampunan dari hegemoni UMNO.

Selama tempoh pembangunan PR, selain bekas pemimpin DAP mendiang Karpal Singh telah mengambil pendirian yang jelas dan tegas dalam isu Hukum Hudud, ramai pemimpin kanan dalam parti komponen PR seboleh-bolehnya hendak elak daripada isu ini dan menutup mata terhadap masalah realiti “pengislaman negara”. Fakta telah membuktikan bahawa kaedah ketepikan kontradiksi utama sebegini adalah salah.

Kami berpendapat bahawa penindasan kaum dan asimilasi kaum yang dilaksanakan oleh klik pemerintah UMNO terhadap kaum minoriti dalam negara dicerminkan menerusi perlaksanaan dasar "pemelayuan negara" dan "pengislaman negara". Pelaksanaan dasar "pemelayuan negara" dan "pengislaman negara" turut berfungsi mengalihkan fokus perjuangan bangsa Melayu dan menyekat serta memecahkan perpaduan antara kaum pekerja berbangsa Melayu yang berkedudukan tertindas dengan bangsa tertindas yang lain kerana telah menutupi hakikat bahawa disamping kaum minoriti bukan Melayu, kaum pekerja berbangsa Melayu turut ditindas dan diperas oleh kelas pemerintah. Dengan itu, klik pemerintah UMNO dapat meneruskan pemerintahannya terhadap rakyat berbilang kaum.

Ketidakpuasan kaum minoriti dan rakyat bukan muslim terhadap pemerintahan hegemoni UMNO semakin kuat selepas mengalami pemerintahan dan penindasan di bawah dasar "pemelayuan negara" dan diikuti "pengislaman negara". Mereka mengharapkan PR dapat mengambil pendirian mempertahankan hak dan kepentingan kaum minoriti dan rakyat bukan muslim dengan membantah sistem ketuanan Melayu dan pengislaman negara yang dilaksanakan oleh hegemoni UMNO. Apabila PR bersikap mengetepikan kontradiksi utama tersebut, pihak yang melindungi hak dan kepentingan kaum minoriti dan rakyat bukan muslim pasti akan meragui keikhlasan PR dalam melaksanakan reformasi demokratik. Ini akan memberi impak negatif  terhadap usaha menyatupadukan rakyat majoriti.

Selain daripada itu, apabila PR mengetepikan kontradiksi utama tersebut, pihak yang sebenarnya setuju dengan ketuanan Melayu dan sistem pengislaman negara yang bersembunyi dalam PR akan memainkan peranan sebagai musuh dalam selimut rakyat (the fifth column) apabila masanya sudah sampai. Kuasa ini memecah-belahkan PR agar memanjangkan hayat pemerintahan hegemoni UMNO dan ekoran itu, rakyat semua bangsa akan terus ditindas dan dihambakan.

Oleh sebab itu, semua pemimpin parti pembangkang negara kita sepatutnya mengambil iktibar daripada kehancuran Pakatan Rakyat. Mereka sepatutnya menentang "pemelayuan negara" dan "pengislaman negara" dengan teguh dan berusaha menyedarkan kaum pekerja berbangsa Melayu yang berkedudukan tertindas agar bersatu padu dengan rakyat semua kaum lain untuk menentang pemerintahan hegemoni UMNO dengan tegas supaya kegagalan PR tidak berulang. Pemimpin politik Melayu yang komited menubuh sebuah parti baru setelah berpecah dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS), pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bercadang menubuhkan satu perikatan yang meliputi lebih banyak parti politik dan badan-badan bukan kerajaan, serta pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang tengah berusaha menjayakan penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 sepatutnya mengumumkan pendirian politik yang jelas terhadap “pemelayuan negara” dan “pengislaman negara”.

Ciri utama pengislaman negara adalah tekad dan kehendak agama Islam dilaksanakan oleh kerajaan, doktrin agama Islam dipaksakan ke atas rakyat pelbagai bangsa seluruh negara yang asalnya menganut agama lain dan meletakkan penubuhan negara Islam sebagai matlamat muktamad. Masyarakat Malaysia merupakan masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama. Tindakan klik pemerintah UMNO mengislamkan negara secara paksaan, terutamanya tindakan Mahathir mengisthiharkan Malaysia sebagai “negara Islam” sesuka hati, jelas tidak sejajar dengan kepentingan dan aspirasi rakyat semua bangsa negara kita. Oleh itu, bagi rakyat bukan muslim, bantahan terhadap pengsilaman negara adalah tindakan memelihara kebebasan beragama dan berkepercayaan rakyat berbilang kaum dan merupakan tindakan menuntuk hak asasi manusia yang munasabah, rasional dan sah dari sisi undang-undang. Dengan itu, pendirian membantah pengislaman negara adalah berbeza sekali dengan pendirian anti-Islam yang mencabuli hak asasi manusia. Jelas sekali, dua pendirian ini sememangnya tidak boleh disamakan. Jika ada pendapat yang sengaja menyamakan pendirian membantah pengislaman negara dengan pendirian anti-Islam sebenarnya merupakan tomahan dan fitnah berniat jahat yang memutarbelitkan fakta. 

Demi merealisasikan impian kendiri untuk berkongsi kuasa rejim, terdapat sesetengah pemimpin parti pembangkang berpendirian bahawa “parti pembangkang boleh bekerjasama dengan pemimpin UMNO-BN atau parti komponen BN untuk ‘Selamatkan Malaysia’ ”, terutamanya cadangan menubuhkan kerajaan campuran dengan sebahagian klik mahakuasa UMNO yang diketuai oleh Mahathir Mohamed yang merupakan punca kepada “pengislaman negara” sejak tahun 1980-an. Perkara yang aneh bin ajaib ini telah menarik perhatian dan perbincangan di kalangan parti politik, pertubuhan dan individu demokratik di dalam negara. Rata-rata berpendapat bahawa pendirian tersebut tidak mengambil iktibar daripada kegagalan Pakatan Rakyat dan merupakan suatu cadangan yang mengkhianati kepentingan dan aspirasi rakyat.

Kami berpendirian bahawa, atas matlamat bersama mengkuburkan pemerintahan hegemoni UMNO, semua parti politik dan badan bukan kerajaan yang berkhidmat kepada rakyat dalam negara, termasuk DongZong yang selama ini memelihara hak pendidikan bahasa Ibunda masyarakat Cina, HINDRAF yang komited dalam memperjuangkan hak dan kepentingan komuniti beragama Hindu, dan parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan dari Sabah dan Sarawak yang memperjuangkan hak dan kepentingan kaum utama di negeri-negeri tersebut, perlu membangkitkan tuntutan rakyat semua kaum (termasuk menentang “pemelayuan negara” dan menentang “pengislaman negara”) untuk dibincang secara demokratik sehingga satu tuntutan umum dalam fasa baru reformasi demokratik dapat dicapai. Dengan ini, barulah majoriti rakyat boleh bersatu padu dan mendorong perjuangan mengkuburkan pemerintahan hegemoni UMNO ke hadapan.

Inilah pandangan cetek kami untuk renungan kalian semua. Kami amat mengalu-alukan pertukaran pandangan ikhlas dalam perkara ini. Sekian, terima kasih.

Moderator forum Ang Pei Shan mengiringi ahli sidang presidium Sahabat Rakyat Chan Jock Lan, Choo Shinn Chei dan Nyam Kee Han untuk menyampaikan cendera hati kepada para penceramah. (Dari kiri gambar atas) Ang Pei Shan, Nyam Kee Han, Waytha Moorthy, Firdaus Husni, Chan Jock Lan, Lina Soo, S.Arutchelvan, Dzulkefly Ahmad dan Choo Shinn Chei.




Pautan yang berkaitan: 

1. Persediaan majlis ulang tahun ke-14 Sahabat Rakyat Tema: Fasa Baru Reformasi Demokratik di Malaysia
2. Sahabat Rakyat meraikan ulang tahun ke-14 Mengundang pakar meneroka fasa baharu refomasi demokratik
3. Forum dan jamuan ulang tahun ke-14 Sahabat Rakyat lima pakar dan dua tetamu kehormat dijemput berucap

0 comments:

通告 Notification

人民之友 对我国下届大选意见书
(华 巫 英)3种语文已先后贴出

作为坚守“独立自主”和“与民同在”的立场的一个民间组织,人民之友在今年9月24日对即将来临的第14届全国大选投票,发表了一篇以华文书写的“意见书”,题为:投票支持"反对国家伊斯兰化的候选人": 反对巫统霸权统治!莫让马哈迪帮派"复辟"!

这篇意见书的英文译稿(标题是:Vote for “candidates who are against State Islamisation”: Oppose UMNO hegemonic rule! Prevent “the return to power of Mahathir’s faction”!)已于10月22日张贴在本部落格。马来文译稿(标题是:Undilah "calon yang membantah pengislaman negara": Menentang pemerintahan hegemoni UMNO! Mencegah puak Mahathir kembali kepada kuasa!)也已接着在11月13日在此贴出。

此外,人民之友也将通过电子邮件、微信、WhatsApp等方式,尽可能向全国各民族、各阶层、各行业、各宗教的团体和个人,传送我们的这份“意见书”供参考。我们欢迎跟我们对下届大选的立场和见解一致的团体和个人,将这份“意见书”传送到更多的人手中去!

我们希望,我们在意见书内所表达的对下届大选的立场和观点,能够准确而又广泛地传播到我国各民族、各阶层的人民群众中接受考验,并接受各党派在这次全国大选斗争和今后实践的检验。


Pandangan Sahabat Rakyat terhadap PRU akan datang telah diterbitkan dalam tiga bahasa (Melayu, Cina dan Inggeris)

Sebagai sebuah pertubuhan masyarakat yang berpendirian teguh tentang prinsip "bebas dan berautonomi" dan “sentiasa berdampingan dengan rakyat jelata”, Sahabat Rakyat telah menerbitkan kenyataan tentang pandangan kami terhadap Pilihan Raya Umum ke-14 yang bertajuk "Undilah calon yang menentang Pengislaman Negera: Menentang pemerintahan hegemoni UMNO! Jangan benarkan puak Mahathir kembali memerintah! " (投票支持"反对国家伊斯兰化的候选人": 反对巫统霸权统治!莫让马哈迪帮派"复辟"!)dalam Bahasa Cina pada 24hb September 2017.

Penterjemahan Bahasa Inggeris kenyataan tersebut yang bertajuk Vote for “candidates who are against State Islamisation”: Oppose UMNO hegemonic rule! Prevent “the return to power of Mahathir’s faction”! telah diterbitkan dalam blog kita pada 22hb Oktober 2017 manakala penterjemahan Bahasa Melayu telah diterbitkan pada 13hb November 2017.

Selain daripada itu, Sahabat Rakyat juga akan menyebarkan kenyataan ini seluas mungkin kepada pertubuhan dan individu semua bangsa, strata, profesyen dan agama seluruh Negara melalui email, wechat, whatsApp dan pelbagai saluran lain. Kami amat mengalu-alukan pertubuhan dan individu yang berpendirian dan pandangan sama dengan kami untuk turut menyebarkan kenyataan ini kepada lebih ramai orang!

Kami berharap pendirian dan pandangan kami berkenaan pilihan raya kali ini yang dinyatakan dalam kenyataan tersebut dapat disebarkan dengan tepat dan meluas untuk diuji dalam kalangan rakyat semua bangsa semua strata sosial melalui penglibatan mereka dalam amalan pelbagai parti politik dalam pertempuran pilihan raya umum kali ini mahupun amalan masa depan.


The Chinese, English and Malay renditions of Sahabat Rakyat’s opinions about next election have been published consecutively

As an NGO which upholds “independent and autonomous” position and "always be with the people" principle, on 24 September 2017, Sahabat Rakyat had released a Chinese-written statement of views with regard to the voting in the upcoming 14th General Election, entitled “Vote for candidates who are against State Islamisation: Oppose UMNO hegemonic rule! Prevent the return to power of Mahathir’s faction!” (投票支持"反对国家伊斯兰化的候选人": 反对巫统霸权统治!莫让马哈迪帮派"复辟"!)

The English rendition of this statement entitled "Vote for “candidates who are against State Islamisation”: Oppose UMNO hegemonic rule! Prevent “the return to power of Mahathir’s faction”!" and the Malay rendition entitled "Undilah "calon yang membantah pengislaman negara": Menentang pemerintahan hegemoni UMNO! Mencegah puak Mahathir kembali kepada kuasa!" had been released on 22 October and 13 November respectively.

Apart from that, Sahabat Rakyat will also make every effort to disseminate this statement as widely as possible to organizations and individuals of all ethnic groups, religions and all walks of life throughout the country via email, WeChat, WhatsApp and other channels. We welcome organizations and individuals with the same position and views to spread this statement to more people!

We hope that our position and views pertaining to the next General Election expressed in the statement will be accurately and widely disseminated and also examined by the popular masses of various ethnicity and social strata through their involvement in the struggle of the next General Election carried out by various political parties and their practices in all fields in future.

Malaysia Time (GMT+8)