Sunday, 23 August 2015

Forum dan jamuan ulang tahun ke-14 Sahabat Rakyat lima pakar dan dua tetamu kehormat dijemput berucap (kemaskini tajuk penceramah pada 27 Ogos 2015)

23 Ogos 2015
kenyataan akhbar ketiga
Forum dan jamuan ulang tahun ke-14 Sahabat Rakyat
lima pakar dan dua tetamu kehormat dijemput berucap


Sahabat Rakyat akan menganjurkan majlis ulang tahun ke-14 pada 6 September 2015 (Ahad), jam 11 pagi hingga 2 petang, di DeFortune Restaurant, Kulaijaya, Johor. Dua program utama majlis ialah (1) Forum "Fasa Baru Reformasi Demokratik di Malaysia" dari jam 11 pagi hingga 1 petang dan (2) jamuan makan dari jam 1 petang hingga 2 petang. Majlis menjemput hadirin sampai sebelum pukul 10.45 pagi supaya forum boleh dimulakan tepat pada waktu dan meluangkan secukup masa untuk sesi soal-jawab, agar forum ini mencapai hasil yang sempurna.

Semua panelis yang dijemput telah mengesahkan kehadiran mereka kecuali mantan pengerusi BERSIH 2.0 yang berprestij dalam arena perundangan, Ambiga Sreenavasan, tidak dapat hadir atas sebab peribadi. Oleh itu, pihak penganjur telah mengundang pengerusi Badan Peguam Malaysia (Malaysian Bar Council) atau wakilnya untuk menjadi penceramah forum ini. Malaysian Bar telah mengesahkan dengan pihak penganjur pada 11hb Ogos bahawa Firdaus Husni selaku pengerusi bersama Jawatankuasa Perundangan Berpelembagaan Badan Perundangan Malaysia (Bar Council Constitutional Law Committee) akan hadir dan memberi ucapan dalam forum ini. Berikut merupakan panelis dan tajuk mereka:
  1. Firdaus Husni (Federal Constitution: Preserve, Protect and Defend) 
  2. P. Waytha Moorthy (Democratic Change is Meaningless without Commitment for True and Genuine Reforms) 
  3. S. Arutchelvan (Mobilising for change - what to do first) 
  4. Dzulkefly Ahmad (Strengthening Parliamentary Reforms: The Way Forward) 
  5. Lina Soo (Malaysia 'Great Buttress of Freedom In Asia' - Truth or Fiction?)
Ucapan kesemua penceramah ini mempunyai perwakilan tersendiri. Penganjur mengalu-alukan pemimpin masyarakat, pertubuhan dan individu dalam negara khasnya negeri Johor yang berminat dengan gerakan demokratik dan hak asasi manusia tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk hadir bersama dan saling berinteraksi.

Sahabat Rakyat juga telah mengaturkan ucapan khas oleh dua tetamu jemputan iaitu Ravi Sarma, anak kepada mendiang pejuang anti-penjajahan P.V.Sarma, dan Tan Tai Kim, Pengerusi DongZong demi memperkayakan isi majlis ini.

Sahabat Rakyat mengundang Ravi Sarma, yang telah menyumbang kepada gerakan demokratik nasional Malaya (termasuk Singapura) dan mempunyai latar belakang baik, untuk membawa bersama-sama keluarga dan ibunya yang telah berusia 88 tahun untuk menghadiri majlis kami. Ravi Sarma telah menghabiskan banyak masa dan usaha yang berharga dalam menterjemahkan dua segmen terakhir (iaitu "Kebangkitan pergerakan HINDRAF" dan "Kesimpulan") dalam kertas kerja Bahasa Mandarin Nyam Kee Han yang bertajuk "Pergerakan HINDRAF Merupakan Hasil Gerakan Demokratik Semasa Komuniti India Malaysia" kepada bahasa Tamil, supaya masyarakat Tamil boleh memahami dengan lebih tepat dan langsung berkaitan pandangan dan pendirian kami yang memahami dilema mereka dan menyokong perjuangan mereka. Selepas dua hidangan dalam masa jamuan, kita akan menjemput Ravi untuk berucap mengenai perasaan dan pendapat beliau mengapa beliau menerima undangan untuk menterjemahkan teks "Kebangkitan dan Halatuju Pergerakan HINDRAF", dan saling bertukar pandangan dengan hadirin.

Selain itu, selepas empat hidangan, majlis juga akan menjemput Tan Tai Kim, pengerusi Dong Zong, untuk menerangkan secara ringkas bagaimana beliau dan kumpulan pembaharuan menangani gangguan dan huru-hara yang dibawa oleh puak setia raja (royalist) yang diketuai oleh Yap Sin Tian untuk mengelakkan Dong Zong dari krisis dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), dan menerangkan posisi dan halatuju Dong Zong sebagai pertubuhan pimpinan gerakan pendidikan Bahasa Mandarin dalam fasa kini gerakan reformasi demokratik di Malaysia, serta saling bertukar pandangan dengan hadirin.

Sahabat Rakyat telah terpisah daripada naungan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) secara rasmi pada awal tahun 2013. Ini bermaksud kami kini meneruskan usaha pembangunan teori demokrasi dan hak asasi manusia yang sejajar dengan kepentingan dan aspirasi bangsa dan kelas tertindas tanpa menerima sebarang dana daripada mana-mana pihak. Sahabat Rakyat juga tidak mengupah sebarang kakitangan, kesemua ahli jawatankuasa merupakan sukarelawan yang tidak menerima sebarangan balasan, setiap aktiviti yang dijalankan ditaja oleh peserta sendiri atau perlu mencari tajaan daripada masyarakat umum yang berahi. Oleh itu, majlis ulang tahun kali ini juga berhasrat untuk mengumpul derma untuk menampung perbelanjaan asas termasuk sewa pejabat, bil elektrik, air dan telekomunikasi selama satu atau dua tahun. Maka, semua peserta perlu membeli kupon untuk menyertai aktiviti kali ini. Kami mengalu-alukan semua ahli masyarakat yang prihatin terhadap demokrasi dan hak asasi manusia membeli kupon dan menyertai majlis ini, RM60 untuk setiap kupon, dan RM1000 untuk satu meja sokongan (10pax). Penganjur menyediakan jumlah 30 meja (300pax). Bagi sesiapa yang berminat, sila hubungi 017-7696713 atau emel ke sahabatrakyat.my@gmail.com.

0 comments:

通告 Notification




Malaysia Time (GMT+8)