Wednesday 29 July 2015

Sahabat Rakyat meraikan ulang tahun ke-14 Mengundang pakar meneroka fasa baharu refomasi demokratik

Sahabat Rakyat meraikan ulang tahun ke-14
Mengundang pakar meneroka fasa baharu refomasi demokratik

Kenyataan kedua (29 Julai 2015)

(Kenyataan versi Bahasa Melayu ini diterjemah daripada teks asal dalam Bahasa Mandarin. Sekiranya terdapat perbezaan, versi Bahasa Mandarin adalah muktamad.)


Sahabat Rakyat anjurkan Forum "Fasa Baru Reformasi Demokratik di Malaysia" dan jamuan untuk menyambut ulang tahun ke-14 pada 6 September 2015 (Ahad), pukul 11 pagi hingga 2 petang di Restoran DeFortune, Kulaijaya, Johor. Tunjuk kupon untuk masuk dan sertai program. 

Sahabat Rakyat akan menganjurkan majlis sambutan ulang tahun ke-14 pada 6 September 2015 (Ahad), pukul 11 pagi hingga 2 petang di Restoran DeFortune, Kulaijaya, Johor. Majlis mengandungi dua program utama iaitu, forum bertema (pukul 11pagi hingga 1 petang) dan jamuan makan (pukul 1 hingga 2 petang). Para Hadirin digesa mendaftar diri pada pukul 10.30 pagi supaya forum dapat dimulakan tepat pukul 11, dan meluangkan masa secukupnya untuk sesi soal jawab. Sahabat Rakyat, dalam kenyataan “Mukadimah” majlis yang dikeluarkan pada 13 Julai menyatakan bahawa:
  • (1) Malaya, Sabah dan Sarawak pada asalnya terdiri daripada masyarakat majmuk pelbagai bangsa, budaya dan agama sebelum pembentukan Malaysia, tetapi selepas pembentukan Malaysia, UMNO melaksanakan asimilasi paksaan dan penindasan bangsa terhadap masyarakat bukan Melayu bukan Islam melalui perlaksanaan polisi tegar pemelayuan negara diikuti dengan pengislaman negara.
  • (2) Oleh sebab itu, klik pemerintahan hegemoni Melayu yang diwakili oleh UMNO sudah tentu menjadi sasaran utama perjuangan reformasi demokratik rakyat semua bangsa di Malaysia; “menolak pengislaman negara, kuburkan pemerintahan hegemoni UMNO” pula merupakan tugas utama dalam perjuagan pembaharuan demokrasi fasa kini.
Oleh kerana PAS, berasaskan keperluan politik mereka sendiri, sanggup membentuk “Pakatan Rakyat” (PR) dengan DAP dan PKR untuk sementara bagi menghadapi PRU ke-13, perjuangan rakyat semua bangsa menolak pengislaman negara dan kuburkan pemerintahan hegemoni UMNO telah melangkah ke hadapan. Namun, pembaharuan demokratik negara kita menjunam ke titik rendah ekoran daripada pemimpin puak ulama PAS yang diketuai oleh Hadi Awang menaikkan semula panji “Hukum Syariah” dan “ajaran Islam” dalam pengelolaan pentadbiran negara, di satu pihak menyingkirkan hampir semua pemimpin progresif dalam parti, di pihak yang lain tergesa-gesa mengisytiharkan mahu menamatkan hubungan dengan DAP sekaligus mengakibatkan PR terpaksa dibubarkan, selepas impian “tukar kerajaan” dalam PRU ke-13 tidak kesampaian.

Barisan pimpinan ketiga-tiga parti komponen PR menunjukkan pelbagai reaksi yang berbeza dalam mengharungi situasi serius ini, rakyat masih menanti dan melihat apa yang bakal dilakukan. Pemimpin-pemimpin progresif PAS yang disingkirkan dalam pilihan parti telah mengumumkan penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) pada 13 Julai untuk mengasaskan penubuhan satu parti politik baharu yang tetap berteraskan Islam yang akan bergabung dengan PKR dan DAP untuk membentuk “Pakatan Rakyat 2.0” atau satu pakatan politik baharu. Pada 22 Julai, pemimpin PKR dalam tahanan, Anwar Ibrahim membuat pengumuman melalui peguamnya, bahawa satu pakatan baharu akan ditubuhan dan bekerjasama dengan semua kumpulan progresif seperti BERSIH 2.0, ABIM, IKRAM dan GHB. Namun, rakyat jelata masih belum boleh nampak sebarang perubahan yang menggalakkan dan memberangsangkan yang bakal diusahakan oleh Anwar atau pemimpin PKR lain dan pemimpin-pemimpin GHB dalam menyelesaikan dilema dan penderitaan yang dialami oleh masyarakat bukan Melayu yang tertindas (terutamanya Cina dan India di semenanjung, Dayak-Iban di Sarawak dan Kadazan-Dusun di Sabah). Pemimpin DAP yang bagai inti atas nasi pada masa kini, Lim Kit Siang berterus-terang bahawa DAP dan PKR sedang membuat persiapan untuk membentuk sebuah “pakatan politik baharu” yang mengecualikan PAS tetapi melibatkan parti politik baru yang bakal ditubuhkan oleh mereka yang tersingkir dari PAS oleh puak ulama. Pada pendapat Lim Kit Siang, rakyat seluruh negara sedang menanti-nanti satu pakatan politik baharu yang akan menghidupkan semula impian menukar kerajaan di Malaysia. Pada masa yang sama, dia juga berpendapat bahawa ramai yang bimbang harapan tersebut mungkin telah dikuburkan seiring dengan kelenyapan PR pada 3 Jun.

Pertubuhan, parti politik dan individu demokratik serta rakyat jelata semua bangsa sedang memantau dan memperbicarakan situasi semasa dan hala tuju masa depan pergerakan sosiopolitik negara kita. Jika ditinjau daripada pelbagai peristiwa dan tindakan, barisan pimpinan ketiga-tiga parti PR seolah-olahnya masih belum jelas sepenuhnya tentang sebab sebenar keadaan bercerai-berai yang kini menimpa PR, tetapi rakyat semua bangsa telah benar-benar mengerti dan menyedari sikap para pemimpin PR yang “menganggap diri sebagai yang paling hebat”dan “tidak mahu menerima pendapat orang lain”. Dengan itu, rakyat semua bangsa mula sedar bahawa "kejayaan pembaharuan demokratik tidak bergantung pada seruan “ubah regim” yang dilaungkan oleh ”pemimpin berkarisma” , “reformasi demokratik mesti memenuhi aspirasi rakyat semua bangsa dan menperoleh sokongan meluas untuk berjaya”. Pertubuhan, parti politik dan individu demokratik harus mengambil iktibar dari pengalaman pahit tetapi berharga dalam proses pembentukan hingga kelenyapan Pakatan Rakyat untuk elak daripada mengulangi kesilapan yang sama.

Sebagai sebuah pertubuhan yang mempropagandakan fikiran demokrasi dan hak asasi manusia dan terlibat dalam gerakan reformasi demokratik di negara ini, sempena meraikan ulang tahun ke-14 [bersamaan 6 September 2015 (Ahad), 11 pagi ke 2 petang] di dewan Restoran DeFortune, Kulaijaya, Johor, Sahabat Rakyat akan mengadakan ceramah untuk "meneroka fasa baru reformasi demokratik di Malaysia". Pakar-pakar berikut diundang untuk menyampaikan ilmu sejati dan pandangan tajam mereka dari perspektif tersendiri masing-masing:
  •  Dzulkefly Ahmad – Setiausaha Gerakan Harapan Baru 
  •  Ambiga Sreenavasan – Bekas pengerusi BERSIH 2.0, Presiden HAKAM 
  •  S. Arutchelvan – Seketeriat Gabungan Kiri Malaysia 
  •  Waytha Moorthy – Pengerusi HINDRF 
  •  Lina Soo – Presiden Sarawak Association of Peoples’ Aspiration (SAPA)
Sahabat Rakyat juga akan cuba untuk berkongsi sedikit pendapat kami dengan pertubuhan, parti politik dan individu demokratik dalam negara.

Sahabat Rakyat menganjurkan forum ini membawa makna:
(1) Sebagaimana biasanya, menyerlahkan sifat kebebasan dan otonomi sebuah NGO (iaitu pertubuhan masyarakat) dalam menyatakan keprihatinan dan pandangan kami mengenai isu-isu berkaitan dengan reformasi demokratik. 
(2) Melalui aktiviti ini dan pertembungan idea antara satu sama lain, merangsangkan lebih banyak pertubuhan masyarakat lain untuk menyerlahkan sifat kebebasan dan otonomi mereka dalam menyatakan keprihatinan dan pandangan kami mengenai isu-isu berkaitan dengan reformasi demokratik.

Dalam usaha untuk meluaskan kesan propaganda dan penyedaran sesi ceramah ini, di samping mengedarkan makalah tema khas penceramah semasa aktiviti, makalah tersebut juga akan dimuat naik ke blog Sahabat Rakyat (sahabatrakyatmy.blogspot.com) dan dihantar kepada media dalam dan luar negara untuk tatapan ramai.

0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE