Wednesday, 4 February 2015

人民之友关于董总领导分裂风波的3点意见(4月30日更新马来文译文)/ Tiga Pandangan Sahabat Rakyat terhadap Krisis Perpecahan Pimpinan Dong Zong

人民之友关于董总领导分裂风波的3点意见
Tiga Pandangan Sahabat Rakyat terhadap Krisis Perpecahan Pimpinan Dong Zong

2015年2月4日


人民之友工委会自成立以来一直关心华教运动的发展,在叶新田掌控董总之后掀起“新纪元学院事件”风波和引发我国华教运动逆流的紧急时期,我们积极联合柔佛州关心华教的各党团与社会人士,发表了《响应华教元老号召,力挺柯嘉逊任院长》的重要声明;在叶新田一意孤行准备变质新纪元学院而将它与政商挂钩的严重时刻,我们在笨珍的一个华教人士的集会上就率先提出了"打倒叶新田"的主张;在叶新田及其同伙等待“招安”梦醒希望成空而与马华领导分道扬镳,为形势所迫在2012年先后召开数场以“表达华教心声”为号召的群众集会以哗众取宠,我们也不放弃机会发表声明、莅临现场派发传单以及展示大型标语横幅,不断表达我们的核心观点和鲜明主张:抛弃对巫统国阵统治集团的幻想,各民族母语教育才能起死回生。叶新田一路来掌控的董总中委会去年开始出现分裂的状况,如今已形成主张“叶新田与邹寿汉必须下台”的“改革派”与支持“叶新田与邹寿汉继续领导”的“保皇派”的剧烈斗争,而且发展到了法庭介入的阶段。针对这个深令华社忧心的董总中委会两派恶斗风波,人民之友工委会发表三点声明如下:

(一)叶新田和邹寿汉必须马上引咎下台

我国华教运动就是国内华裔族群维护和争取母语教育基本权利的群众运动。自1950年代以来,在杰出领袖林连玉、沈慕羽、林晃升的领导下,华教运动都是以坚定的立场、鲜明的态度、勇敢的精神和无比的信心,对巫统国阵统治集团强硬推行以消灭国内各少数民族语文、强迫同化各少数民族为最终目标的教育法令与教育政策,展开不懈的抗争。这个政治任务至今仍然是华教运动领袖必须继承的尚未完成的使命。

可是,以叶新田和邹寿汉为首的董总领导却异想天开地等待巫统国阵统治集团的“招安”,完全违背上述华教运动的政治立场。在2008年全国大选前夕,叶新田为首的董总领导通过宣布启动雪邦新纪元学院建校工程,目的就是为国阵向华裔选民骗取选票。2013年全国大选,正当全国各民族人民,特别是华裔族群掀起唾弃巫统霸权集团和马华领导的改革浪潮之际,以叶新田为首的董总领导完全没有表态反对国阵,甚至放弃提出任何争取华教权益的主张或大选诉求。叶新田为首的董总领导自始至终对巫统国阵统治集团采取政治妥协的立场——这也就是违反华教、背叛人民的立场。

我们要强调指出的是,2005年之后的董总领导(指中央委员会,主要是叶新田和邹寿汉),必须对从2006年逼走劳苦功高的莫泰熙和默默奉献的董总行政团队至2008年采用阴险恶毒手段(主要是诬蔑新纪元学院财务不清)抹黑和排挤正直不阿的时任院长柯嘉逊博士和他所领导的有使命感的教学行政人员,而造成对华文独立中学和华文高等教育的发展的严重破坏和恶劣影响,负起全部责任而马上引咎下台。董总举办的华文独立中学的统一考试(简称“独中统考”)虽被国内巫统霸权统治集团排斥和打压,其证书却受国外很多所著名高等学府承认和肯定。然而叶新田、邹寿汉理应将独中统考公开而不公开,紧紧依照“只能作为‘内部考试’”的“政府指示”办事,而狠狠打击了华裔族群和华教人士发展“独中统考“和提高独中教育水平的愿望和努力,从而严重阻碍了我国华文独立中学的正常发展;叶新田和邹寿汉掌控新纪元学院之后的错误领导和管理不当,造成财政上从2008年的盈余演变到2014年已经亏损600多万令吉,在学术上不但没有逐渐提高反而每况愈下——以上所举的叶新田和邹寿汉严重损害华社利益的主要的两项具体的过失行为,就足以让各州的华校董联会、各地各种的华人社团甚至全国华人社会有理由向他们两人发出怒吼,要他们两人马上下台请罪。

总之,“叶新田和邹寿汉必须马上引咎下台“是我国广大华人社会的意志和要求,是我国华教运动现阶段的当务之急。

(二)“改革派”必须为此前的过错而道歉

经过10年的实践,叶新田和邹寿汉联合推行的所谓“华教抗争”或“华教救亡”路线,我们暂且称之为“叶新田路线”,是经过董总中委会批准的,也是全国各州董联会认可的。在2005到2014年底的10年实践过程中,难道中委会或常委会从来没有检讨过吗?难道从来没有一个中央委员或常务委员曾经提出它是错误路线并要求认真检讨和立即纠正吗? 特别是在叶新田、邹寿汉采取鄙劣行为在2006年逼走在董总服务的莫泰熙等人以及在2008年又再逼走在新纪元学院服务的柯嘉逊等人如此大是大非的问题上,事实已经证明华社原本期望中委会纠正"叶新田路线"的愿望完全落空。我们注意到当时助纣为虐的中委至今仍然没有公开交代本身的过错、发表声明承认错误、坦诚向上述遭遇迫害的华教工作者以及关注和支持华教运动的华人社会道歉。

我们认为,董总执行“叶新田路线”是中委会的集体责任,由此造成的破坏性后果自然由中委会来集体承担。叶新田和邹寿汉作为最高领导人是罪魁祸首,他们两人固然应该负起最大最重过错的责任,但是将全部的过错都由他们二人承担,是不符合事实的,也是不正确的做法。 历史必然证明现今的中委会包括已分裂成叶新田为首的“A队”中委、以及傅振荃为首的18名“B队”中委其中一部分人,实际上必须为他们的失职负上仅次于叶新田和邹寿汉的责任。任何掩盖或逃避或狡辩的做法和企图最终都会被广大人民群众识破和揭穿的。

今天董总出现傅振荃为首的18名“B队”中委对抗叶新田为首的“A队”中委的分裂局面,主要原因是叶新田为首的“A队”中委延续过去以恶斗方式处理组织内部的不同意见者。另一重要原因是董总内外推动倒叶行动的各方面的言论没有针对董总推行的“叶新田路线”这个要害问题进行剖析,而只是主要围绕在叶新田个人作风,特别是“不民主作风”等等枝节问题上作文章。再加上“B队”中委没有宣布取代叶新田的董总主席人选,让人担忧是否没有领袖要为此次的倒叶行动以及倒叶之后的董总领导机制的重建和未来走向的决定担当责任,因此,导致倒叶行动迟迟无法争取到华教工作者的广泛支持。

上世纪50年代直到90年代末约50年期间,华教运动一直是我国反抗英殖民统治和反抗巫统种族主义霸权统治的重要力量之一,董教总已然成为一个具有领导权威的争取民主人权的非政府组织。董总因此在林连玉、沈慕羽和林晃升3名杰出领袖的领导下,大体上都一贯地表现了林连玉所描述的“横挥铁腕批龙甲,怒奋空拳博虎头”的斗争精神。王超群入主教总,因其亲马华国阵的立场而使教总变了样,华教领袖的党性背景往往是影响甚至决定华教组织的政治倾向和立场的重要因素。今天,董总的B队的中委的党性背景、B队将推举的领袖的党性背景,以及这次被推举出来的领袖是否只是一个“过渡时期”的领袖等等,将是华教工作者、华团组织和华人社会所忧心的问题。国阵的华基政党包括马华、民政和人民联合党在第13届大选惨败之后都在到处重振旗鼓重新骗取华社支持,这是完全可以理解的。因此,许多关心华教的同道心存疑虑,没有明确表态支持倒叶行动,甚至再次被叶新田误导,也是完全可以理解的。

(三)董总主席必须至少符合两个条件

为了团结起来制止“叶新田路线”继续祸害华教运动,我们明确主张叶新田和邹寿汉必须马上引咎下台、犯错的其他领导必须公开认错道歉,我们支持董总18名"B队"中委今年1月18日发表的《回归正道,再创辉煌》宣言,我们支持100位关心华教人士19日发表的联署声明。基于董总主席人选对董总的路线、方针和政策起着关键作用,我们认为,董总主席必须至少符合两个条件:其一是必须有过献身华教的表现;其二是必须具有非党性的背景。董总主席的非党性背景,对于董总作为一个争取民族语文(母语)教育权利的非政府组织来说,尤为重要。

仅仅依靠董总主席是无法完全纠正“叶新田路线”的,现在的董总中委会和各州的华校董联会必须对2005年以后的关键性的错误进行全面深入检讨、找出纠正方案。最理想的处理办法是解散现在董总中委会,由董总会员代表大会重选中委会。

在上述18名"B队"中委发表的宣言的基础上,我们希望董总中委会在紧接着的将来也考虑以下几点,以完全纠正“叶新田路线”:

1、​在维护华小方面,董总除了坚决反对《2013-2025年教育大蓝图》,也应重新争取废除1996年教育法令17条(1)
2、​在独中改革方面,董总勿再自我设限,而是开放独中统考成为公开考试,以点带面在中学层面实践各民族母语教育的基本权利。
3、​在处理新纪元学院问题方面,董总必须纠正2008年在新纪元学院问题上所作出的错误决议;只要柯嘉逊博士尚有意愿,重新礼聘他领导发展新纪元学院的工作。
4、在反对巫统国阵统治集团推行其旨在消灭国内民族语文教育、强迫同化各少数民族的法令与政策的斗争方面,董总应主动联合来自印裔族群,沙砂等各少数民族的民间组织与政党,共同争取各民族的母语教育的基本权利。


Tiga Pandangan Sahabat Rakyat terhadap Krisis Perpecahan Pimpinan Dong Zong
4 Feb 2015

Sahabat Rakyat Working Committee prihatin terhadap perkembangan gerakan pendidikan Bahasa Cina sejak penubuhan. Kami secara proaktif telah bergabung dengan parti-parti, pertubuhan-pertubuhan dan individu yang prihatin terhadap pendidikan Bahasa Cina di Johor untuk mengeluarkan kenyataan penting yang bertajuk "Menyahut seruan pemimpin veteran gerakan pendidikan Cina untuk menyokong Kua Kia Soong menjawat pengetua Kolej New Era" pada saat genting dimana Yap Sin Tian, selepas menguasai kepimpinan Dong Zong, mencetuskan "krisis Kolej New Era" dan tren menentang kemajuan gerakan pendidikan Bahasa Cina; Kami yang mula-mula mengutarakan pendirian "tumbangkan Yap Sin Tian" dalam satu perhimpunan golongan aktivis pendidikan Bahasa Cina di Pontian pada saat genting dimana Yap Sin Tian berdegil memudaratkan ciri Kolej New Era dengan mengaitkan Kolej New Era dengan politik dan perniagaan; Kami turut tidak melepaskan peluang untuk menonjolkan pendirian teras dan tuntutan jelas kami iaitu "buangkan khayalan terhadap klik pemerintah UMNO-BN untuk selamatkan pendidikan bahasa ibunda" dengan mengeluarkan kenyataan, mengedarkan risalah  dan menunjukkan sepanduk besar di beberapa perhimpunan massa yang kononnya "meluahkan aspirasi pendidikan Bahasa Cina" yang dianjurkan oleh Yap Sin Tian dengan rakan sekongkolnya pada tahun 2012 untuk mengambil hati masyarakat Cina selepas angan-angan mereka untuk "menerima pengampunan dan melutut" kepada klik pemerintah BN berkecai dan terpaksa bersebak jalan (berpisah) dengan pimpinan MCA.

Jawatankuasa Pusat Dong Zong yang selama ini dikuasai oleh Yap Sin Tian telah mula berpecah pada tahun lepas. Pada masa kini, pertempuran yang hebat telah wujud di antara "puak reformasi" yang menuntut "Yap Sin Tian dan Chow Siew Hon mesti turun" dan "puak setia raja" yang "menyokong kepimpinan Yap Sin Tian dan Chow Siew Hon" sehingga ke tahap campur tangan mahkamah. Sahabat Rakyat dengan ini mengeluarkan tiga pandangan mengenai krisis pertempuran hebat antara dua puak di kalangan Jawatankuasa Pusat Dong Zong yang begitu merisaukan masyarakat Cina seperti berikut:

Pertama, Yap Sin Tian dan Chow Siew Hon mesti bertanggungjawab ke atas kesalahan dan turun serta-merta

Gerakan pendidikan Bahasa Cina negara kita merupakan gerakan massa masyarakat Cina negara kita untuk mempertahankan dan menuntut hak asasi pendidikan bahasa ibunda. Sejak tahun 1950-an, dibawah kepimpinan tokoh-tokoh unggul Lim Lian Geok, Sim Mow Yu dan Lim Fong Seng, gerakan pendidikan Bahasa Cina menunjukkan sifat perjuangan yang berpendirian tegas, bersikap jelas, bersemangat berani dan berkeyakinan tinggi dalam perjuangan menentang akta pendidikan dan dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh klik hegemoni UMNO-BN yang bermatlamat muktamad untuk menghapuskan bahasa ibunda semua etnik minoriti dalam negara ini dan mengasimilasikan setiap etnik minoriti secara paksaan. Misi politik tersebut masih merupakan tugas belum selesai yang harus diwarisi oleh para pemimpin gerakan pendidikan Bahasa Cina.

Namun, pimpinan Dong Zong yang diketuai oleh Yap Sin Tian dan Chow Siew Hon berangan-angan mengharapkan "pengampunan" daripada klik pemerintah UMNO-BN. Angan-angan ini mengingkari sepenuhnya pendirian politik gerakan pendidikan Bahasa Cina yang disebut sebelum ini. Menjelang PRU ke-12, pimpinan Dong Zong yang diketuai oleh Yap Sin Tian membuat pengumuman pelancaran projek pembinaan Kolej New Era Sepang dengan tujuan memancing undi  masyarakat Cina bagi pihak Barisan Nasional. Di samping itu, pimpinan Dong Zong yang diketuai oleh Yap Sin Tian bukan sahaja tidak menunjukkan sebarang pendirian menentang BN, mereka melepaskan peluang untuk menuntut hak dan kepentingan pendidikan Cina atau mengemukakan tuntutan pilihanraya semasa PRU ke-13 yang menyaksikan  bagaimana gelombang reformasi yang dicetuskan oleh rakyat semua bangsa terutamanya bangsa Cina agar klik hegemoni UMNO dan pimpinan MCA disingkir sama sekali dalam PRU tersebut. Dua insiden penting tersebut menunjukkan pimpinan Dong Zong yang diketuai oleh Yap Sin Tian selama ini mengambil pendirian politik yang tunduk dan menyerah kepada klik pemerintah UMNO-BN, iaitu pendirian yang bertentangan dengan pendirian pendidikan Bahasa Cina dan mengkhianati rakyat jelata.

Kami ingin menegaskan bahawa, pimpinan Dong Zong selepas tahun 2005 (merujuk kepada Jawatankuasa Pusat, terutamanya Yap Sin Tian dan Chow Siew Hon) harus bertanggungjawab penuh dan turun serta-merta ke atas kemusnahan teruk dan pengaruh buruk yang dialami dalam perkembangan sekolah menengah persendirian Bahasa Cina dan pendidikan tinggi Bahasa Cina. Kemudaratan tersebut merupakan akibat daripada tindakan pimpinan Dong Zong tersebut memaksa  Bok Thai Hee yang bekerja keras dan berjasa besar serta sepasukan staf pentadbiran Dong Zong yang berusaha dengan diam-diam keluar daripada Dong Zong pada tahun 2006; Seterusnya pada tahun 2008, mereka mengguna cara yang licik dan jahat (terutamanya menfitnah keadaan kewangan Kolej New Era yang tidak jelas) untuk menodai dan menyingkir pengetua Kolej New Era pada masa itu, Dr. Kua Kia Soong yang jujur dan anggota-anggota pentadbiran dan pengajaran yang bermisi dibawah pimpinan Dr.Kua Kia Song.

Walaupun peperiksaan Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate atau UEC) sekolah-sekolah menengah persendirian Bahasa Cina yang dianjurkan oleh Dong Zong ditolak dan dihalangi oleh klik pemerintah hegemoni UMNO di dalam negara, sijil tersebut diakui dan diterima oleh banyak insitusi pengajian tinggi terkenal di luar negara. Yap Sin Tian dan Chow Siew Hon, yang seharusnya membuka pintu peperiksaan UEC, bertindak menyangkal aspirasi dan usaha masyarakat Cina dan golongan pengerja pendidikan Bahasa Cina yang ingin mengembangkan peperiksaan UEC dan meningkatkan taraf pendidikan sekolah menengah persendirian dengan mematuhi "arahan kerajaan" di mana mengehadkan UEC sebagai "pemeriksaan dalaman".  Akibatnya, pembangunan normal sekolah menengah persendirian Bahasa Cina negara kita mengalami rintangan yang serius.

Sejak Yap Sin Tian dan Chow Siew Hon menguasai Kolej New Era, kesalahan dalam pimpinan dan cara pengurusan mereka telah menyebabkan akaun kewangan kolej dari catatan positif pada tahun 2008 sehingga kerugian kumulatif sebanyak 6 juta Ringgit pada tahun 2014 di samping  prestasi akademik kolej dilihat makin hari makin merosot. Dua kesalahan utama yang dinyatakan yang memudaratkan kepentingan masyarakat Cina dengan teruk sekali ini telah memadai bagi persatuan-persatuan lembaga pengurus sekolah Bahasa Cina di semua negeri, pertubuhan-pertubuhan masyarakat Cina pelbagai jenis di merata tempat mahupun masyarakat Cina seluruh negara menuntut kedua-dua pemimpin tersebut untuk berundur dan meminta maaf serta merta.

Pendek kata, "Yap Sin Tian dan Chow Siew Hon mesti mengaku salah dan meletak jawatan kepimpinan Dong Zong dengan serta-merta" merupakan azam dan tuntutan masyarakat Cina seluruh negara serta tugas utama gerakan pendidikan Bahasa Cina yang paling mendesak  pada peringkat ini.

Kedua, "puak reformasi" wajib meminta  maaf ke atas kesalahan yang dilakukan sebelum ini

Garis perjuangan “Lawan demi pendidikan bahasa Cina” atau “Selamatkan pendidikan bahasa Cina” yang dilaksanakan oleh Yap Sin Tian dan Chow Siew Hon dalam 10 tahun yang lepas, buat sementara waktu ini dinamakan "Garis Yap Sin Tian", adalah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pusat Dong Zong dan diterima oleh persatuan lembaga pengurus sekolah Bahasa Cina di semua negeri. Dalam proses praktis "Garis Yap Sin Tian" dari tahun 2005 ke tahun 2014 selama 10 tahun, tidak pernahkah Jawatankuasa Pusat mahupun Jawatankuasa Eksetutif Pusat menilai semula praktis tersebut? Tidak pernahkah seorang ahli Jawatankuasa Pusat mahupun ahli Jawatankuasa Eksetutif Pusat mengemukakan bahawa "Garis Yap Sin Tian" adalah garis yang salah dan menuntut ia dinilai semula lalu diperbetulkan dengan segera? Terutamanya dalam isu penting seperti tindakan Yap Sin Tian dan Chow Siew Hon menyingkirkan Bok Thai Hee dan pasukan pentadbiran Dong Zong pada tahun 2006 dan menyingkirkan Dr. Kua Kia Soong dan pendidik dan pentadbiran Kolej New Era pada tahun 2008, nyata terbukti bahawa harapan masyarakat Cina supaya Jawatankuasa Pusat Dong Zong membetulkan "Garis Yap Sin Tian" tidak kesampaian. Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat yang pernah membantu Yap Sin Tian berbuat jahat sebelum ini masih belum bertanggungjawab terhadap kesalahan mereka dengan memberi penjelasan secara terbuka, membuat kenyataan mengakui kesalahan dan meminta maaf secara ikhlas terhadap semua mangsa dalam golongan pengerja pendidikan Bahasa Cina yang disebut di atas dan masayarakat Cina yang prihatin dan menyokong gerakan pendidikan Bahasa Cina.

Pada pandangan kami, pelaksanaan "Garis Yap Sin Tian" di Dong Zong merupakan tanggungjawab kolektif seluruh Jawatankuasa Pusat. Kesan mudarat yang dibawa oleh praktis tersebut sudah tentu dipikul secara kolektif oleh Jawatankuasa Pusat. Yap Sin Tian dan Chow Siew Hon yang merupakan pimpinan tertinggi pasti harus menanggung tanggungjawab yang terbesar. Namun, anggapan bahawa kedua-dua orang tersebut menanggung segala kesalahan adalah tidak wajar dan tidak menepati fakta. Sejarah pasti akan membuktikan bahawa Jawatankuasa Pusat pada hari ini, termasuk "kumpulan A" yang diketuai oleh Yap Sin Tian dan sebahagian daripada "kumpulan B" yang diketuai oleh Poh Chin Chuan, sebenarnya harus menanggung tanggungjawab kedua besar selepas Yap Sin Tian dan Chow Siew Hon. Sebarang percubaan dan niat untuk menutup kesalahan, melarikan diri dari tanggungjawab atau bersilat lidah terhadap kesalahan Jawatankuasa Pusat tersebut akhirnya akan didedah dan dikenali oleh rakyat jelata.

"Kumpulan A" yang diketuai oleh Yap Sin Tian menggunakan cara berkelahi apabila terdapat perbezaan pendapat dalam Jawatankuasa Pusat merupakan punca utama kepada keadaan pecah-belah hari ini di mana "kumpulan B" yang terdiri dari 18 orang ahli Jawatankuasa Pusat dan diketuai oleh Poh Chin Chuan melawan "kumpulan A" yang diketuai oleh Yap Sin Tian. Satu lagi punca penting adalah pidato yang kemukakan oleh pihak dalaman mahupun luaran dalam tindakan menjatuhkan Yap Sin Tian tidak menuju pada persoalan utama iaitu "Garis Yap Sin Tian" yang dilaksanakan oleh Dong Zong. Sebaliknya, pidato tersebut mengutamakan isu-isu berkaitan dengan cara kerja individu Yap Sin Tian terutamanya seperti cara pimpinan yang tidak demokratik dan isu-isu lain yang remeh. Tambahan pula, "kumpulan B" tidak mengumumkan calon pengerusi Dong Zong yang bakal menggantikan Yap Sin Tian. Ini menimbulkan kerisauan bahawa tiada pemimpin yang ingin bertanggungjawab terhadap tindakan menjatuhkan Yap Sin Tian dan pembangunan semula mekenisme kepimpinan dan hala tuju masa depan Dong Zong selepas Yap Sin Tian diturunkan dan menyebabkan tindakan menjatuhkan Yap Sin Tian gagal memperoleh sokongan meluas di kalangan pengerja pendidikan Bahasa Cina sehingga hari ini.

Dalam tempoh dari tahun 1950-an ke tahun 1990-an, gerakan pendidikan Bahasa Cina merupakan salah satu kekuatan teras dalam melawan pemerintahan penjajahan British dan hegemoni perkauman UMNO. Dong Jiao Zong (Dong Zong dan Jiao Zong) telah menjadi pertubuhan bukan kerajaan menuntut demokrasi dan hak asasi manuasia yang mempunyai kedudukan kepimpinan yang berwibawa. Sepanjang pimpinan tiga tokoh unggul iaitu Lim Lian Geok, Sim Mow Yu dan Lim Fong Seng, gerakan pendidikan bahasa Cina secara umum telah menunjukkan semangat tegas melawan dan pantang berundur terhadap musuh yang jauh lebih kuat. Sejak Ong Chiow Chuen menguasai Jiao Zong, pendirian peribadinya yang memihak kepada MCA telah mengubahkan ciri Jiao Zong. Ini menunjukkan latar belakang kepartian seseorang pemimpin gerakan pendidikan Bahasa Cina merupakan faktor penting yang mempengaruhi, lebih-lebih lagi akan menentukan sifat politik dan pendirian suatu pertubuhan pendidikan Bahasa Cina. 

Pada masa kini, perkara-perkara yang dikhuatiri oleh golongan pengerja pendidikan Bahasa Cina, pertubuhan-pertubuhan dan masyarakat Cina adalah latar belakang kepartian ahli-ahli Jawatankuasa Pusat dalam "kumpulan B" Dong Zong, latar belakang kepartian pemimpin yang bakal dipilih oleh "kumpulan B", persoalan sama ada pemimpin Dong Zong yang bakal dipilih adalah pemimpin "transisi" atau sementara waktu, dan lain-lain. Adalah normal apabila parti-parti politik komponen BN berasaskan bangsa Cina termasuk MCA, Gerakan dan SUPP yang kalah teruk dalam PRU ke-13 sekarang berusaha mengembalikan kekuatan di merata tempat agar menipu sokongan masyarakat Cina. Oleh demikian, adalah normal masih terdapat ramai yang prihatin terhadap pendidikan Bahasa Cina berasa khuatir dan tidak memberi sokongan ke atas tindakan menjatuhkan Yap Sin Tian secara jelas atau disalah pimpin oleh Yap Sin Tian.

Ketiga, pengerusi Dong Zong Harus Memenuhi Sekurang-kurangnya Dua Syarat

Demi perpaduan dalam menamatkan kemudaratan "Garis Yap Sin Tian" terhadap gerakan pendidikan Bahasa Cina, kami berpendirian bahawa Yap Sin Tian dan Chow Siew Hon mesti mengaku salah dan berundur daripada kepimpinan serta-merta, pemimpin lain yang bersalah wajib mengakui kesalahan dan meminta maaf secara terbuka. Pada masa yang sama, kami menyokong deklarasi bertajuk "Kembali ke jalan yang betul, membina kegemilangan semula" yang diumumkan oleh 18 orang ahli Jawatankuasa Pusat Dong Zong dari "kumpulan B" pada 18 Januari 2015. Kami turut memberi sokongan terhadap kenyataan yang diendors oleh 100 orang tokoh yang prihatin terhadap pendidikan Bahasa Cina pada 19 Januari. Kerana calon pengerusi Dong Zong merupakan penentu terhadap garis kerja, haluan dan dasar Dong Zong, kami berpendapat bahawa pengerusi Dong Zong harus memenuhi sekurang-kurangnya dua syarat berikut, iaitu pertama, calon tersebut perlu mencatat prestasi banyak berjasa demi pendidikan Bahasa Cina, dan kedua, calon itu harus mempunyai latar belakang yang tidak berpartisan. Latar belakang pengerusi Dong Zong yang tidak berpartisan merupakan syarat yang utama memandangkan Dong Zong merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan yang menuntut hak pendidikan bahasa Ibunda.

"Garis Yap Sin Tian" tidak dapat diperbetulkan sepenuhnya sekiranya kita hanya bergantung kepada pengerusi Dong Zong. Jawatankuasa Pusat Dong Zong dan persatuan-persatuan lembaga pengurus sekolah Bahasa Cina di semua negeri harus membuat penilaian menyeluruh yang mendalam dan mencari penyelesaian untuk membetulkan kesalahan-kesalahan kritikal yang telah dilakukan oleh pimpinan Dong Zong selepas tahun 2005. Penyelesaian yang paling baik adalah membubarkan Jawatankuasa Pusat Dong Zong dan mengadakan pilihanraya semula dalam mesyuarat agung perwakilan Dong Zong.

Berdasarkan deklarasi yang diumumkan oleh 18 orang ahli Jawatankuasa Pusat "kumpulan B", kami berharap Jawatankuasa Pusat Dong Zong selepas ini turut mengambil perhatian terhadap perkara-perkata berikut sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperbetulkan "Garis Yap Sin Tian" dengan sepenuhnya:

  1. Selain daripada membantah "Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025" dengan tegas, Dong Zong harus menuntut Seksyen 17(1) Akta Pendidikan tahun 1996 dimansuhkan demi mempertahankan sekolah rendah Bahasa Cina.
  2. Dalam usaha pembaharuan sekolah menengah persendirian, Dong Zong tidak wajar mengehadkan diri sendiri, tetapi membuka pintu peperiksaan UEC untuk menjadi peperiksaan umum, sebagai langkah melaksanakan hak asasi pendidikan bahasa Ibunda semua bangsa di peringkat sekolah menengah dengan harapan ia akan meluas dari titik ke bidang.
  3. Dong Zong harus membuat pembetulan terhadap keputusan salah berkenaan isu Kolej New Era pada tahun 2008. Sekiranya Dr. Kua Kia Soong masih berkeinginan, Dong Zong harus menjemputnya dengan penuh ikhlas untuk mengetuai usaha pembangunan Kolej New Era.
  4. Dalam usaha menentang akta pendidikan dan dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh klik hegemoni UMNO yang bermatlamat muktamad untuk menghapuskan bahasa ibunda semua etnik minoriti dalam negara ini dan mengasimilasikan setiap bangsa secara paksaan, Dong Zong harus secara proaktifnya bersatu dengan pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik yang berasaskan bangsa India dan etnik minoriti di Sabah dan Sarawak supaya bersama-sama menuntut hak asasi pendidikan bahasa ibunda masing-masing.

2014年2月4日下午1时整人民之友工委会部分工委在位于新山报馆街(Jalan Maju)的Al-Mashur 餐厅召开发布会时合影。左起:工委Mohd Nasir、财政严居汉、主席团主席朱信杰、黄贵文以及秘书处秘书杨秀丽。
Sebahagian AJK Sahabat Rakyat mengambil gambar semasa mengadakan sidang media di restoran Al-Mashur di Jalan Maju, Johor Bahru pada pukul 1 petang pada 4 Februari 2015. Dari kiri: AJK Mohd. Nasir, bendahari Nyam Kee Han, ahli-ahli presidium Choo Shinn Chei dan Wong Kwai Man dan ahli secretariat Yong Siew Lee.

相关文章链接:
1、关于“325华教救亡大会”的《3点声明》:丢掉对国阵与政府的幻想, 各民族教育才能起死回生!
2、“新院”两条变质之路蟊测
3、论述马来西亚华教运动与杰出领袖 —批判叶新田掌控下的“董教总路线” (上)
4、论述马来西亚华教运动与杰出领袖 —批判叶新田掌控下的“董教总路线” (下)
5、新纪元学院事件与董教總的變質(上)
6、新纪元学院事件与董教總的變質(下)
7、董总应回到华教运动的正确道路上来!
8、从领导人言行看新纪元会否变质
9、新院母体之一的董教总会否变质
10、马华不是要申办独中 而是要拖“隆中华”下水
11、《把我的独中还给我》歌唱视频 / 历史图片,你怎么说? ——从昔加末华侨中学遭遇“改制”到申办华仁独中昔加末分校的真实故事

0 comments:

通告 Notification




Malaysia Time (GMT+8)