Sunday 28 April 2013

Waytha Moorthy dan Pemimpin Lain Pasti Disingkir oleh Rakyat kerana Mengkhianati Masyarakat India demi Kepentingan Perseorangan 瓦达慕迪等人谋取权位官职 出卖族群利益必遭人民唾弃

Waytha Moorthy dan Pemimpin Lain Pasti Disingkir oleh Rakyat
kerana Mengkhianati Masyarakat India demi Kepentingan Perseorangan
瓦达慕迪等人谋取权位官职 出卖族群利益必遭人民唾弃
Penterjemahan Kenyataan Media yang Dikeluarkan oleh 
Sahabat Rakyat Johore Working Committee dalam Bahasa Mandarin 
pada 24 April 2013 


Pada 18hb April 2013, pucuk pimpinan HINDRAF yang diketuai oleh Waytha Moorthy dan N. Ganesan telah menandatangani sebuah memorandum persefahaman yang digelar “Pelan Tindakan Lima Tahun Hindraf – BN untuk Masyarakat India” (“Memorandum”) dengan klik pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Najib. Mengenai perkembangan ini, Sahabat Rakyat Johor Working Committee ingin mengemukakan sebuah kenyataan seperti berikut:

1. Memorandum itu merupakan satu jualbeli politik “I help you, you help me” antara klik pemerintahan BN dan pucuk pemimpin HINDRAF — Berdasarkan kerjasama yang disebut dalam Memorandum, Najib berjanji akan meneruskan usaha melibatkan masyarakat India dalam pembangunan negara selepas PRU 13. Waytha Moorthy menggesa masyarakat India mengberi sokongan kepada BN dalam pilihanraya ini agar membolehkan BN mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen. Hubungan kerjasama kedua-dua pihak itu hanya berasaskan perjanjian Najib dengan Waytha Moorthy dalam empat bidang sahaja, iaitu meningkatkan taraf kehidupan pekerja ladang yang tersesar, menyelesaikan isu kewarganegaraan, dan peluang pendidikan dan perniagaan.

Pada hakikatnya, nasib masyarakat India serupa dengan kaum minoriti yang lain dalam negara ini. Setelah diperintah oleh penjajah British selama melebihi 50 tahun, mereka telah mengalami pemerintahan kerajaan Perikatan dan seterusnya kerajaan BN selama lebih daripada 50 tahun. Pada tahun 2007, HINDRAF telah memimpin masyarakat India dalam melaungkan kemarahan mereka terhadap kerajaan penjajah British dan klik pemerintahan negara ini, supaya dilema masyarakat India terpinggir dapat diatasi. Sejak demonstrasi itu, selama lima tahun, termasuk PRU 12, telah berlalu. Dalam tempoh 5 tahun itu, klik pemerintahan BN tidak pernah mengambil sebarang langkah reformasi yang serius dan berkesan terhadap sistem politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan sosial. Selama ini, mereka yang berfahaman perkauman selama ini meminggirkan masyarakat India dan kaum minoriti yang lain.

Kebelakangan ini, hentaman gelombang reformasi rakyat pelbagai kaum yang menuntut reformasi telah menggugat kedudukan klik pemerintahan BN. Namun, dua hari sebelum hari penamaan calon PRU 13, Waytha Moorthy dan N. Ganesan telah menandatangani Memorandum dengan Najib. Mereka menyeru agar rakyat masyarakat India menyokong BN untuk meneruskan pemerintahannya. Mereka berniat “menjualkan” pengundi-pengundi kaum India kepada Najib dan klik pemerintahan BN demi memperolehi jawatan dan kuasa serta kepentingan individu. Ternyatalah niat tersebut bercanggah dengan aspirasi dan tindakan rakyat jelata untuk menggulingkan UMNO-BN.


2. Akar Umbi dan Kader HINDRAF tidak harus membenarkan pemimpin mereka mengetepikan dan menggugurkan “Tuntutan Teras” demi kepentingan perseorangan — Semasa terpaksa meninggalkin negeri, Waytha Moorthy atas nama pemimpin The Human Rights Foundation Malaysia (yang sebenarmya mewakili HINDRAF) pernah mengumumkan sebuah laporan yang bertajuk Kebebasan Keagamaan dan Institusionalisasi Perkauman Di Malaysia (Institutional Racism and Religious freedom in Malaysia). HINDRAF juga pernah melancarkan e-petisyen sedunia, yang menuntut kerajaan Malaysia agar memansuhkan Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan, dan memansuhkan segala dasar dan perkara perundangan yang berbau perkauman, di samping itu melayan semua rakyat secara sama rata. Selepas Waytha Moorthy kembali ke tanah air pada 1 Ogos 2012, dia menitikberatkan pendirian konkrit itu secara terbuka di merata tempat. Boleh disimpulkan bahawa HINDRAF berjuang demi mempertahankan hak, kepentingan dan maruah masyarakat India yang miskin dan terpinggir.

Sebenarnya, tindakan HINDRAF telah menunjukkan bahawa masyarakat India telah menjadikan tuntutan kesamarataan hak rakyat pelbagai kaum seluruh negara sebagai agenda perbincangan nasional. Jika tindakan tersebut yang adil, munasabah, dan sah dari segi undang-undang berterusan, maka itulah masa berakhirnya pemerintahan Najib dan hegemoni UMNO. Oleh yang demikian, akar umbi dan kader HINDRAF tidak harus membenarkan Waytha Moorthy, N. Ganesan atau sesiapa pun mengetepikan dan menggugurkan “Tuntutan Teras” demi mendapatkan jawatan dan kepentingan individu. Mereka tidak harus membenarkan masyarakat India ditipu untuk meyokong klik pemerintahan UMNO BN. Sebaliknya, akar umbi dan kader HINDRAF harus berpendirian bersama-sama rakyat pelbagai kaum, parti-parti dan pertubuhan demokratik, agar klik pemerintahan UMNO BN dapat ditongsampahkan.


3. Waytha Moorthy dan N. Ganesan telah berdosa kerana mengkhianati masyarakat India dan menjadi rakan sejenayah kepada klik pemerintahan dalam memecahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum — Dalam majlis  tandatangan Memorandum itu, Waytha Moorthy dan N. Ganesan menyeru kepada pengundi masyarakat India supaya menyokong BN dalam PRU 13 unyuk membolehkan BN mencapai kerusi majoriti dua pertiga di parlimen. Dengan itu, Waytha Moorthy dan N. Ganesan mengkhianati masyarakat India sebagai golongan tertindas. Pada masa genting ini, mereka “menerima pengampunan dan berlutut” kepada klik pemerintahan BN. Niat mereka adalah mengubahkan ciri HINDRAF. Mereka menjadikan HINDRAF sebagai alat kepada klik pemerintahan BN untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat.

Mereka memancing undi berterang-terang untuk BN. Dengan itu, Waytha Moorthy dan N. Ganesan tidak berbezanya dengan pemimpin-pemimpin parti-parti komponen BN seperti MIC dan PPP yang menipu masyarakat India agar mempercayai janji BN lagi. Tindakan mereka sebenarnya mendorong masyarakat India terus menerima pemerintahan hegemoni perkauman BN. Demi kepentingan perseorangan, mereka telah menghancurkan peluang penting untuk masyarakat India bersatupadu dengan kaum-kaum yang lain dalam usaha menumbangkan klik pemerintahan UMNO BN. Mereka bukan sahaja berdosa kerana mengkhianati masyarakat India, malah berperanan sebagai rakan sejenayah kepada klik pemerintahan BN dalam memecah-belahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum.


4.  Waytha Moorthy dan N. Ganesan atau Pemimpin lain-lain pasti akan dikeji kerana membelot daripada pendirian HINDRAF dan sebaliknya berpendirian menentang rakyat pelbagai kaum seluruh negara —Sebelum ini, para pemimpin HINDRAF, terutamanya Waytha Moorthy dan N. Ganesan, telah berpendapat bahawa pemerintahan kerajaan Perikatan, dan kdmudiannya kerajaan BN, yang didominasi UMNO berasaskan institusionalisasi perkauman selama 56 tahun ini, merupakan punca akar kepada dilema masyarakat Cina, India dan kaum minoriti lain-lain yang ditindas, didiskriminasi dan dipinggir. Namun, mereka telah mengambil pendirian menentang rakyat pelbagai kaum sekarang.

Menurut sejarah, sesiapa sahaja yang membelot kepentingan kaum dan masyarakat sudah barang tentu akan disingkir oleh rakyat. Oleh itu, Waytha Moorthy, N. Ganesan atau para pemimpin lain-lain yang akan sehaluan dengan mereka tidak akan dikecualikan, tetap akan disingkir oleh akar umbi HINDRAF, rakyat jelata masyarakat India dan pelbagai kaum. Hanya dengan menyingkirkan khayalan terhadap program transformasi yang diwar-warkan oleh klik hegemoni UMNO, dan menyingkirkan khayalan bahawa pemimpin atasan parti-parti komponen BN akan membela hak dan kepentingan kaum masing-masing, serta mencapai perpaduan kalangan rakyat semua kaum tanpa mengira kelas, aliran parti politik dan agama, baharulah aspirasi untuk pengubahan demokratik negara kita dapat dilaksanakan.

0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE