Monday 1 April 2013

Perasaan Hindraf sekarang adalah :- Tidak rela ditipu oleh BN selama 55 tahun, Mengharapkan PR dapat melaksanakan reformasi sebenar 兴权会此刻的心情应是 — 不甘被国阵欺骗了55年 只望民联真正落实改革

Perasaan Hindraf sekarang adalah :-
Tidak rela ditipu oleh BN selama 55 tahun,
Mengharapkan PR dapat melaksanakan reformasi sebenar


Pengarang: Nyam Kee Han (20hb Mac 2013)


14hb Mac 2013, saya menaiki Komuter KTM seorang diri, bertolak dari Stesen UKM ke Stesen Rawang. Sebaik sahaja sampai ke Rawang, terus saya menuju ke sebuah kuil Hindu yang berdekatan. 4 hari yang lepas, saya dengan 4 orang ahli jawatankuasa Sahabat Rakyat (Yong Siew Lee, Ang Peri Shan, Choo Shinn Chei dan Chen Xin) pernah melawati kuil ini untuk menyertai upacara doa HINDRAF HUNGER VIRATHAM yang diketuai oleh pengerusi HINDRAF, Waythamoorthy. Tersentuh dengan semangat mereka, saya memutus untuk menyertai aksi mogok lapar HINDRAF selama 24 jam, sebagai tanda penghormatan kepada Waythamoorthy dan sokongan terhadap aksi mogok lapar tersebut.

Tindakan mogok lapar Waythamoorthy ini adalah untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap perjuangan hak dan maruah Bangsa India di Malaysia yang majoritinya hanya tinggal kain sehelai sepinggan. Beliau berharap rejim memerintah menghentikan penindasan kejam terhadap Rakyat Bangsa India di Malaysia. Beliau juga berharap kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh Najib, dan Pakatan rakyat (atau bakal kerajaan) yang diketuai oleh Anwar akan memandang serius tentang kesengsaraan Bangsa India akibat daripada penindasan yang berterusan. Penyertaan saya dalam tindakan mogok lapar ini adalah kerana:-
1. Menyokong tindakan benar Hindraf yang memperjuangkan hak-hak Bangsa India yang telah diketepikan sekian lama, dan juga hak-hak bangsa minoriti lain.
2. Menyokong pendirian Hindraf yang bersifat bukan berpartisan (non-partisan) sepanjang perjuangan mereka.

Pandangan saya di atas merupakan hasil tinjauan saya, di mana saya bersama dengan rakan-rakan seperjuangan dari negeri Johor, berpeluang berbincang secara mendalam dengan Waythamoorthy dan pemimpin-pemimpin akar umbi Hindraf beberapa kali dalam masa setengah tahun yang lepas, dan agak memahami perkembangan dan perubahan Hindraf. Saya dapat merasai keteguhan dan ketabahan Waythamoorthy, dan juga keikhlasan dan kejujuran beliau.

Gerakan menentang penindasan dan perjuangan menegakkan hak dan maruah kaum India yang diketepikan dan ditindas oleh Hindraf telah “dikritik” dan “ditolak” oleh pertubuhan, parti dan individu yang dikatakan “melindungi hak asasi manusia” dan “mempertahankan hak semua bangsa”. Pandangan teras mereka adalah: Hindraf tidak patut berjuang “berasaskan sifat perkauman” (race based), sebaliknya haruslah berjuang “berasaskan keperluan” (needs based). Pendapat seperti ini tidak salah jika dilihat daripada segi gerakan sosial secara umum. Tetapi jika dilihat daripada segi hubungan antara penindasan bangsa dan bangsa yang ditindas, maka kritikan seperti ini berbaur menyembungikan atau menutupi kenyataan bahawa masalah penindasan bangsa masih merupakan masalah asas dalam masyarakat Malaysia.

Maka, tindakan HINDRAF mengemukakan tuntutan dan hasrat disifatkan suatu tindakan perkauman adalah tidak benar. Tindakan Hindraf sebenarnya serupa dengan DongZong atau Pertubuhan Cina lain yang mengemukakan hasrat dan tuntutan Bangsa Tiong Hua, mereka cuma mewakili rakyat berbangsa India di Malaysia untuk mengemukakan hasrat dan tuntutan. Persamaan kedua-dua pihak ini adalah mereka telah menonjolkan keadaan tertindas dua bangsa dan mengemukakan harapan dan tuntutan daripada perspektif bangsa tertindas masing-masing. Tindakan mereka langsung tidak berniat untuk mengkakis hak dan maruah bangsa yang lain. Apakah tindakan seperti ini salah? Kenapa mereka dituduh sebagai bersifat perkauman? Jika berbincang tentang “berasakan keperluan”, saya berpendapat bahawa masalah-masalah bangsa India di Malaysia haruslah dipandang berat oleh mereka yang membantah tindakan “berasaskan perkauman”, terutamanya Pakatan Rakyat yang telah bersedia untuk memerintah Negara ini. Ini adalah kerana jika berbanding dengan bangsa lain, masyarakat miskin berbangsa India dalam kesengsaraan ini sesungguhnya sangat memerlukan bantuan yang konkrit.

Hindraf telah membuat penyelidikan yang banyak dalam aspek masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat berbangsa India. Mereka telah merangkumi masalah-masalah yang terdesak ke dalam “5 years blueprint”, dan mengemukakan cadangan-cadangan yang konkrit untuk menyelesaikan masalah buat selama-lamanya. Mereka berharap blueprint ini mendapat sokongan bertulis daripada mana-mana gabungan politik (sama ada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat). Hindraf secara terbuka berjanji akan menyokong dan berkempen untuk parti politik yang endos secara bertulis “5 years blueprint”ini. Fokus Hindraf hanya pada cara untuk membebaskan Bangsa India daripada kesengsaraan melalui saluran parti politik. Sejak “5 years blueprint”ini dikemukakan pada 25hb Disember 2012, banyak usaha telah diusahakan, setakat kini masih tidak mendapat balasan positif daripada kedua-dua PR dan BN.

Masyarakat bangsa India telah ditindas secara berterusan oleh hegemoni perkauman UMNO-BN. Mengikut percakapan Waythamoorthy, Hindraf tidak mungkin masih berkhayalan terhadap UMNO ataupun kerajaan BN. Maka, mereka hanya boleh menaruhkan harapan kepada gabungan parti pembangkang terbesar pada masa kini iaitu Pakatan Rakyat untuk menyokong dan endos “5 years blueprint” mereka. Saya berpendapat bahawa perasaan Hindraf sekarang adalah: tidak rela ditipu oleh BN selama 55 tahun, mengharapkan PR dapat melaksanakan reformasi sebenar. Walau bagaimanapun, pemimpin-pemimpin PR masih belum memberi respon yang positif, ini pasti telah mengecewakan Hindraf.

Selepas menyertai mogok lapar ini selama 24 jam, saya dapat merasai bahawa, kehidupan Bangsa India telah sampai ke jalan buntu kerana ditindas oleh sistem penindasan bersifat perkauman. Aksi mogok lapar Waythamoorthy adalah balasan Bangsa India terhadap reaksi kedua-dua PR dan BN yang tidak mengendahkan “5 years blueprint”Hindraf. Pakatan Rakyat boleh menyatukan kuasa Himpunan Hijau yang diketuai oleh Wong Tack demi kemaraan mereka ke Putrajaya, mengapa tidak Hindraf yang merupakan kuasa teras dalam membantah perkauman, malah termasuk kuasa-kuasa lain yang membantah rejim UMNO-BN seperti Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Human Rights Party (HRP), BERSIH 2.0, parti-parti politik lain , NGO-NGO dan individu-individu demokratik. Saya percaya bahawa, rakyat jelata Malaysia sangat berharap satu barisan penyatuan demokratik yang kuat dapat ditubuhkan secepat mungkin, supaya dapat menumbangkan pemerintahan hegemoni UMNO. Jadi, apa kata Pakatan Rakyat?

0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE