Wednesday, 21 November 2012

Rakyat, pertubuhan dan parti politik demokratik semua kaum seluruh negera bersatu padu! Menentang sepenuhnya UMNO-BN yang menghapuskan pendidikan bahasa ibunda kaum Cina dan Tamil, Mansuhkan Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996!

Rakyat, pertubuhan dan parti politik demokratik semua kaum seluruh negera bersatu padu!
Menentang sepenuhnya UMNO-BN yang menghapuskan pendidikan bahasa ibunda kaum Cina dan Tamil, Mansuhkan Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996!
Kenyataan FOS Johor berkaitan Bantahan terhadap PPPM dan “Perhimpunan Aman 1125” pada 21 November 2012
Kain rentang dalam gambar di atas yang bertulis “Rakyat, pertubuhan dan parti politik demokratik semua kaum seluruh negera bersatu padu! Menentang sepenuhnya UMNO-BN yang menghapuskan pendidikan bahasa ibunda kaum Cina dan Tamil, Mansuhkan Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996!” disediakan oleh Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram (FOS) Negeri Johor sebagai petisyen untuk dibawa dan ditunjukkan dalam “Perhimpunan Aman 1125”. Lapan ahli jawatankuasa FOS Johor [Dari kiri: Tan Seng Hin, Liang Peck Kuan, Yong Siew Lee, Chong Lee Whee, Ang Pei Shan, Choo Shin Chie(11 dari kiri), Fang Pei Fen(13 dari kiri) dan Goh Chee Horng(19 dari Kiri)] mengambil gambar bersama-sama dengan sekumpulan penduduk tempatan yang mengasihi pendidikan bahasa ibunda (Bahasa Cina) di satu tapak senaman di Taman Impian Emas (berdekatan dengan Kolej Universiti Selatan), dan dihantar kepada semua suratkhabar bersama kenyataan dibawah.

Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram (FOS) Johor mengeluarkan kenyataan pada 21 November 2012 terhadap Bantahan 'Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM)' dan "Perhimpunan Aman 1125" seperti dibawah: 

1. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) hanya merupakan 'pembungkusan baru', mengikut kononnya "transformasi pendidikan yang diwar-warkan sejak akhir-akhir ini", kepada dasar asimilasi dan penindasan kaum yang telah dilaksanakan sejak kemerdekaan oleh klik pemerintahan UMNO yang diketuai oleh Najib Razak. Kandungan utama 'pembungkusan baru' ini adalah: Selain daripada pendidikan bahasa Kaum Melayu, menghapuskan pendidikan bahasa ibunda kaum lain, terutamanya kaum Cina dan Kaum India, secara menyeluruh seawal pendidikan rendah, demi merealisasikan "objektif muktamad" klik pemerintahan hegemoni UMNO iaitu "satu negara, satu bangsa, satu bahasa".

2. Rakyat semua kaum semua lapisan dalam negara tidak lagi mempunyai harapan dan khayalan yang tidak realistik terhadap (kononnya) program transformasi pendidikan yang dilancarkan oleh klik pemerintah UMNO yang dipelopori oleh Najib Razak dan Muhyiddin Yassin mutakhir ini berdasarkan pengalaman pahit yang dibawa oleh Akta Pendidikan dan polisi pendidikan yang dilaksanakan oleh klik pemerintah hegemoni UMNO! Rakyat jelata semua kaum telah dididik malalui amalan sendiri, membantah "Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025" merupakan hak demokratik dan pendirian politik bersama rakyat tertindas semua kaum dalam negara. 

3. FOS Johor, sebagai pertubuhan yang memperjuangankan hak asasi dan demokrasi, menyokong "Perhimpunan Aman 1125 Membantah PPPM" diadakan. Kami berpendapat bahawa Perhimpunan Aman 1125, walaupun dianjurkan oleh Dong Zong, tetapi ia merupakan perhimpunan semua pertubuhan masyarakat, parti politikdan rakyat semua kaum seluruh negara (yang menyahut seruan Dong Zong) untuk mengutarakan aspirasi umum membantah PPPM. Maka, individu, pertubuhan dan parti politik demokratik seluruh negara wajib menyertai dan menyokong perhimpunan ini. Kami juga berpendapat bahawa, demi membantah PPPM, rakyat perlu dengan jelas menuntut pemansuhan "Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996" yang sedia ada. Ini adalah kerana seksyen ini peruntukan bahawa 'Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, kecuali institut pendidikan yang mendapat pengecualian khas', ia telah  meminggirkan kedudukan sah pendidikan bahasa kaum lain (terutamanya kaum India dan Cina) dalam sistem pendidikan negara.

4. Klik pemerintah UMNO-BN meraih kuasa pemerintahan melalui sistem pilihanraya berparlimen yang diwarisi daripada kerajaan penjajah British. Oleh itu, rakyat semua kaum berhak memilih saluran pilihanraya berparlimen untuk membuangkan UMNO-BN ke tong sampah sejarah. Sekiranya klik pemerintah UMNO-BN berkeras kepala melaksanakan dasar penindasan dan diskriminasi kaum yang bertentangan dengan kepentingan rakyat sehingga menghuru-harakan negara dan masyarakat, dan menghasut konflik antara kaum, maka rakyat berhak untuk menjatuhkan mereka. Minggu lepas, terdapat pemimpin pertubuhan Cina seperti Ang Say Tee menuduh secara terbuka bahawa menyertai Perhimpunan Aman 1125 adalah tindakan “anti-kerajaan”(maksud tersiratnya adalah meminta kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang mempertahankan hak pendidikan bangsa). Sikapnya yang mengkhianati kepentingan bangsa telah ditonjolkan dengan begitu jelas sekali! Pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin Hua Zong dan Jiao Zong sanggup menghambakan diri dengan cuba mengumpan pertubuhan-pertubuhan dan individu-individu masyarakat Cina agar terus mengekalkan khayalan terhadap klik hegemoni UMNO. Sikap pengkhianatan dan berfahaman hamba dibenci dan dipandang rendah oleh masyarakat.

5. Pendirian dan pandangan kami terhadap Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan  Malaysia  2013-2025  (PPPM) dan Perhimpunan Aman 1125 adalah: “Rakyat, pertubuhan dan parti politik demokratik semua kaum seluruh negera bersatu padu! Menentang sepenuhnya UMNO-BN yang menghapuskan pendidikan bahasa ibunda kaum Cina dan Tamil, mansuhkan Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996!” Pendirian dan pandangan kami ini merupakan sebahagian daripada isi “Tiga Tuntutan yang Mendesak” dalam SeruanNGO-NGO negeri Johor kepada Rakyat Sempena PRU ke-13 yang tertajuk “Memecahkan Hegemoni UMNO, Menubuhkan Barisan Persatuan Demokratik; Menyatukan Rakyat Seluruh Negeri, Merealisasikan Tiga Tuntutan yang Mendesak”. Pendirian dan pandangan kami adalah tegas sekali! Kami sedia menerima kritikan dan tunjuk ajar daripada semua pihak! Kami sedia berkongsi dengan rakyat semua kaum dan pertubuhan dan parti politik demokratik seluruh negera!

0 comments:

通告 Notification




Malaysia Time (GMT+8)