Wednesday, 25 April 2012

Tema Sambutan Hari Pekerja 8 NGO Negeri Johor: Pekerja Berganding, Masa Depan Terjamin


Tema Sambutan Hari Pekerja 8 NGO Negeri Johor:

 Pekerja Berganding, Masa Depan Terjamin


Kenyataan Media Pertama 25hb April 2012



Pada 1hb Mei 2011, 4 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) (iaitu Persabatan Semparuthi Johor, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) Johor, Jawatankuasa Perhubungan Negeri Johor Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG dan Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram (FOS) Johor) di negeri Johor telah bekerjasama menganjurkan majlis sambutan Hari Pekerja Sedunia yang bertema “Pekerja berbilang kaum seluruh negara, bersatu dari perpecahan”di dewan kuliah Sekolah Menengah Foon Yew Johor Bahru.

Demi kesinambungan semangat tahun lepas dan menonjolkan keazaman perpaduan dan perjuangan golongan pekerja semua bangsa negara kita, 8 NGO yang rangkumi 3 bangsa utama negara kita di Johor termasuk Persahabatan Semparuthi dan Hindraf Johor yang majoritinya bangsa India, IKRAM Johor dan Persatuan Ulama Malaysia, Johor yang majoritinya bangsa Melayu serta Persekutuan Persatuan-Persatuan Bekas Pelajar- Pelajar Sekolah-Sekolah Cina Johor, Jawatankuasa Perhubungan Negeri Johor Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Persatuan Bekas Penuntut Taiwan Johor Bahru dan Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram (FOS) Johor yang majoritinya bangsa Cina bersetuju untuk menganjur bersama majlis sambutan Hari Pekerja Sedunia tahun ini.

Penglibatan NGO-NGO yang terdiri daripada 3 kaum utama negara kita dalam majlis tahun ini membawa makna yang amat mendalam kerana melambangkan semangat perpaduan golongan pekerja pelbagai kaum, terutamanya golongan pekerja tiga bangsa utama negara kita. Kami mengalu-alukan penyertaan lebih banyak kumpulan atau individu yang berminat, supaya program ini menjadi lebih bermakna dan berhasil.

Selepas perbincangan yang serious, wakil pertubuhan-pertubuhan anjuran bersama menetapkan Tema program tahun ini sebagai “Pekerja Berganding, Masa Depan Terjamin”. Ini adalah pemahaman pekerja semua bangsa, terutamanya India, Melayu dan Cina terhadap realiti sosial masa kini; Ini juga merupakan kesedaran pekerja semua bangsa negara kita perolehi selepas mengalamai ratusan tahun pemerintahan penjajah luar dan lebih daripada 50 tahun pemerintahan golongan reaksionari dalam negara.

Ketetapan majlis seperti berikut:

Tarikh : 6hb Mei 2012 (Ahad)
Masa : 2pm-5pm
Tempat : Tingkat 5, JOTIC (di sebelah Mahkamah JB)

Kehadiran pekerja semua bangsa amat dialu-alukan. Masuk percuma. Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

· Fang Pei Fen —Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) Johor (Tel: 017-7696713)
· Dr. Hj. Ali bin Abd Rahman — IKRAM Johor (Tel: 012-7711740)
· Y. Mohan – Hindraf Johor (Tel: 019-7102895)
· Ng Chee Wee - Persekutuan Persatuan-Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Sekolah-Sekolah Cina Johor (Tel: 012-7773683)
· Silvarajah a/l Erusam — Persahabatan Semparuthi Johor (Tel: 016-7334469)
· Mohd Nasir bin Prayitno — Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Johor (Tel: 012-7501750)
· Yen Boon Chen - Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG (Jawatankuasa Perhubungan Johor Bahru) (Tel: 019-7550960)
· Diong Chi Zuoh - Persatuan Bekas Penuntut Taiwan Johor Bahru (Tel: 012-7229535)

0 comments:

通告 Notification




Malaysia Time (GMT+8)