Monday, 28 November 2011

Teks Ucapan Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor sempena Ulang Tahun ke-60 Parti Islam SeMalaysia (PAS) Johor

Teks Ucapan Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor sempena
Ulang Tahun ke-60 Parti Islam SeMalaysia (PAS) Johor

26hb November 2011

Sempena karnival ulang tahun ke-60 Parti Islam SeMalaysia (PAS) Johor yang berlangsung selama tiga hari dari 25 November hingga 27 November 2011 di Dataran Haji Mardi, Ayer Hitam, wakil daripada Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) Johor dan SUARAM (cawangan Johor Bahru) dijemput untuk menghadiri karnival tersebut. Berikut merupakan mesej solidariti yang dibawakan oleh saudara Nyam Kee Han, wakil JK Sahabat SUARAM, pada karnival tersebut. Selain iti, Koordinator JK Perhubungan BERSIH 2.0 negeri Johor, Fang Pei Fen juga dijemput untuk memberi penerangan tentang 8 tuntutan segera BERSIH 2.0.

Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) Johor dan SUARAM (cawangan Johor Bahru) mengucapkan tahniah atas kejayaan mengadakan ulang tahun ke-60 PAS Johor dan semoga memperoleh hasil yang lumayan; Kami ingin menyampaikan penghargaan kepada PAS Johor atas jemputan kepada badan bukan kerajaan (NGO) untuk menghadiri program parti yang penting ini. Kami merasakan bahawa jemputan ini membawa makna seperti berikut:

(1) Usaha yang dicurahkan oleh JK Sahabat SUARAM Johor dan SUARAM JB, terutamanya dalam konteks membantah pemerintahan hegemoni UMNO dan memperjuangkan hak asasi manusia dan demokrasi, telah mendapat kefahaman dan sokongan daripada PAS Johor. Ini merupakan satu galakan yang amat  memberangsangkan, supaya kami lebih berkeyakinan dalam usaha menyatupadukan rakyat berbilang kaum untuk menolak pemerintahan hegemoni dan menggerakkan perkembangan demokrasi di negara kita.

(2) Perjuangan yang tegas dan teguh oleh PAS Johor dalam membantah pemerintahan hegemoni dan merealisasi kebenaran Islam di kubu UMNO (negeri Johor) ini akan berhubung rapat dengan perjuangan rakyat berbilang kaum untuk membantah pemerintahan hegemoni dan memperjuangkan hak asasi dan demokrasi di negeri ini. Kami, selaku salah satu NGO yang menggerakkan hak asasi dan demokrasi di negeri ini, sudi bekerjasama dan berjuang bersama-sama dalam konteks membantah pemerintahan hegemoni dan memperjuangkan hak asasi dan demokrasi.


Masih ingat 9 Julai tahun ini, anggaran kira-kira 50 ribu rakyat yang terdiri daripada kaum yang berlainan, lapisan yang berlainan, umur yang berlainan, jantina yang berlainan, daripada parti politik yang berlainan, budaya yang berlainan dan agama yang berlainan, membanjiri pusat bandaraya Kuala Lumpur dari seluruh pelusuk negara demi memperjuangkan “pilihanraya yang bersih dan adil”. Mereka bersedia menyertai “perhimpunan besar-besaran dan perarakan demokrasi” yang diadakan pada hari itu. Tindakan penangkapan dan represif yang keras daripada kerajaan Barisan Nasional telah mendorong 50 ribu rakyat tersebut berdemonstrasi di beberapa jalan raya yang seterusnya berkembang menjadi satu “Perarakan Tunjuk Perasaan” yang besar dan memberangsangkan. Oleh itu, “9 Julai” sememangnya satu hari yang bermakna dan bersejarah dalam gerakan demokrasi di negara kita.

Selepas perarakan tunjuk perasaan 709, tiada balasan positif daripada Yang Dipertuan Agong dan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap "8 tuntutan refomasi sistem pilihanraya" yang diutarakan oleh BERSIH 2.0. Rejim pemerintahan BN yang diketuai oleh Najib sedang cuba memperdayakan rakyat seperti mana yang selalu dilakukan, dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) yang kononnya berfungsi mereformasikan sistem pilihanraya, yang hanya bermotif untuk menipu rakyat dan terus mengekalkan pemerintahan mereka.

Sekarang, BERSIH 2.0 telah melancarkan kempen baru iaitu “Tunaikan 8 tuntutan, barulah PRU-13”. BERSIH 2.0 berharap NGO-NGO di setiap negeri mengambil inisiatif untuk berhubung dan bekerjasama secara sukarela supaya satu jawatankuasa peringkat negeri yang mewakili BERSIH dan mengamalkan prinsip “tidak berpartisan” (non-partisan) dapat dibentuk dengan segera. Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab untuk mempromosikan “8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya” dan menggerakkan kerja-kerja menuntut reformasi sistem pilihanraya di setiap bandar, pekan dan desa dalam negeri masing-masing.

Justeru, Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (Friends of SUARAM, FOS) Negeri Johor, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) akarumbi yang bergiat aktif dalam memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia di Negeri Johor, sudah pasti menyahut seruan BERSIH 2.0 ini dan mengambil inisiatif untuk berhubung dengan NGO-NGO, individu-individu dan parti-parti politik yang mendokong demokrasi dan hak asasi manusia. Pada 16hb November 2011, satu “Jawatankuasa Perhubungan BERSIH 2.0 Negeri Johor” yang terdiri daripada FOS Johor, Persahabatan Semparuthi Johor, Ikram Johor, Persatuan Ulama Malaysia Johor dan Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG (Jawatankuasa Perhubungan Johor Bahru) telah ditubuhkan dan bermatlamat untuk berusaha memperjuangkan “Pilihanraya yang Bersih dan Adil”. 

Pihak kami telah menyatakan pemahaman tentang pendirian “non-partisan” BERSIH 2.0 melalui kenyataan akhbar yang bertarikh 17hb November 2011. BERSIH 2.0 menekankan prinsip “tidak berpartisan”, mungkin berdasarkan pertimbangan penting yang berikut:

(1) Pilihanraya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap negeri adalah urusan penting yang berkait rapat dengan kepentingan RAKYAT seluruh negara. Sifat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ditetapkan oleh sifat wakil dan parti yang dipilih oleh RAKYAT dalam pilihanraya. Kehidupan RAKYAT jelata pula ditentukan dan dikawal oleh kerajaan Persekutuan dan Negeri yang dibentuk oleh wakil dan parti yang dipilih ini. Parti Perikatan dan Barisan Nasional (BN) telah memerintah negara kita lebih daripada 50 tahun sebab adanya sistem pilihanraya dan “peraturan dan regulasi” yang diwarisi daripada pihak penjajah British. Padahal, kekuatan perpaduan, hasrat bersama dan tindakan tegas RAKYAT semua bangsa dan semua lapisan yang sepatutnya merupakan daya gerak sebenar dan faktor penentu kepada pilihanraya dan masa depan negara.

(2) Semua parti politik di bawah sistem parlimen negara kita merupakan pertubuhan politik yang mewakili kepentingan golongan bangsa, kelas dan kumpulan yang tertentu, ianya ditubuhkan, wujud dan berkembang demi merampas kuasa atau mengukuhkan kuasa pemerintahan. Oleh demikian, setiap parti politik sudah pasti mempunyai semangat partisan dan agenda masing-masing. Konflik yang wujud antara kem Barisan Nasional (BN) yang ingin meneruskan dan mengukuhkan pemerintahannya dengan kem parti pembangkang seperti Pakatan Rakyat (PR) dan parti pembangkang lain yang ingin merampas kuasa pemerintahan adalah konflik yang bersifat hidup mati; Dalam kem BN, konflik antara parti komponen BN yang ingin meneruskan dan mengukuhkan pemerintahan tidak dapat dielakkan; Dalam kem pembangkang pula, konflik antara 3 parti komponen PR dan antara PR dengan parti-parti pembangkang lain yang ingin merampas kuasa pemerintahan persekutuan dan negeri turut tidak dapat dielakkan. Oleh itu, Untuk memperjuangkan “pilihanraya yang bersih dan adil”, sebarang corak partisan dan agenda persendirian parti-parti politik seharusnya ditolak, manakala kepentingan dan hasrat bersama seluruh RAKYAT harus ditekan. Hanya dengan demikian, sokongan dan kerjasama yang paling meluas dapat diwujudkan.

(3) Bersih 2.0 merupakan gabungan yang terdiri daripada NGO-NGO dalam negara kita demi memperjuangkan “pilihanraya yang bersih dan adil”, dan bukan untuk merampas atau memegang kuasa pemerintahan negara. Badan bukan kerajaan (NGO) adalah relatif dengan konsep kerajaan atau badan kerajaan. Sifat dan posisi NGO tidak akan berubah mengikut mana-mana parti politik yang berkuasa, di bawah pemerintahan BN, NGO tetap NGO, di bawah pemerintahan PR atau parti politik lain, pun tetap NGO. NGO akan sentiasa bertindak demi kepentingan rakyat. Pengalaman aksi 709 telah membuktikan bahawa pendirian dan pandangan NGO yang jelas dan tegas iaitu “bersama rakyat” dan “berkhidmat untuk rakyat”. Ianya bukan sahaja mudah memberi keyakinan dan diterima oleh rakyat semua bangsa semua lapisan, ia juga tidak bermasalah untuk membentuk persefahaman dan toleransi dengan pelbagai parti politik dan pelbagai agama. Hanya dengan bertegas dengan kedudukan bebas dan proaktif NGO, Bersih 2.0 mampu memenangi sokongan dan kepercayaan yang meluas.

Kami setuju dengan pendirian tidak berpatisan BERSIH 2.0 berdasarkan pemahaman yang dinyatakan diatas. Pada masa yang sama, pihak kami mengiktiraf posisi dan fungsi setiap parti politik dan menghormati kebebasan dan inisiatif setiap parti politik dalam perjuangan politik. Walau bagaimanapun, NGO-NGO, parti-parti politik serta ahli parti dan rakyat jelata dibawah pimpinan parti-parti politik ini yang mempetahankan demokrasi dan hak asasi manusia harus bekerjasama dan saling memberi sokongan demi memperjuangkan kepentingan dan aspirasi rakyat untuk masa depan yang cerah.

Kami, sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang aktif dalam negeri Johor, mengumumkan dengan serius bahawa kami sudi bekerjasama rapat dengan PAS serta parti-parti politik yang lain untuk berjuang bersama demi kepentingan rakyat Johor mahupun seluruh negara, demi reformasi piliharaya jangka masa pendek dan panjang.


Ahli Sekretariat FOS Johor
Nyam Kee Han


 Gamabar 1 (Darri Kiri): Encik Mihd Nazari, pengerusi KERABAT, Cik Fang Pei Fen, koordinator JK Perhubungan BERSIH 2.0 Johor dan En. Nyam Kee Han (yang berdiri dan memberi ucapan) , ahli sekretariat JK Kerja Sahabat SUARAM.

Gambar 2 Dari Kiri: Pengrusi Majlis Cikgu Normala Sudirman, Puan Fatimah(Timbalan Pengerusi Dewan Muslimat negeri Johor), Cik Kumuta a/p Raman (Pengerusi Dewan Perhimpunan Penyokong PAS Johor), Cik Fang Pei Fen (koordinator JK Perhubungan BERSIH 2.0 Johor ) dan YB Salahhudin Ayub (Timbalan Pengerusi PAS, yang berdiri dan memberi ucapan)  

0 comments:

通告 Notification

人民之友对下届大选意见书
英巫文译稿将在此陆续贴出

作为坚守“独立自主”和“与民同在”的立场的一个民间组织,人民之友在上个月对即将来临的第14届全国大选投票,发表了一篇以华文书写的意见书,题为:投票支持"反对国家伊斯兰化的候选人": 反对巫统霸权统治!莫让马哈迪帮派"复辟"!。

这篇意见书的英文译稿,将在近期内在本部落格贴出。马来文译稿将在下个月内贴出。敬请关注!

我们希望,我们在意见书内所表达的对下届大选的立场和观点,能够准确而又广泛地传播到我国各民族、各阶层的人民群众中接受考验,并接受各党派在这次全国大选斗争和今后实践的检验。


The English and Malay renditions of Sahabat Rakyat’s opinions about next election will be published here consecutively

As an NGO which upholds “independent and autonomous” position and "always be with the people" principle, Sahabat Rakyat had released a Chinese-written statement of views with regard to the voting in the upcoming 14th General Election, entitled “Vote for candidates who are against State Islamisation: Oppose UMNO hegemonic rule! Prevent the return to power of Mahathir’s faction!”

The English rendition of this statement will be published in our blog in the near future whereas the Malay rendition will be published next month (November). Please stay tuned!

We hope that our position and views pertaining to the next General Election expressed in the statement will be accurately and widely disseminated and also examined by the popular masses of various ethnicities and social strata through their involvement in the struggle of the next General Election carried out by various political parties and their practices in all fields in future.


Akan datang: Penerbitan penterjemahan pendapat Sahabat Rakyat mengenai pilihan raya ke-14 dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

Sebagai sebuah pertubuhan masyarakat yang berpendirian teguh tentang prinsip "bebas dan berautonomi" dan “sentiasa berdampingan dengan rakyat jelata”, Sahabat Rakyat telah menerbitkan kenyataan tentang pandangan kami terhadap Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang yang bertajuk "Undilah calon yang menentang Pengislaman Negera: Menentang pemerintahan hegemoni UMNO! Jangan benarkan puak Mahathir kembali memerintah! "

Penterjemahan Bahasa Inggeris kenyataan tersebut akan diterbitkan dalam blog kita dalam waktu terdekat manakala penterjemahan Bahasa Melayu akan diterbitkan pada bulan hadapan.

Kami berharap pendirian dan pandangan kami berkenaan pilihan raya kali ini yang dinyatakan dalam kenyataan tersebut dapat disebarkan dengan tepat dan meluas untuk diuji dalam kalangan rakyat semua bangsa semua strata sosial melalui penglibatan mereka dalam amalan pelbagai parti politik dalam pertempuran pilihan raya umum kali ini mahupun masa depan.

Malaysia Time (GMT+8)