Friday 24 June 2011

Kenyataan Jawatankuasa Sahabat SUARAM Negeri Johor 24hb Jun 2011: Mengenai Himpunan Besar-besaran dan ‘Perarakan Demokrasi’709 di Kuala Lumpur


Kenyataan Jawatankuasa Sahabat SUARAM Negeri Johor 24hb Jun 2011:

Mengenai Himpunan Besar-besaran dan
‘Perarakan Demokrasi’709 di Kuala Lumpur

Jawatankuasa Sahabat SUARAM Negeri Johor(FOS Johor) mengeluarkan 4 kenyataan seperti dibawah mengenai isu yang sedang hangat didebat oleh parti pemerintah dan pembangkang serta menarik perhatian ramai iaitu himpunan besar-besaran dan ‘Perarakan Demokrasi’ yang bakal disertai oleh rakyat jelata Malaysia pada 9hb Julai di Kuala Lumpur:



1)   8 TUNTUTAN REFOMASI SISTEM PILIHANRAYA MERUPAKAN TUNTUTAN MUNASABAH



Himpunan besar-besaran dan‘perarakan demokrasi’di Kuala Lumpur kali ini adalah satu aksi menuntut refomasi dalam sistem pilihan raya yang diterajui dan dipimpin oleh ‘Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil’(atau ringkasannya BERSIH 2.0) yang terbentuk daripada wakil pelbagai badan bukan kerajaan (disebut NGO selepas ini) dan demokrat perseorangan. Lapan tuntutan yang dikemukakan adalah: 1. Bersihkan  senarai undi dan mendaftarkan rakyat penuh 21 tahun sebagai pengundi secara otomatik; 2. Menreformasi undi pos(membenarkan pengundi sah yang tidak dapat balik ke kawasan undi dengan sebab yang munasabah mengundi melalui undi pos); 3. Guna dakwat kekal bagi mengelakkan pengundi hantu; 4. Masa kempen minima 21 hari; 5.  Akses media yang bebas dan adil(memastikan media arus perdana tidak berat sebelah); 6. Kukuhkan institusi awam(memastikan kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan PDRM, bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi ini); 7. Hentikan rasuah; 8. Hentikan politik kotor. Lapan tuntutan ini jelas adalah tuntutan munasabah yang menjurus kepada kekurangan semasa sistem pilihanraya negara.



2HIMPUNAN BERSIH 2.0 709 ADALAH TINDAKAN YANG SAH DI SISI UNDANGN-UNDANG



Himpunan dan ‘perarakan demokrasi’kali ini adalah aksi tuntutan rakyat kali ke-2 selepas 40 000 orang turun ke jalan raya dan dengan tegas menuntut refomasi pilihanraya pada 10 November 2007 yang dianjurkan oleh BERSIH 1.0. Aksi kali ini mesti lebih besar daripada aksi dulu; laungan perubahan kali ini mesti lebih kuat daripada laungan yang lepas. Namun demikian, BERSIH 2.0 secara bertanggungjawab mengumumkan himpunan besa-besaran dan ‘perarakan



demokrasi’ kali ini adalah satu aksi penyerahan memorandum menunutut lapan tuntutan refomasi sistem pilihanraya kepada DYMM Yang Dipertuan Agong yang aman dan damai. Kebebasan berhimpun secara aman merupakan hak asas rakyat yang termaktub dalam Perkara 10 (1a) dan (1b) Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai sekarang. Hak ini juga selaras dengan Perkara 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat iaitu Setiap orang berhak berucap, berhimpun secara aman dan berpersatuan dengan bebas. Maka, sama ada dari perspektif nasional mahupun antarabangsa, himpunan dan ‘perarakan demokrasi’ kali ini di KL merupakan aktiviti rakyat Malaysia menuntut refomasi sistem pilihraya yang sah di sisi undang-undang.

  

3KEPIMPINAN UNGGUL BERSIH 2.0 PASTI MEMDAPAT SOKONGAN MELUAS RAKYAT



Berdepan dengan kenyataan pemimpin parti politik yang kurang wajar, Ambiga Sreenevasan (Gambar kiri) menegaskan bahawa “NGO adalah penganjur himpunan dan perarakan ini, kami bukan untuk menyokong mana-mana parti”,“masyarakat sivil akan mengetuai perhimpunan tersebut, dan bukannya diketuai oleh parti politik”; manakala apabila berdepan dengan ugutan dan fitnah daripada BN, terutamanya daripada UMNO, dengan tegas beliau menjawab “Saya menolak untuk memberi sebarang komen terhadap perkara menyerang peribadi saya. Perhimpunan ini bukan untuk saya, ia adalah untuk rakyat. Ia tentang rakyat Malaysia. perhimpunan itu tetap diteruskan walau apa pun berlaku pada saya”[1]; apabila berdepan dengan ugutan bunuh melalui sms, selain membuat laporan polis, Ambiga kelihatan begitu tenang dan ambil mudah terhadapnya. Berdasarkan ayat-ayat dan kelakuan diatas, BERSIH 2.0 yang menganjurkan dan memimpin himpunan dan ‘perarakan demokrasi’ ini telah memainkan peranan kebebasan dan otonomi badan-badan NGO-NGO; Ambiga sebagai pengerusi BERSIH 2.0 telah menunjukkan kebijaksanaan dalam kepimpinan dan ketegasan dalam perjuangan sekaligus menjadi teladan bersinar dalam gerakan badan bukan kerajaan (NGO) di negara kita. Kepimpinan unggul Ambiga pemimpin-pemimpin lain sudah tentu akan mendapat sokongan meluas rakyat berbilang kaum. Dibawah kepimpinan ini, himpunan dan "perarakan demokrasi" 709 ini  boleh memainkan peranan aktif, sekaligus mendalamkan perkembangan gerakan refomasi sistem pilihanraya, demokrasi dan hak sivil.





4NGO DENGAN PENDIRIAN JELAS SENTIASA BERSAMA RAKYAT



Tuntutan himpunan dan ‘perarakan demokrasi’ 9 Julai ini terhad dalam menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Tujuan BERSIH 2.0 tidak seperti parti-parti politik yang mengharapkan pengambilan alih kuasa dan menguasai kerajaan, sebaliknya adalah untuk meningkatkna kesedaran dan fahaman rakyat berbilang kaum bahawa: hanya dengan kekuatan perpaduan yang kukuh, hak asasi rakyat dapat dibela; hanya dengan perjuangan yang tegas, rakyat dapat memaksa pihak pemerintah menghadapi kenyataan dan melakukan sedikit toleransi, supaya rakyat menikmati beberapa hasil perjaungan. Rakyat berbilang kaum telah sedar dan bangkit daripada kehidupan derita dibawah pemerintahan dan penipuan Parti Perikatan dan Barisan Nasional yang didominen oleh UMNO. Ramai orang juga tidak lagi percaya terhadap penipuan yang helah yang sering dipergunakan oleh pihak pemerintah. Kenyataan telah membuktikan bahawa dibawah syarat-syarat perlembagaan pemerintah kuku besi sekarang, rakyat jelata pelbagai kaum hanya boleh mengharapkan beberapa parti pembangkang di parlimen untuk merealisasikan refomasi politik. NGO-NGO yang mempunyai pendirian tegas dan jelas pula mampu menjadi pejuang kepentingan rakyat setia yang lebih boleh dipercayai. Apa yang sedang berlaku sekarang adalah bukti bahawa NGO yang mempunyai pendirian jelas sentiasa bersama rakyat.



SERUAN KAMI



Berdasarkan ulasan diatas, kami menyeru semua pemimpin parti-politik dan individu-individu yang prihatin terhadap keadaan politik negara kita hadir ke majlis pelancaran 8 tuntutan BERSIH 2.0 di Taman Dahlia Tampoi, JB pada 25hb Jun 2011 dan menyertai himpunan dan ‘perarakan demokrasi’ 9hb Julai di KL. Tindakan ini bukan sahaja menunjukkan sokongan kepada tuntutan BERSIH2.0, ia turut membawa maksud menentang hegemoni pemerintahan UMNO-BN.



    9 Julai – Perhimpunan BERSIH 2.0

25 Jun – Majlis Pelancaran di Tampoi, Johor Bahru


Notis daripada Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor (22 Jun 2011)





Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menetapkan untuk mengadakan satu perhimpunan besar-besaran pada 9 Julai 2011 pukul 2 petang di Kompleks Beli-belah SOGO, Masjid Kg. Baru dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Dataran Merdeka), yang mana akan meluluskan “8 tuntutan” mengenai reformasi pilihanraya secara mulia dan serius. Kemudiannya, “Perarakan Demokratik” akan diadakan secara serentak dari ketiga-tiga tempat ini menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum mengenai “8 tuntutan” tersebut kepada Yang Dipertuan Agong.



Sebagai langkah untuk memobilisasi rakyat jelata daripada pelbagai kaum, pelbagai lapisan masyarakat dan dari seluruh pelusuk negara untuk menyertai perhimpunan ini, BERSIH 2.0 telah mengadakan majlis pelancaran di negeri Selangor dan negeri-negeri yang lain, termasuklah negeri Johor. BERSIH 2.0 mengalu-alukan kehadiran ramai untuk Majlis Pelancaran yang akan diadakan di Johor Bahru, butiran lanjut adalah:-



Tarikh              : 25hb.  Jun 2011 (Sabtu)

Masa                : 8.30 malam – 10.30 malam

Tempat            : Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas

  No. 39, Jalan Dahlia 9, Taman Dahlia, Tampoi.

Penceramah     : Wakil BERSIH 2.0

1.   Hishamudin Rais

2.   Suhaizan Kayat

                          Wakil Undangan Daripada Parti Politik

1.   YB Ong Kow Meng

Timbalan Pengerusi Democracy Action Party (DAP) negeri Johor

2.   Dato' Dr. Mahfodz Mohamad

Pengerusi Parti Islam Semalaysia (PAS) negeri Johor
atau wakil  Parti Islam Semalaysia (PAS) negeri Johor

3.   Encik Nazri Ismail

Pengerusi Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Johor

4.   Encik Choo Shinn Chei

Setiausaha  Parti Sosialis Malaysia (PSM) caw. Nusajaya



Di bawah adalah 8 tuntutan mengenai reformasi piihanraya:    



  1.  Bersihkan  senarai undi (semua rakyat yang layak mengundi perlu didaftarkan sebagai pengundi secara automatik)
  2. Reformasikan undi pos (Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara.)
  3. Guna dakwat kekal (Menghalang pengundi hantu)
  4. Akses media yang bebas dan adil (Memastikan media utama saksama kepada semua parti politik)
  5. Tempoh berkempen minimum 21 hari
  6. Kukuhkan institusi awam (Memastikan keadilan dan kesaksamaan Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia supaya memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi tersebut) 
  7. Hentikan rasuah 
  8.  Hentikan politik kotor


[1] http://www.malaysiakini.com/news/1673948



0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE