Sunday 1 May 2011


Masalah Perumahan Pekerja Ladang di Selangor :
Kami meminta rumah sahaja

Oleh : Yuvarajan Subramaniam, BSc(Hons)(Physics,UM)

Selamat sejahtera tuan- tuan dan puan- puan. Sebenarnya saya ingin memulakan ucapan saya dengan mengucapkan Selamat Hari Mei kepada semua yang hadir disini.Tetapi melihat keadaan pekerja ladang yang masih merayu untuk sebuah rumah selepas berpuluh-puluh tahun megerah peluh di ladang,sebenarnya saya berasa sangat berat hati untuk mengucapkan ‘Selamat  Hari Mei’.

Sebelum memulakan ucapan saya ingin menyampaikan sebuah cerita.25 tahun yang lalu, saya tinggal bersama datuk dan nenek saya di sebuah ladang yang dikenali Scarboro bahagian 4  sekitar Sungai Petani, Kedah.
Di ladang saya ada seorang ketua kasatuan pekerja. Pada setiap Hari Mei, beliau akan mengumpul semua pekerja ladang dan mengibarkan bendera malaysia selepas nyanyian ‘negara ku’. Selepas itu beliau akan memberi gula-gula kepada kami dan akan menyampaikan ucapan mengenai keperitan pekerja ladang.  Setiap kali ucapan beliau akan diakhiri dengan nada yang lesu. Saya terlalu muda untuk memahami  kepiluan beliau mengenai  kesusahan pekerja. Apa yang saya boleh buat pada masa itu ialah hanya makan gula-gula diberi.

Nenek saya pernah bercerita tentang beliau.Beliau bernama En.Periannan.Beliau seorang yang sangat jujur dan selalu bersedia untuk menolong pekerja ladang tersebut pada masa kesusahan dan masalah. Kejujuran beliau sangat terserlah sehingga tidak meminta pokok muda untuk isteri beliau sendiri yang biasanya akan diperuntukkan untuk pekerja ladang yang lama. Beliau takut akan disalah erti oleh rakan sekerja kalau beliau berbuat demikian.

Pada suatu hari, saya melihat beliau bercakap dengan kawan-kawan dengan sedih. Beliau baru balik dari Perjumpaan Kesatuan Pekerja di Sungai Petani. Tetapi kegelisahan beliau pada hari itu masih segar dalam ingatan saya.  Beliau tidak berpuas hati  dengan keberkesanan  Kesatuan pekerja ladang masa itu.  Beliau tidak bersetuju dengan pekerja hanya diberi ganti rugi berupa wang untuk meninggalkan ladang ke bandar. Beliau rasa mereka perlu diberi lebih daripada itu. Mereka perlu diberi tanah atau  rumah sebagai ganti rugi. Beliau rasa persatuan pekerja ladang menggadai hak asasi pekerja ladang dengan menurut kehendak  pengurusan ladang  begitu sahaja. Sebenarnya beliau bukanlah orang lain tetapi datuk saya sendiri yang telah meninggal dunia 2 tahun lalu.

Lebih 20 tahun sudah berlalu selepas mendengar rintihan datuk saya. Sudah sebelas tahun berlalu selepas abad yang ke-21 ini, tetapi pekerja ladang masih terpaksa melaung sekuat hati untuk gaji bulanan.Mereka diusir keluar dari ladang atas sebab pembangunan.  Adakah pekerja perlu diberi rumah murah sebagai ganti rugi keluar daripada ladang? Tepuk dada tanya selera.  Selepas bekerja di ladang untuk 4 generasi marilah kita berfikir sejenak kalau ada-apa usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk pekerja ladang selepas mengecapi kemerdekaan ?

Polisi Perumahan Sendiri Pekerja Ladang- Tun Abdul Razak-1973

Pada tahun 1973 Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak telah memperkenalkan Skim Perumahan Sendiri. Di bawah skim ini, majikan sesuatu perladangan harus menyediakan perumahan sendiri untuk pekerja-pekerja mereka yang  rata-ratanya hidup dalam kemiskinan.
Di bawah skim ini, 3 buah ladang telah membina rumah sendiri untuk pekerja-pekerjanya iaitu, Ladang Tennamaram-Sime Darby Sdn.Bhd (1976) Selangor- 108 rumah, Ladang  Batu Pekaka, Kedah-230 rumah, Ladang Dovenby Perak-110 rumah. Melalui skim ini, pekerja-pekerja ladang tersebut telah membeli rumah dengan membayar ansuran yang sedikit untuk satu tempoh masa tertentu.

Polisi Perumahan Sendiri Pekerja Ladang - Dato Lim Ah Lek- 1995

Pada tahun 1995, Bekas Menteri di Kementerian Sumber Manusia, Dato Lim Ah Lek telah menyatakan bahawa pemilik ladang harus menyediakan perumahan kepada pekerja ladang kalau ladang dijual atau dimajukan.  Ini kerana pekerja ladang telah berkhidmat untuk 4 generasi dan mereka tidak mempunyai tempat lain untuk pergi jika rumah mereka dirobohkan. (The Star: 6/4/1995) 

Justeru itu, semua Kerajaan Negeri diminta memastikan supaya pekerja ladang tidak diusir sebelum isu perumahan mereka sendiri selesai. Beberapa buah negeri seperti Negeri Selangor dan Johor mempunyai polisi memastikan pekerja ladang diberi perumahan sebelum ladang dijual manakala di negeri kelantan pula kerajaan Negeri telah memberikan lot tanah kepada para pekerja ladang.

Polisi Kerajaan Negeri Selangor

Sejak 1991 kesemua ladang di Selangor diwajibkan mengimplementasi Skim Perumahan Sendiri untuk pekerja ladang sebelum ladang dimajukan atau dijual. Adalah menjadi kewajipan pihak majikan atau pemaju ladang untuk menempatkan para penduduk ladang ke rumah tetap yang kekal sebelum sesuatu ladang itu hendak dibangunkan.Menteri Besar  Tan Sri Muhammad Taib pada 1991 telah menyatakan bahawa  Kerajaan Negeri patut memberikan rumah alternatif kepada pekerja ladang yang telah diusir keluar daripada ladang.

Tetapi  adakah ini perkara sebenar dalam realiti  negara kita ?  Sebenarnya nasib pekerja tidaklah seperti yang digambarkan oleh ahli-ahli politik kita? Apa yang kita melihat dalam kejadian sebenar ialah pekerja-pekerja ladang diusir keluar oleh majikan tanpa menghiraukan masa depan mereka.

Artikel ini akan memberi fokus kepada masalah –masalah perumahan yang dihadapi oleh pekerja-pekerja ladang di sekitar Selangor dalam kebelakangan 15 tahun ini.

  1. Ladang  Semenyih
Pekerja-pekerja di ladang ini telah menetap dan bekerja di ladang selama lebih daripada 50 tahun. Pengurusan ladang ini telah memberi notis pada 1 April 2004. Semasa pemberian notis  seramai 16 keluarga tinggal di ladang ini. Selepas notis pemberhentian kerja ini diberi, hanya dua mesyuarat telah diadakan di antara pihak NUPW dengan Golden Hope Plantations Bhd sejak 2004 dan yang terakhir enam bulan yang lalu. Pada bulan Februari 2008, pihak majikan telah mengusahakan satu mesyuarat untuk membincangkan masalah dewan dan gereja di ladang mesyuarat tersebut tidak dapat dijalankan atas ketidakhadiran pihak gereja.

  1. Ladang Glengowrie
Masih lagi 9 buah keluarga tinggal di ladang ini dan bekerja di sini lebih kurang 50 thahun. Notis untuk keluar dari ladang telah diberikan pada bulan Januari 2005 tetapi sehingga hari ini Golden Hope Plantations Bhd telah gagal untuk mengadakan apa-apa rundingan yang berjaya dengan penduduk ladang ini.Pihak majikan pada Julai 2007 telah berjanji untuk menyediakan rumah kepada kos rendah, kuil  dan pampasan sebanyak RM7000 tetapi sehingga hari ini tidak ada sebarang perkembangan atau perundingan yang disediakan oleh pihak majikan.

  1. Ladang Dunedin
Seramai 16 keluarga masih lagi tinggal di sini dan notis keluar daripada ladang belum lagi diberikan.Pekerja ladang di sini tinggal di ladang ini lebih dari 70 tahun.Pada tahun 1997, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja ladang Denudin telah menuntut pihak pengurusan mengimplimentasi Skim Perumahan Sendiri Pekerja. Pada 3/4/1997 pihak NUPW ladang telah meminta mengadakan satu rundingan mengenai janji yang dibuat oleh pihak syarikat tentang perumahan kekal. Tetapi, sehingga hari ini tidak ada apa-apa maklum balas.

  1. Ladang Abaco
Pekerja di ladang ini telah menetap dan mengeruh peluh lebih 70 tahun. Masih 10 keluarga tinggal di sini dan notis keluar ladang belum diberikan.
Pada 16/4/2001 apabila Dato Seri Samy Vellu lawat ladang ini telah menyarankan dan janji:
·         Pekerja ditawarkan rumah kos rendah di projek perumahan Tasik Kesuma.
·         Dato Seri akan mendapatkan rumah kos rendah di kawasan Rinching dengan menghubungi pihak NLFCS dan menyarankan bantuan kewangan dari kementerian Perumahan dan EPF, manakala pihak majikan diminta bayar pampasan RM20,000 kepada setiap pekerja untuk pembayaran awal rumah. Seperti biasa tidak ada maklum balas tentang perkara ini hingga hari ini.

  1. Ladang Bangi
Pekerja-pekerja ladang di sini telah mendapat notis keluar dari ladang pada tahun 2000. Seramai 28 keluarga masih lagi menetap disini.
Pada tahun 2001, pekerja ladang telah menang kes di mahkamah perusahaan dan majikan Golden Hope Plantations Bhd telah membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Namun mahkamah telah putuskan pampasan ex gratia patut diberikan kepada para pekerja yang diberhentikan kerja.
Pada tahun 2007, Pejabat Daerah Kajang telah mengadakan mesyuarat dengan wakil –wakil ladang dan berjanji untuk membina sebanyak 44 buah rumah dan sebuah kuil di Bangi untuk penduduk ladang. Sehingga hari ini tidak ada apa-apa maklum balas.

  1. Ladang Tumbuk
Ladang ini terletak sekitar Banting dan di bawah pengurusan Maika Holdings. Pekerja-pekerja di sini telah menetap lebih 30 tahun di sini.Notis untuk keluar telah diberikan pada tahun 2006. Notis ini telah diberi kepada pekerja-pekerja selepas ladang ini dibeli oleh pihak lain yang dikenali G-Team. Sebenarnya, semasa diberi notis ini, pihak pengurusan telah berjanji untuk membina rumah baru untuk mereka. Tetapi, selepas sahaja diambilalih oleh pihak lain, mereka diugut untuk keluar dari ladang dengan hanya wang pampasan sahaja. Pekerja di sini telah membuat laporan polis mengenai ugutan oleh pihak tertentu terhadap mereka.

  1. Ladang Bukit Jalil
Sebelum diusahakan untuk pembangunan seperti Stadium Bukit Jalil, Padang Golf dan Pangsapuri mewah Ladang Bukit Jalil seluas 1800 hektar sebelum itu. Tanah yang tinggal sekarang hanyalah 26 hektar sahaja.Daripada 26 hektar itu penduduk Ladang Bukit Jalil hanya meminta 4 hektar sahaja untuk mengekalkan rumah mereka yang sedia ada. Apakah masalah untuk DBKL untuk memperuntukkan 4 hektar itu untuk pekerja-pekerja ini? Tiada siapa pun tahu.

Seperti kita ketahui, pada tahun 80-an getah dan kelapa sawitlah menjadi sumber rezeki yang utama untuk Negara kita. Keperitan dan kesungguhan pekerja-pekerja inilah yang menjadikan pengurusan ladang mendapat keuntungan yang lumayan. Tetapi, apa yang tinggal untuk pekerja-pekerja ini ialah hanya kemiskinan dan berada keadaan diusirkan dari tempat tinggal mereka.

Berikut adalah alasan-alasan yang diberi oleh pihak kerajaan untuk menidakkan peruntukkan tanah kepada pekerja-pekerja Ladang Bukit Jalil :

  1. Kebanyakan penduduk ladang ini sudah pun berpindah ke pangsapuri murah yang disediakan oleh kerajaan.
  2. Agak tidak munasabah untuk memberi tanah di Kuala Lumpur.
  3. Ini bukanlah contoh yang baik.

Saudara Aruthchelvan, setiausaha PSM memberi penjelasan mengenai sebab –sebab yang tidak munasabah ini :

  1. Kebanyakkan penduduk ladang ini sudah pun berpindah ke pangsapuri murah yang disediakan oleh kerajaan.

Dalam sebuah sidang pemberita, Menteri Wilayah Dato’ Nong Chik telah mengakui daripada 71 penduduk Ladang Bukit Jalil yang keluar untuk berteduh di pangsapuri murah, hanya 10 orang sahaja pekerja Ladang Bukit Jalil.Selebihnya ialah penduduk setinggan sahaja.Baki 39 pekerja Ladang Bukit Jalil masih tinggal di Ladang Bukit Jalil dan berusaha keras untuk mendapatkan hak mereka.

Ini sangat mencerminkan kebenaran bahawa majoriti pekerja Ladang Bukit Jalil masih menaruh keyakinan untuk mendapatkan tanah mereka. Sebenarnya seorang Timbalan Menteri sedang mangapikan masalah untuk mengecai perpaduan pekerja di sini. Timbalan menteri ini menghasut pekerja yang sudah pun keluar daripada Ladang Bukit Jalil hanya akan dapat wang pampas an, jikalau, semua pekerja keluar daripada ladang. Keadaan ini menyababkan ketegangan dikalangan pekerja-pekerja di ladang itu.

  1. Agak tidak munasabah untuk memberi tanah di Kuala Lumpur.
Apakah tidak munasabah untuk memberikan hanya 4 hektar tanah daripada 26 hektar tanah?

  1. Ini bukanlah contoh yang baik.
Kenapa pula contoh yang tidak baik? Adakah salah memberi tanah kepada pekerja ladang untuk membina rumah ? MIC meminta penduduk diberikan rumah sebagai pampasan dalam isu Kampung Buah Pala sedangkan tanah itu milik persendirian.Tetapi, tanah Ladang Bukit Jalil adalah milik kerajaan. Kenapa MIC tidak menuntut perkara yang sama dalam isu Bukit Jalil.

Dengan maklumat yang kita dapat daripada isu ini mengatakan kerajaan lebih rela memperuntukkan tanah 4 hektar ini untuk membina kubur untuk orang Islam. Kalau betullah maklumat ini, maka, saya hanya ada satu soalan sahaja untuk pihak pentadbir ? Kenapa anda lebih rela menghormati hak orang yang sudah meninggal berbanding orang yang masih hidup dengan segala kesusahan dan kepayahan ?

Dalam situasi ini saya mengenang tentang gula-gula yang diberi selepas  menyayikan lagu ‘negaraku’ pada hari 1 Mei dahulu. Pekerja-pekerja ladang yang sudah lama bertungkus lumus untuk membangunkan negara ini juga sentiasa diberi ‘gula-gula janji’ oleh ahli politik kita pada setiap kali pilihanraya.Selepas 60 tahun kemerdekaan kita baru faham makna ‘gula-gula janji’ ini. Ahli politik kita hanya akan memberi gula-gula ini untuk kesetiaan pekerja-pekerja ini bukannya segenggam tanah.

Terima kasih untuk rujukan :
  1. Jawatankuasa Sokongan Masyrakat Ladang (JSML-JERIT).
  2. S. Arutchelvan ( Setiausaha kehormat, PSM)
  3. E. Nalini (SUARAM)

0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE