Wednesday, 27 April 2011

“Dilema dan Kebangkitan Kaum India di Malaysia” Ceramah Sempena Sambutan Hari Mei Satu Anjuran 4 Pertubuhan Negeri Johor




“Dilema dan Kebangkitan Kaum India di Malaysia”
Ceramah Sempena Sambutan Hari Mei Satu Anjuran 4 Pertubuhan Negeri Johor

Kenyataan Akhbar Kedua (27hb April 2011)
 
Sambutan Hari Pekerja Sedunia anjuran 4 badan bukan kerajaan di Negeri Johor termasuk Pusat Pembangunan Budaya Lim Lian Geok (Jawatankuasa Perhubungan Johor Bahru), Jaringan Rakyat Tertindas Negeri Johor (JERIT Johor), Persahabatan Semparuthi dan Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram Negeri Johor dijadualkan bermula tepat pada pukul 2 petang, 1hb Mei 2011 (Ahad) di dewan kuliah Sekolah Menengah Foon Yew Johor Bahru. Aktiviti pada hari tersebut dibahagikan kepada dua, iaitu ceramah dan persembahan dari pukul 2 hingga 5 petang dan bufet dari 5 hingga 6 petang.
 
Antara program utama pada hari tersebut adalah satu ceramah yang akan disampaikan oleh Peguam Hak Asasi Manusia terkenal Encik Yang Pei Keng dan Editor Majalah Encik Yuvarajan Subramaniam. Penceramah diberi 40 minit setiap orang. Tajuk ceramah Encik Yang Pei Keng adalah “Kaum India di Malaysia Bangkit dalam Dilema”. Manakala En. Yuvarajan akan berucap dengan tajuk “Masalah Perumahan Pekerja Ladang Di Malaysia-Kami Hanya Meminta Rumah Sahaja”. Penceramah akan berucap dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil, penterjemahan isi penting disediakan.
   
En. Yang Pei Keng merupakan peguam senior dan penulis ilmu undang-undang yang terkenal antara masyarakat Tiong Hua. Beliau aktif dalam perjuangan hak sivil, dan merupakan penasihat undang-undang Dong Jiao Zong. Beliau adalah bekas pengerusi Civil Rights Committee peringkat kebangsaan, Timbalan Pengerusi dan ahli jawatankuasa HAKAM dan sedang menyandang jawatan sebagai salah seorang Ahli Presidium Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram Negeri Johor. En. Yuvarajan pula merupakan seorang aktivis muda generasi baru yang memperjuangkan kepentingan  kaum India. Beliau merupakan salah seorang editor bagi Majalah , sebuah majalah bahasa Tamil yang melaporkan kesengsaraan hidup kaum India.
 
 Tujuan utama penganjur menjemput dua penceramah ini untuk membincangkan pelbagai keadaan dan masalah serta kebangkitan Kaum India di negera kita, dan mengemukakan artikel berkenaan adalah: (1) supaya orang ramai kenal dan faham bahawa pekerja kaum India merupakan golongan yang paling tertindas dan paling miskin antara pekerja tiga kaum utama di Negara kita masa kini. Golongan ini perlu bersatu dari perpecahan untuk mengatasi dilema mereka. (2) supaya orang ramai prihatin bahawa sejak tahun 90-an abad ke-20, pekerja Kaum India telah membangkit sebagai golongan pekerja utama yang menggantikan pekerja Kaum Tiong Hua sebagai peserta, penganjur dan pemimpin utama dalam sambutan Hari Pekerja Sedunia di negara kita. Mereka harus bersatu dengan pekerja kaum-kaum lain dari perpecahan, untuk berjuang bersama.


 Selain itu, penganjur juga menyediakan pelbagai persembahan kebudayaan selepas ceramah. Antaranya termasuk deklamasi sajak oleh penyajak muda berbangsa Melayu Amni Jagat yang akan mempersembahkan karya terbarunya yang ditulis khas untuk program ini, dan persembahan drama pendek oleh sekumpulan pemuda India yang bertajuk ” Perjuangan Pekerja Ladang. Menuntut hak kehidupan” dan lain-lain.
   
Jawatankuasa bersama mengalu-alukan penyertaan golongan pekerja berbilang kaum dalam aktiviti ini. Untuk menampung kos makanan, kupon RM10 dikenakan keatas setiap penyertaan. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Cik Fang Pei Fen (016-778 2707), Encik Yen (019-755 0960), Cik Yong (012-690 9506) atau Encik Mohan (017-754 0597), atau datang ke pejabat Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor (8A, Jalan Ronggeng 11, Taman Skudai Baru, 81300 Skudai) untuk mendapatkan kupon makanan.
 



Setiausaha Jawatankuasa Anjuran Bersama 4 Badan Bukan Kerajaan
27 hb April 2011


0 comments:

通告 Notification




Malaysia Time (GMT+8)