Wednesday 27 April 2011

Bagaimana ‘Jawatankuasa Mei Satu’ Malaysia Menyambut ‘Hari Pekerja Sedunia’ (Tahun 1994 – 2010)

Bagaimana ‘Jawatankuasa Mei Satu’ Malaysia Menyambut ‘Hari Pekerja Sedunia’

(Tahun 1994 – 2010)


Pengarang : Ngo Jian Yee
Penterjemah : Ang Pei Shan


(Petikan ini disediakan sempena majlis sambutan Hari Pekerja Sedunia Mei 1 yang bertema “Pekerja Berbilang Kaum Seluruh Negara, Bersatu Dari Perpecahan”anjuran Persahabatan Semparuthi, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) Negeri Johor, Pusat Pembangunan Kebudayaan Ling Lian Geok (Jawatankuasa Perhubungan Johor Bahru) dan Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Negeri Johor yang akan berlangsung pada 1hb Mei 2011, jam 2ptg hingga 6ptg di dewan kuliah Sekolah Menengah Foon Yew, JB. Petikan ini juga akan dimasukkan dalam koleksi artiker yang diterbit oleh penganjur khas untuk majlis ini.)

Mukadimah : Mei Satu - Perayaan kepada Pekerja Sedunia

Hari Pekerja Sedunia Mei Satu, yang jatuh pada 1hb Mei setiap tahun juga dikenali sebagai perayaan Mei Satu. Ia merupakan perayaan megah yang disambut oleh kelas proletariat dan kelas pekerja.

Logo Partai Buruh Malaya
 Di Malaysia, Hari Pekerja Sedunia “Mei Satu” hanya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1972 dan tidak diumumkan sebagai hari cuti wajib sehingga tahun 1979. Ini dicapai atas perjuangan kesatuan sekerja (terutamanya kesatuan sekerja sayap kiri yang progresif) dan Parti Buruh. Dukacitanya, sehingga kini kerajaan dan majikan masih berasa takut terhadap sambutan Hari Pekerja Sedunia oleh golongan pekerja. Mereka cuba sedaya-upaya untuk mengelirukan golongan pekerja supaya mereka salah menganggap bahawa Hari Pekerja Sedunia sekadar hari cuti untuk beristirehat atau bersuka ria sahaja, dan melupakan bahawa hari yang megah yang signifikan ini sebenarnya melambangkan semangat perjuangan kelas pekerja untuk hak dan kebajikan pekerja.

Dulu ramai pemimpin dan kadre gerakan pekerja ditangkap, ditahan dalam lokap, bahkan dipenjarakan jangka panjang oleh kerajaan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) kerana menyambut Hari Pekerja dan memimpin golongan pekerja untuk memberanikan diri mengutarakan tuntutan mereka. Pengiktirafan Hari Pekerja Mei Satu sebagai hari cuti wajib untuk golongan pekerja negara kita merupakan hasil perjuangan dan pengorbanan orang dahulu kita.



Oleh demikian, menyambut hari yang megah ini bukan sahaja supaya golongan pekerja dapat mempelajari semangat perjuangan dan perpaduan orang dahulu yang berani berkorban demi menuntut hak dan kebajikan pekerja, malah ia turut menginspirasi dan mendidik golongan pekerja supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi eksploitasi dan penindasan golongan pemerintah dan majikan, dan meneruskan perjuangan golongan pekerja terutamanya buruh untuk menuntut hak yang samarata, untuk membina sebuah masyarakat demokrasi tanpa penindasan dan eksploitasi.

Wujud Semula Demonstrasi Orang Ramai di Jalanraya Kuala Lumpur Sejak Operasi Lalang

Semenjak kerajaan menjalankan Operasi Lalang yang represif, selain daripada beberapa kumpulan yang progresif pernah mengadakan sambutan Mei Satu secara sporadis, turut terdapat sebahagian bekas ahli Parti Buruh yang pernah mengadakan jamuan Mei Satu di sesetengah tempat di Semenanjung Malaysia. Antara program-program Mei Satu yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan berlainan di ruang terbuka, program sambutan yang diadakan oleh Jawatankuasa Mei Satu boleh dikatakan mempunyai pendirian yang paling jelas, dan imej yang paling menonjol. Sejak 1994, setiap tahun organisator dan pemimpin program tersebut bertekad untuk menyambut Hari Pekerja Sedunia dengan cara perhimpunan atau perarakan, serta mengemukakan tuntutan rakyat Malaysia melalui pengumuman ‘Deklarasi Mei Satu’. Jawatankuasa ini berharap agar dapat mengingatkan golongan pekerja tentang semangat perjuangan melalui perayaan yang istimewa ini.

Pada 1hb Mei 1994, lebih kurang 3000 orang rakyat lapisan bawah terutamanya pekerja ladang kaum India dan peneroka bandar kaum Melayu (dulu dikenali sebagai “penduduk kawasan setinggan”) telah mengadakan demonstrasi besar-besaran di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Perhimpunan kali ini telah menerobos keganasan putih (white terror) sejak penangkapan 106 orang aktivis dalam Operasi Lalang pada tahun 1987. Rakyat sekali lagi mengemukakan tuntutan mereka melalui perhimpunan orang ramai di jalan raya.

Perhimpunan Mei Satu Anjuran Bersama 3 Organisasi Akar Umbi pada 1994

Orang ramai mendengar pidato pemimpin dengan bersungguh-sungguh. Perhimpunan diadakan dengan teratur.
Tema Perhimpunan Mei Satu pada tahun 1994 ialah “Hak Untuk Peneroka Bandar dan Pekerja Ladang”. Penganjur utama merupakan Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB), Pusat Pembangunan Masyarakat (Community Development Center (CDC)) dan ALAIGAL. Ketiga-tiga kumpulan ini merupakan pertubuhan bukan kerajaan bersifat akarumbi yang giat memperjuangkan hak untuk golongan masyarakat yang ditindas dan dipinggirkan sejak 1980-an.

Hasrat penganjuran perhimpunan Mei Satu ini bermula daripada kumpulan CDC yang terdiri daripada lebih kurang 20 orang pemuda berpelajaran tinggi berumur antara 25-27 tahun. CDC yang ditubuhkan tidak melebihi 2 tahun pada masa itu telah mengemukakan hasrat mereka kepada kumpulan pekerja ladang lain iaitu People Service Organization (PSO) dan Tholilar Tholar (TT) yang majoriti ahlinya kaum India. CDC ditubuhkan oleh lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1992, di mana ahlinya majoriti terdiri daripada kaum India. Mereka sangat berprihatin dan aktif menyertai perjuangan pekerja ladang terutamanya di sekitar kawasan Ulu Langat Selangor. Cadangan mereka untuk menganjurkan Perhimpunan Mei Satu bukan sahaja tidak mendapat sokongan pertubuhan pekerja ladang yang lebih berepresentasi, malah ada pemimpin pekerja ladang yang berpengalaman telah mengejek dan menyindir mereka sebagai‘amateurish’atau tengah berkhayal.

Walaupun disindir, pemuda-pemudi ini tidak goyah. Mereka terus mencari sekutu yang lain untuk bersama-sama menganjurkan perhimpunan ini. Akhirnya, mereka menjumpa 2 orang bekas ahli Parti Rakyat Malaysia (PRM) Dr Nasir Hashim (Pengerusi Parti Sosialis Malaysia sekarang dan ADUN Kota Damansara) dan V.Selvam. Mereka berdua terus berjanji untuk memberikan bantuan setelah mendengar cadangan CDC, dan mereka turut berjanji akan memobilasikan Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB) untuk turut serta menganjurkan perhimpunan ini. JSPB ditubuhkan oleh Dr Nasir Hashim dan V.Selvam pada 1993 dan bergiat di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur, aktif menyertai perjuangan hak perumahan dan tanah oleh peneroka bandar yang majoriti terdiri daripada kaum Melayu.

Selepas itu, mereka berkunjung ke Ipoh Perak untuk menemui sebuah lagi kumpulan akarumbi ALAIGAL. ALAIGAL ditubuhkan pada tahun 1979 oleh beberapa lepasan Universiti Malaya. Ia juga merupakan sebuah kumpulan yang majoritinya kaum India yang giat menyertai perjuangan pekerja ladang. Mereka aktif di Sg Siput, Ipoh dan beberapa tempat di Perak. ALAIGAL bermaksud ‘Perjuangan yang berterusan’ dalam bahasa Tamil. Usaha CDC tidak disia-siakan kerana akhirnya ALAIGAL turut memutuskan untuk menyertai perhimpunan Mei Satu kali ini.

Pada 1hb Mei 1994 10 pagi, orang ramai dari pelbagai tempat berkumpul di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, memulakan program sambutan Hari Pekerja Sedunia Mei Satu. Walaupun pihak polis telah banyak kali cuba menghalang, perhimpunan aman ini tetap mengadakan protes sepanjang satu jam setengah, dan penganjur mengumumkan program berakhir dengan berjaya. Kejayaan perhimpunan ini telah memberi dorongan kepada kumpulan anjuran bersama dan orang ramai yang menyertainya. Selepas itu, program Mei Satu ini diadakan setiap tahun dengan berjaya. Program kali ini turut menjadi pemangkin kepada penbentukan Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) yang dibentukkan oleh pekerja ladang dari ladang-ladang di Selangor dan Perak.

Jawatankuasa Mei Satu Dibentukkan Secara Rasmi pada 1998

Kumpulan penganjur bersama Program Mei Satu telah bertambah pada 1998 di bawah usaha sepanjang empat tahun oleh 3 kumpulan penganjur asal Program Mei Satu. Program Mei Satu tahun 1998 telah mendapat sokongan banyak pertubuhan bukan kerajaan dan beberapa parti pembangkang utama seperti DAP, PAS, PRM dan pertama kali dinamakan ‘Jawatankuasa Mei Satu 1998’. Nama ‘Jawatankuasa Mei Satu’ dikekalkan sejak itu dengan hanya mengubah tahunnya.

Seramai 1500 orang pekerja berbilang kaum telah menyertai perhimpunan besar yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).

Logo Parti Sosialis Malaysia
Penganjur program telah merancangkan program yang menarik, pekerja dari pelbagai sektor telah memberi ucapan yang memberangsangkan. Selain daripada banner besar yang bertuliskan tema program, tuntutan rakyat kita pada masa itu turut dibentangkan di depan para hadirin di bawah iringan gendang dan gong.

Selain daripada 3 parti pembangkang utama yang disebutkan tadi, Jawatankuasa Mei Satu turut mendapat sokongan Parti Sosialis Malaysia yang baru dilahirkan. Sehari sebelum Mei Satu, iaitu 30hb April 1998, parti ini menyerahkan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan untuk menubuhkan Parti Sosialis Malaysia, logo parti merupakan satu genggaman tangan berwarna putih di atas latar belakang logo yang berwarna merah cerah.(Selepas perjuangan sepanjang 10 tahun, PSM akhirnya Berjaya mendaftar pada 2008, dan kini mempunyai seorang Ahli Parlimen dan seorang ADUN).

‘Mei Satu Hitam’ pada 2001

2002 - Barisan perarakan Mei Satu bergerak ke Menara Berkembar Petronas.
Jawatankuasa Mei Satu sekali lagi menunjukkan semangat berani melawan dalam Program Mei Satu 2002. Aktiviti demonstrasi di jalanraya ibukota Kuala Lumpur telah senyap sejak polis menahan 10 orang pemimpin aktivis Reformasi di bawah ISA pada 2001. Sehingga Mei 2002, selepas banyak perbincangan dan perancangan, Jawatankuasa Mei Satu memutuskan sekali lagi memerobos keganasan putih dengan mengadakan perarakan protes sepanjang 3km dari Jalan Chow Kit ke Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur, sebagai cara sambutan Mei Satu.


Pihak polis enggan melihat perarakan wujud lagi di jalanraya Kuala Lumpur lalu mereka menumpaskan barisan perarakan secara ganas selepas barisan berarak sepanjang 1.5km. Sekumpulan besar polis di bawah pimpinan ACP Bakri Zinin, Ketua Polis Daerah (KPD) Dang Wangi, telah mematahkan barisan perarakan dengan kekerasan, dan menangkap lebih kurang 20 orang pemimpin dan orang ramai yang menyertai perarakan.
Bakri Zinin yang mengarahkan untuk
menumpas peserta demonstrasi
Pihak polis turut menggunakan kekerasan untuk memaksa peserta program Mei Satu naik ke dalam bas dan memaksa bas meninggalkan kawasan Kuala Lumpur. Sambutan Mei Satu tersebut merupakan kali pertama polis menggunakan kekerasan terhadap program Mei Satu yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Mei Satu. Mereka berniat menghalang supaya program itu tidak dapat dijalankan seperti yang dirancangkan. Mei Satu tahun tersebut digelar sebagai ‘Mei Satu Hitam’ dalam sejarah sambutan Hari Pekerja Sedunia oleh Jawatankuasa Mei Satu.

Namun, semangat perjuangan Jawatankuasa Mei Satu tidak dipatahkan oleh polis. Mereka telah memobilisasikan kumpulan-kumpulan masyarakat untuk membuat lebih daripada 50 laporan polis, mengecam tindakan polis yang keterlaluan dan menuntut tindakan diambil ke atas pegawai-pegawai polis yang bertindak secara kejam. Di bawah tekanan yang diberi oleh pertubuhan-pertubuhan sivil, KPD Bakri dipindahkan dari Dang Wangi ke Bukit Aman. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah disebabkan pretasi beliau yang ‘unggul’.

Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) Pendorong Utama

Logo JERIT
Selepas banyak tahun bekerjasama di atas asas Jawatankuasa Mei Satu dan JSML, sebilangan kumpulan akarumbi yang terdiri daripada lapisan bawah, telah bergabung untuk menubuhkan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) pada 2002. Terdapat 4 sektor di bawah jaringan ini, iaitu Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan (GPKK), Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML), Gabungan Anak Muda dan Pelajar (GAMP) dan Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan (GPBP). Jaringan ini sangat berprihatin dan giat mempertahankan hak pekerja kilang, pekerja ladang, peneroka Bandar, orang asli dan kumpulan masyarakat lain yang paling tertindas. Sejak itu, JERIT telah menjadi pendorong utama Jawatankuasa Mei Satu.




SUARAM JB, Persahabatan Semparuthi Turut Menganjur Bersama pada 2007


Peserta Mei Satu mempersembahkan satu
sketsa tentang asal-usul Mei Satu.
Program Sambutan Mei Satu pada 2007 telah beralih ke Johor Bahru. Selain daripada JERIT, Jawatankuasa Mei Satu 2007 turut disertai oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) JB, Persahabatan Semparuthi, beberapa Jawatankuasa Penduduk dan parti-parti pembangkang. Program tersebut berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 12.30 tengah hari pada 1hb Mei di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru. Lebih kurang 1000 orang pekerja kilang, petani, nelayan, peneroka bandar, anak muda dan pelajar telah menyertai program Mei Satu tersebut yang bertemakan “50 Tahun Merdeka: Pekerja Masih Dijajah”.


Seramai 1000 orang menyertai Mei Satu 2007 yang diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Selain daripada Johor, Jawatankuasa Mei Satu juga pernah mengadakan program sambutan Mei Satu di Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan lain-lain tempat di luar Kuala Lumpur dan Selangor. Dalam hari yang melambangkan perpaduan dan perjuangan kaum pekerja sedunia ini, tindakan Jawatankuasa Mei Satu memperjuangkan hak warga pekerja berbilang kaum yang paling tertindas dengan cara perhimpunan atau perarakan, dan memperkukuhkan perpaduan kaum pekerja seluruh negara merupakan sumbangan yang paling besar dan bermakna Jawatankuasa Mei Satu dan JERIT terhadap gerakan demokrasi dan hak asasi manusia negara kita pada peringkat ini.

Tema dan Tempat Sambutan Mei Satu Setiap Tahun Berlainan

Berikut merupakan tempat dan tema program sambutan Mei Satu setiap tahun bermula dari tahun 1994:

1994: Dataran Merdeka Kuala Lumpur
“Hak Untuk Peneroka Bandar dan Pekerja Ladang"

1995 : Jabatan Perdana Menteri
“Sertakan Masyarakat Ladang Dalam Pembangunan Luar Bandar"

1996 : Ladang Bukit Raja Selangor
“Gaji Bulanan Untuk Pekerja Ladang"

1997 : Kampung Chupadak Selangor
“Rakyat Menuntut Keadilan: Gaji, Rumah, Tanah, Harga Barang"

1998 : Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor
“Krisis Ekonomi: Majikan Dibela, Pekerja Ditindas"

1999 : Kampung Sungai Nipah Selangor
“Pekerja Bersatu Menuntut Perubahan Tulen"

2000 : Ladang Stratasila Perak
“Pekerja Menuntut Akta Gaji Minima"

2001 : Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur
“Pembangunan Saksama Untuk Semua"

2002 : Dari Jalan Chow kit ke Menara Berkembar Petronas (dihalang oleh polis dalam separuh perjalanan)
“Kembalikan Hak Pekerja: Kerja, Gaji, Kesatuan"

2003 : Dataran Merdeka Kuala Lumpur
“Perang Kapitalis, Pekerja Merana"

2004 : Jalan Padang Kota Lama Georgetown, Pulau Pinang
“Pekerja Menuntut Demokrasi Sejati"

2005 : Dataran Merdeka Kuala Lumpur
“Globalisasi Menghakis Hak Pekerja, Hentikan Penswastaan Air dan Hospital"

2006 : Perarakan dari Dataran Merdeka Kuala Lumpur ke Menara Petronas
“Pekerja Menentang Penswastaan Air dan Hospital"

2007 : Padang Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor
“50 Tahun Merdeka: Pekerja Masih Dijajah"

2008 : Perarakan dari Dataran Merdeka Kuala Lumpur ke Sekolah Menengah Confucian
“Pekerja Kuasa Perubahan, Laksanakan Janji Pilihanraya"

2009 : Seremban Negeri Sembilan
“Krisis Ekonomi: Selamatkan Pekerja Bukan Kroni"

2010 : Tempat Letak Kereta Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor
“Rakyat Bantah GST–Cukai yang Miskinkan Rakyat"


Peserta Perhimpunan Mei Satu 2010 berkumpul di Tempat Letak Kereta Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor. Temanya ialah ‘Rakyat Bantah GST–Cukai yang Miskinkan Rakyat’.

Tahun ini, Jawatankuasa sekali lagi merancang untuk mengadakan program Mei Satu di Kuala Lumpur, dengan berarak dari Jalan Chow Kit ke Dataran Merdeka, dan mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka. Wakil dari pelbagai sector akan memberi ucapan dan bersama-sama melaungkan Deklarasi Mei Satu tahun ini. Tema tahun ini ialah ‘Harga Barang Naik, Gaji Bila Lagi? - Pekerja Menuntut Akta Gaji Minima’ Tema ini telah menggambarkan situasi rakyat jelata sebenar di mana harga barang melambung tinggi dan tekanan hidup makin besar. Ia turut menggambarkan tuntutan warga pekerja untuk menaikkan gaji and meningkatkan taraf kehidupan.


Walaupun tema program Mei Satu berlainan dari tahun ke tahun, tetapi prinsip asas Jawatankuasa Mei Satu tetap kekal iaitu menyampaikan suara kaum pekerja terutama golongan yang paling tertindas, tanpa mengira apa perubahan yang telah berlaku dalam masyarakat, tabah memperjuangkan hak dan keperluan asas kehidupan kaum pekerja terutamanya mereka yang miskin papa.


Isu-isu seperti meluluskan Akta Gaji Minima, menggubal undang-undang untuk melindungi kebebasan menubuhkan kesatuan pekerja, menghapuskan cukai yang membebankan pekerja, menghentikan penswastaan perkhidmatan air, kesihatan dan perkhidmatan asas yang lain, mansuhkan akta-akta yang zalim, melindungi pekerjaan dan kehidupan, mengawal inflasi dan lain-lain merupakan tuntutan desak kaum pekerja Malaysia pada masa kini. Golongan pemerintah dan golongan kapitalis besar mesti tidak akan merealisasikan tuntutan rakyat ini. Hasrat yang baik ini hanya akan tercapai sekiranya rakyat dan bangsa yang tertindas bersatu padu untuk memperjuangkannya.


Peserta Program Mei Satu kebanyakannya pekerja kaum India, melambangkan mereka adalah golongan yang paling tertindas pada masa kini.



0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE