Saturday, 18 September 2010

Forum “ Menentang Pemerintahan Kuku Besi, Kuburkan Rejim UMNO” - Mukadimah

Forum “ Menentang Pemerintahan Kuku Besi, Kuburkan Rejim UMNO”

Mukadimah


18 September 2010

Sejak kemerdekaan, negara kita diperintah oleh wakil yang disokong oleh penjajah British iaitu ‘Parti Perikatan’ pada peringkat awal dan kemudiannya Barisan Nasional(BN). Akibat daripada pemerintahan kerajaan ‘Perikatan’ dan kemudiannya kerajaan ‘BN’ yang kedua-duanya didominasi oleh Pertubuhan Kebangsaan Bangsa Melayu (UMNO), yang kaya menjadi lebih kaya, yang miskin menjadi lebih miskin, kumpulan yang memerintah menjadi korup dan reput, kehidupan rakyat melana, konflik sosial semakin mendalam.

Selepas 50 tahun menderita, ribut perubahan yang dibawa oleh rakyat pelbagai kaum seluruh negara akhirnya melanda asas pemerintahan regim hegemoni UMNO. Dalam pilihanraya umum tahun 2008, BN yang didominasi oleh UMNO kehilangan kuasa pemerintahan di 5 negeri dan kehilangan majority 2/3 di parlimen. Keputusan yang mengejutkan ini sekaligus memperhebatkan konflik dalaman dan rebutan kuasa di dalam BN, lebih-lebih lagi dalam UMNO sendiri. Satu peralihan kuasa dari Abdullah Badawi kepada Najib Razak telah berlaku ekoran daripada perebutan kuasa ini. Untuk mengekalkan regim yang telah berpecah-belah dan rapuh ini, Perdana Menteri baru Najib, memperkenalkan slogan “Satu Malaysia” yang kononnya “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”, tetapi pada hakikatnya, telah menggerakkan segala jentera negara untuk menindas dan mengalahkan perjuangan pembaharuan yang dibawa oleh Rakyat pelbagai kaum.

Kami, Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram (FOS committee) Negeri Johor, bersama dengan pertubuhan kaum India-Persahabatan Semparuthi telah menganjurkan satu forum yang bertema “Kes MB berkembar Perak, Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia”. Bercakap dalam forum tersebut, pemimpin Melayu menonjol yang berani menentang hegemoni perkauman UMNO, Dato’ Zaid Ibrahim yang juga merupakan bekas Menteri Jabatan Perdana Mentari dan ahli majlis tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), membentangkan hujah pentingnya bahawa “Malaysia telah menjadi sebuah Negara fasis yang baru membangun”. Beliau berpendapat bahawa fasisme adalah satu sistem diktaktor dan anasir-anasir fasis telah menggunakan keganasan dan menjana perasaan ketakutan untuk melaksanakan dasar reaksionar yang chauvinistic. Beliau juga berpandangan bahawa slogan “Satu Malaysia” yang dijajakan oleh Najib di merata tempat merupakan satu helah; barang siapa yang membantah “ Satu Malaysia” akan dianggap sebagai anasir-anasir subversi, akan ditindas dan dihancurkan. (Sila rujuk http://suaramjb1.blogspot.com/2010/05/quest-for-justice-zaid-ibrahim-1.html)

Pandangan Zaid ini ternyata telah membawa kesan yang signifikan dalam partinya. Organ parti-Suara Keadilan yang diterbit pada awal Ogos 2010 telah menyiarkan satu artikel yang bertajuk “Malaysia Menuju Negara ‘Kuku Besi’?” yang ditulis oleh ketua editor akbar tersebut Dzulkarnain Taib. Berdasarkan 7 ciri-ciri fasis yang disimpulkan oleh ahli ekedemik politik Laurence W Britt, Dzulkarnain cuba membuktikan bahawa kerajaan yang diterajui oleh Najib tengah menuju ke arah kerajaan Fasis.

7 ciri-ciri pemerintahan fasis yang dibangkitkan oleh Dzulkanain antaranya termasuk:

1. Mempromomosikan semangat kebangsaan atau patriotisme yang menjurus kepada perkauman – Sokong pertubuhan perkauman seperti PERKASA
2. Kebencian yerhadap nilai dan hak asasi manusia – Pencabulan hak asasi manusia, ISA dikuat kuasa.
3. Pengawalan ketat media massa – Permit akbar pembangkang digantung
4. Penyalahgunaan institusi keselamatan negara dan pelaksana undang-undang—Agensi penguat kuasa, kehakiman, disalahgunakan
5. Kepentingan kroni dan koporat dilindungi secara rapi – Subsidi diteruskan kepada syarikat kroni
6. Gejala kronisme dan rasuah berleluasa – Pemberian kontrak dibuat tanpa ketelusan
7. Penipuan terancang dalam sistem pilihan raya – Suruhan Pilihan Raya jadi kuda tunggangan UMNO-BN

Kini, adakah kerajaan BN yang diterajui oleh Najib adalah sebuah regim fasis, atau menuju ke arah fasis? Apakah pula pendirian yang harus rakyat pelbagai kaum pegang terhadap regim tersebut? “Dimanakah jalan keluar Rakyat jelata dibawah pemerintahan regim fasis?” begitulah tumpuan dan renungan semua parti politik, pertubuhan dan individu yang risaukan masa depan negara.

Kami, Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram (FOS) negeri Johor, merupakan satu pertubuhan akar umbi di Negeri Johor dibawah pimpinan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM). Ia ditubuhkan pada 9hb September 2001 untuk mengerakkan gerakan menentang hegemoni UMNO, menentangan fahaman perkauman, membina demokrasi dan menegakkan hak asasi. Ahlinya termasuk bekas ahli Partai Buruh, bekas tahanan ISA, bekas aktivis kesatuan sekerja, aktivis bahasa ibunda, aktivis demokrasi dan para pelajar universiti.

Untuk membincangkan tugas terkini gerakan demokrasi dan hak asasi negara kita dan untuk meraikan ulang tahun ke-sembilan Jawatankuasa Kerja FOS, kami akan menganjurkan aktiviti ‘Forum’ berserta ‘Jamuan makan’. Kami akan menjemput tiga orang pemimpin politik yang mempunyai perwakilan tertentu untuk membentangkan kertas perbincangan, memberi ceramah dan menjawab soal hadirin mengenai persoalan apakah betul pandangan sesetengah analisa politik dan aktivis sosial yang menyatakan bahawa pemerintahan hegemoni UMNO sedang menuju kearah fasisme. Mereka yang dijemput adalah Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat atau seorang wakil yang ditentukan oleh PAS, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) En. S. Aritchelvan atau seorang wakil yang ditentukan oleh PSM dan Ketua Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik Democratic Action Party (DAP) YB. Lim Kit Siang atau seorang wakil yang ditentukan oleh DAP. Forum akan diadakan dalam dwibahasa (B. Melayu dan B. Mandarin), penterjemahan juga akan disediakan. Butir-butir terperinci seperti berikut:

Tarikh: 17hb Oktober 2010 (Ahad)
Masa: 2pm - 6.30pm, (Terkini!)
(Forum:2pm-5pm, Jamuan makan: 5pm-6.30pm)
Tempat: Taman Universiti Sport Club (Skudai, Johor)
Harga Tiket : RM35

Aktiviti ulang tahun ini dirancang dalam bentuk gabungan forum dan majlis makan dengan harapan mendapat sokongan daripada parti-parti politik, pertubuhan-pertubuhan dan individu-individu prihatin di negeri Johor yang giat memperjuangkan kepentingan rakyat pelbagai kaum dan lapisan, bagi membantu dan menyokong perjuangan kearah penyelesaian tidak berasaskan perkauman kesemua pertubuhan sosial dan NGO dalam bidang politik, ekonomi, budaya, pendidikan, ugama dan lain-lain bidang, supaya dapat menyatu dan mengemblengkan seluruh tenaga bagi menentang pemerintahan kuku besi, kuburkan hegemoni UMNO dan mencapai kemenangan demi kemenangan di negeri Johor.

Kami mangalu-alukan rakyat pelbagai kaum yang prihatin terhadap perkembangan politik negara kita membeli tiket dan menghadiri majlis ini. Sila hubungi Ms. Fang Pei Fen (016-7782707) untuk maklumat lanjut.

0 comments:

通告 Notification




Malaysia Time (GMT+8)