Stop%2BRestoration%2Bof%2BMahathirism.png

Bersatu padu, mempertahankan reformasi demokrasi tulen, buangkan khayalan, menghalang pemulihan Mahathirism.

Stop%2BRestoration%2Bof%2BMahathirism.png

Bersatu padu, mempertahankan reformasi demokrasi tulen, buangkan khayalan, menghalang pemulihan Mahathirism.

 photo 2019.png

人民之友恭祝各界2019新年进步、万事如意!在新的一年里,联合起来,坚持真正的民主改革! 丢掉幻想,阻止马哈迪主义复辟!

 photo 2014-03-08KajangByElectionPC.jpg

2014年加影州议席补选诉求 / Tuntutan-tuntutan Pilihan Raya Kecil Kajang 2014

 photo mahathir_PRU14_1.png

人民之友18周年(2001—2019)纪念,举办一场邀请4名专人演讲的政治论坛和自由餐会,希望通过此论坛激发更多的民主党团领导、学者、各阶层人士,共同为我国民主改革运动做出更大的努力和贡献。

 photo LimChinSiongampArticle.jpg

林清祥《答问》遗稿片段

 photo 513StudentMovement.jpg

新加坡“5•13学生运动” 有/没有马共领导的争论【之一】与【之二】

 photo the-new-phase-of-democratic-reform-reject-state-islamization.jpg

马来西亚民主改革的新阶段 / The New Phase of Democratic Reform in Malaysia / Fasa Baru Reformasi Demokratik di Malaysia

 photo Bannerv2blue_small.jpg

 photo Banner%2BForum.jpg

 photo Banner_WorkReport2016.jpg

人民之友为庆祝15周年(2001—2016)纪念,在2016年9月上旬发表了最近5年(2011—2016)工作报告(华、巫、英3种语文),并在9月25日在新山举办一场主题为“认清斗争敌友,埋葬巫统霸权”的论坛。

 16 Anniversary.PNG

人民之友16周年纪念,针对即将来临的全国大选发表专题文章,供给我国民间组织和民主人士参考,并接受我国各族人民民主改革实践检验。

509.png

人民之友根据2017年9月24日发表的《人民之友 对我国第14届大选意见书 》的内容与精神以及半年来国内和国外的政治形势,对5月9日投票提出具体意见,供全国选民参考。

Hindraf.png

《人民之友》2019年国际劳动节发表对2007年兴权会游行示威的重要领袖乌达雅古玛(Uthayakumar)的专访(第一部分)。这次专访的主题是:兴权会的主要斗争对象乃是马来霸权统治集团。

Sunday, 22 August 2010

Mengejar Keadilan

Mengejar Keadilan

Zaid Ibrahim


[Artikel ini merupakan kandungan utama ucapan Dato Zaid Ibrahim dalam forum “Kes MB Berkembar Perak: Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia" anjuran bersama Friends of Suaram (FOS) Johor dan Persahabatan Semparuthi (sebuah pertubuhan bukan kerajaan berbangsa India) pada 15hb Mei 2010 di Tropical Inn, JB. Artikel ini diedit and diterjemah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu oleh pihak penganjur. Sila klik untuk artikel asal bertajuk “Quest for Justice” oleh Dato Zaid Ibrahim. ]

1. Semangat Perlembagaan
2. Negara Fasis yang baru membangun
3. Negara bangsa yang kian malap
4. Kebebasan dan keadilan untuk kestabilan ekonomi
5. Bangunlah melawan

1. Semangat Perlembagaan

Negara kita adalah sebuah Negara demokratik yang berteraskan kebebasan dan keadilan. Selama ini, Perlembagaan Persekutuan kita telah banyak menyumbang dengan menjamin kebebasan dan kesamarataan rakyat negara kita. Melalui perlembagaan, kita berharap dapat membina hubungan yang erat antara rakyat pelbagai kaum, serta menyeimbangkan kepentingan antara golongan-golongan yang berlainan, dan kepentingan antara individu dan masyarakat.

Malangnya, demokrasi and kedaulatan undang-undang (rule of law) tidak lagi wujud di negara ini, semangat Perlembagaan Persekutuan 1957 turut hilang begitu sahaja. Hari ini, kerajaan kita merupakan sebuah kerajaan yang dikuasai oleh oligarki. Mereka menggunakan keganasan untuk mengekalkan pemerintahan negara ini. Mereka sanggup membuat apa saja demi melindungi kepentingan mereka sendiri. Oleh demikian, negara kita telah mengalami kemudaratan yang paling serius dalam sejarah negara kita. Semangat perlembagaan sudah digugat.


Apakah Semangat Perlembagaan?

Lord Denning, hakim terkenal di UK, telah menyatakan dalam buku terkenal beliau “Cerita Keluarga” bahawa, elemen pertama dalam semangat perlembagaan ialah naluri mengejar keadilan. Hak (dan bukan kuasa) barulah merupakan asas benar sesebuah masyarakat. Elemen kedua ialah naluri memperjuangkan kebebasan. Kehendak bebas, bukan pemaksaan barulah merupakan asas pemerintahan sesebuah negara. Elemen-elemen ini walaupun merupakan konsep yang abstrak, tetapi rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat yang mengutamakan keadilan mesti dapat merasai kewujudannya. Elemen ketiga ialah keseimbangan antara hak dengan kewajipan, dan kuasa dengan perlindungan. Keadaan keseimbangan ini memastikan hak dan kuasa tidak disalahgunakan atau dilampaui.

Keadilan dan kebebasan telah membawa kepada kestabilan situasi, yang bebas daripada gangguan politik dan ambisi. Kuasa, kekerasan dan ketidakadilan akan memusnahkan sesebuah rejim yang dibina. Sekiranya sesebuah negara mengamalkan nilai seperti kekerasan dan ketidakadilan, negara ini pasti akan hancur suatu hari nanti.

Saya berasa sedih kerana semangat perlembagaan hanya dapat dibaca dalam buku undang-undang dan tidak dapat dirasai dalam kehidupan harian. Negara kita akan mula menuju ke arah kehancuran diri sekiranya Hakim Negara kita, dirampas peranan mereka sebagai wali perlembagaan. Peristiwa melucutkan “kuasa kehakiman” (judicial power) yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1988 telah memalukan hakim terhormat. Harapan rakyat kita terhadap kebebasan dan keadilan turut dihancurkan.

Semenjak itu, institusi kehakiman terus mengecewakan kita apabila isu seperti ini asyik berulang. Contohnya: terdapat hakim dalam Makamah Persekutuan yang tanpa malunya menyatakan bahawa konsep “pemisahan kuasa” (separation of powers) bukan ciri perlembagaan negara kita, Speaker Perundangan Negeri tidak berkuasa untuk menentukan kekosongan sesebuah kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) walaupun fungsi itu jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Negeri. Dan hari ini, ada pula hakim yang memutuskan bahawa raja berperlembagaan boleh memecat Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat. Sebenarnya, perlembagaan kita jelas menyatakan bahawa raja berperlembagaan kita tidak berkuasa untuk memutuskan perlantikan atau pemecatan Menteri Besar.

Mengapakah negara kita kehilangan arah? Ini adalah akibat daripada hakisan terhadap perlembagaan negara kita yang membawa bencana kepada kita. Negara kita kini sedang dijangkiti pelbagai penyakit yang memerlukan rawatan intensif. Kita kehilangan arah kerana negara kita sakit. Pada mulanya sakit dari segi semangat, dan diikuti dengan fizikal.


2. Negara fasis yang baru membangun

Inilah apa yang berlaku akibat daripada pemerintahan Mahathir selama 23 tahun, diikuti dengan pemerintahan anak didik kesayangannya Najib Razak. Kita kehilangan demokrasi. Akibatnya, kita turut kehilangan keupayaan untuk membezakan yang betul dengan yang salah. Kita membunuh pemuda berumur 14 tahun dengan senjata api; kita mempunyai beratus-ratus orang yang mati dalam tahanan polis; kita mempunyai pilihanraya yang tidak bebas dan tidak adil; kita mempunyai suratkhabar yang diberi lesen semata-mata untuk memburuk-burukkan nama lawan politik; kita mempunyai sebuah parlimen yang berbangga sebagai penyekat terhadap kebebasan bercakap dan bukan sebagai pembela hak istimewa ahli parlimen untuk bercakap tanpa ketakutan.

Hari ini, negara yang sakit ini telah dijangkiti sejenis penyakit politik yang merbahaya, iaitu, fasisme.


Fasisme

Apakah yang saya maksudkan sebagai “Fasisme”? Saya akan terangkan dan anda boleh menilai samada ini adalah benar atau tidak.

Negara fasis mahu rakyatnya taat kepada negara, tetapi ia merampas hak kebebasan rakyat. Ia memaksa rakyat menerima sejenis prinsip politik istimewa yang mengenakan pelbagai sekatan atas rakyat. Kumpulan yang lebih superior berhak untuk menggunakan kuasa mereka ke atas kumpulan yang lebih inferior. Maknanya konsep kesamarataan sesama manusia tidak diterima.

Anasir-anasir Fasis dari rupa luarnya nampak seperti pembaharuan dan pemulihan, tetapi hakikatnya, ia merupakan sesuatu yang paling reaksionar serta akan menjadikan rakyat terlalu bergantung kepadanya. Anasir-anasir Fasis akan menggunakan kuasa negara untuk merampas hak rakyat demi mencapai maklamat mereka. Mereka mempergunakan undang-undang dan mekanisme lain yang tidak munasabah, dan juga keganasan untuk menjana persasaan takut di kalangan rakyat. Dalam negara fasis, kepentingan semua pihak tidak akan dijaga dengan sama rata, hanya kepentingan segelintir elit pemerintah megara akan menikimati perlindungan.

Negara fasis sangat berminat untuk menyalahgunakan agama ataupun perkauman. Mereka mencipta ideologi dan budaya supremasisme perkauman dengan mendistorsi dan menghina nilai asas suci kepercayaan dan budaya tradisi kita, dan menjadikannya sebagai ubat ajaib politik. Mereka mempergunakan perasaan takut dan gelisah rakyat, memperalatkan perkauman dan agama sebagai modal untuk merampas kuasa pemerintahan.

Untuk mencapai tujuan ini, fasis akan menggunakan dasar pecah dan perintah di kalangan rakyat, di mana persamaan dan keadilan bukan untuk semua, dan hak istimewa hanya diberi kepada sogologan kecil yang digemarinya. Mereka melihat golongan istimewa ini lebih cemerlang daripada golongan yang lain, dan diberi lebih hak daripada yang lain.

Sebenarnya fasisme merupakan suatu sistem diktator yang mengagung-agungkan diri sendiri, pemimpin dan isteri pemimpin, dan menyebarkan dasar reaksionar yang chauvinistic melalui penggunaan kekerasan dan rasa ketakutan. Sesiapa yang patuh akan dihargai, manakala yang berani melawan akan berhadapan dengan baton polis, cannon air, atau dibuang negeri, ditahan tanpa batas waktu.

Jalur kehidupan fasisme adalah teori supremasisme ras. Anasir-anasir fasis takut diancam oleh musuh yang bertaraf lebih rendah. Sini boleh kita lihat kontradiksi utama fasis: Sekiranya musuh bertaraf rendah, bagaimanakah ia boleh menjadi ancaman kepada kita? Kita cuba fikir: Jika tiada musuh, apa yang supremist akan buat? Apa yang fasis boleh buat? Perilaku mereka yang tidak munasabah, dari penahanan menggunakan ISA, ke “kes melempar kepala lembu”, merupakan sebahagian daripada tindakan mereka untuk mencipta musuh khayalan. Teopri supremasisme ras bukan tentang dasar afirmatif atau diskriminasi positif, tetapi demi mendapatkan kuasa mutlak. Supremasisme ras selalunya kawan terbaik kepada fasis. Dalam pandangan saya, ini adalah realiti kepimpinan politik negara kita hari ini.

Malaysia hari ini memang merupakan sebuah negara fasis yang baru membangun. Slogan ‘Satu Malaysia’ adalah satu penipuan, perlu dilawan dan dihancurkan.

Jika rakyat kita menuntut perubahan, seluruh rakyat perlulah bangun bersatu melawan fasisme. Dalam perjuangan ini, kita tidak boleh bergantung kepada golongan yang kaya-raya dan berkuasa. Walaupun masih terdapat sebahagian kecil rakyat masih menempel pada rejim lama, tidak dapat mengenali kenyataan, kita perlu menghulurkan tangan untuk menyatupadukan mereka supaya terus melawan beratus jutaan “industri” yang melibatkan rent seeking dan korupsi, penyalahgunaan kuasa, pencabulan hak asasi, perampasan tanah dan perumahan, peminggiran sesebuah sector/kumpulan masyarakat, tata pemerintahan yang buruk, kesombongan pemimpin dan keluarganya.

Keteguhan kita mengejar keadilan, pada akhirnya, mesti akan menyampaikan satu mesej yang jelas bahawa sekiranya sesebuah negara tidak diuruskan/diperintah dengan betul, negara tersebut akan berakhir sebagai sebuah negara gagal. Sesebuah negara yang merosakkan semangat perlembagaan akan menuju kemunduran. Negara fasis mesti gagal kerana tiada ubat yang dapat menyembuhkan anasir-anasir fasis.


3. Negara Bangsa yang Kian Malap


Filipina merupakan salah satu contoh di mana negara kita tengah mengikut langkahnya ke arah kemerosotan. Sebelum kemerdekaan, Filipina mempunyai sistem kehakiman dan perundangan, kemudahan kesihatan dan sistem pendidikan yang baik, dan sumber tenaga manusianya jauh lebih banyak dan kuat daripada negara lain dalam rantau ini. Semasa merdeka, Filipina mempunyai system politik yang demokrasi, system kehakiman yang sihat membangun, kebebasan media, pembangunan pesat pertanian dan pendapatan per capita (GDP) yang lebih tinggi daripada negara lain (selain daripada Malaysia dan tiga lagi negara yang lain).

Namun demikian, ia kian malap sejak tahun 60-an. Kewangannya mengalami deficit, inflasi tinggi, tidak dapat menarik pelaburan luar dan ekonomi kian merosot. Krisis ekonomi Asia 1997 menerukkan lagi ekonomi Filipina. Pendapatan per capita rakyat menurun secara mendadak, keselamatan negara tidak terkawal, birokrasi cepat mengembang (bloated bureaucracies), pembalakan besar-besaran, ramai orang professional seperti doktor, jurutera, jururawat dan lain-lain berhijrah ke negara luar. 11% rakyat terpaksa mencari rezeki di negara luar dan mengirimkan wang balik ke tanahair untuk keluarga mereka. Kini, negara ini kena bergantung kepada USD$1,600 juta wang asing untuk hidup. Mahkamah mereka lemah dan korup, semangat “rule of law” langsung tidak wujud lagi. Mereka mengambil tindakan terhadap pemimpin-peminpin parti pembangkang dan aktivis, dan juga journalis dan agamawan (clergy).

Pada tahun 1986, Presiden Marcos yang telah memerintah Negara Pilipina selama 26 tahun, melarikan diri dengan isteri dan anaknya, dan membawa bersamanya 300 peti harta berharga yang mengandungi wang tunai, perhiasan, karya seni, dokumen dan barang-barang lain. Walaupun Marcos sudah meninggal dunia, tetapi ekonomi Negara Filipina masih belum sembuh sehingga kini.


4. Kestabilan ekonomi bergantung kepada Kebebasan dan keadilan


Adalah senang saja untuk sesebuah negara yang maju untuk menuju ke arah kemerosotan seperti mana yang telah berlaku di banyak negara lain, bukan sahaja Negara Filipina. Hari ini, Malaysia turut merupakan sebuah negara yang kian malap. Adakala pemimpin negara kita akan berkata, kalau negara kita terlalu demokrasi, terbuka dan bebas, ia mungkin membawa keburukan kepada negara. Nampaknya mereka berpandangan bahawa pemerentahan diktator, oligarki dan penindasan akan membawa kebaikan kepada negara kita.

Mereka cuba menunjukkan secara tidak langsung bahawa terlalu banyak kebebasan akan mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi. Tetapi mereka tidak pernah memberitahu kita bahawa bagaimana demokrasi telah memulihkan ekonomi di Korea Selatan. Gerakan reformasi Korea Selatan meletus di Gwangju pada 18 May 1980, dan akhirnya berjaya menjatuhkan pemerintahan diktator ketenteraan di Seoul selepas perjuangan selama 7 tahun. Hari ini, ekonomi Korea Selatan menduduki tempat kedua di Asia, hanya berada di belakang Jepun sahaja, dan perhimpunan aman dan protes terbuka di jalan raya biasa dijumpai di Seoul.


Indeks Persepsi Korupsi Malaysia Merosot

Pemimpin negara kita juga tidak mahu rakyat kita tahu bahawa mahupun di Indonesia, selepas gerakan reformasi yang berlangsung selama 10 tahun, ekonomi mereka kini mula lihat tanda pemulihan. Berdasarkan indeks Persepsi Korupsi tahunan Ketelusan Antarabangsa (Transparency International), indeks Indonesia telah meningkat dari 2.3 dalam tahun 2007 ke 2.6 dalam tahun 2008 dan 2.8 dalam tahun 2009 [iaitu 2.3 – 2.6 – 2.8], manakala indeks Malaysia telah turun dari 5.1 dalam tahun 2007 ke 4.5 dalam tahun 2009 [iaitu 5.1 – 4.5].

Dalam kedudukan antarabangsa, Indonesia turut mencapai peningkatan yang paling ketara antara semua Negara ASEAN. Ia telah meningkat dari tempat ke-145 dalam 2007 ke tempat ke-126 dalam 2008 dan ke-111 dalam 2009 [iaitu 145 – 126 – 111]
iaitu. Tetapi Malaysia jatuh dari tempat ke-43 dalam 2007 ke tempat ke-47 dalam 2008 dan ke-56 dalam 2009 [iaitu 43 – 47 – 56]. Penurunan sebanyak 9 tempat menjadikan kita negara yang paling banyak merosot dari segi Persepsi Korupsi di rantau ASEAN ini antara tahun 2008 dan 2009.

Kemerosotan sesebuah negara selalu bermula dari langkah pertama yang sama, iaitu campur tangan pemerintah dalam perundangan dan kehakiman yang menghalang penyampaian keadilan dan kebebasan, yang seterusnya bertunduk kepada kerajaan.

Mereka (institusi perundangan dan kehakiman) apabila bertunduk kepada kuasa, mereka sanggup menggadai apa-apa sahaja termasuk wang anda, tanah anda, dan lebih teruk lagi, nyawa anda. Diktator adalah sangat jelas bahawa mereka mesti memusnahkan semangat perlembagaan, barulah dapat mencapai tujuan mereka. Apabila M-Marcos yang terkenal dengan nama buruknya mendapati bahawa Perlembagaan 1935 akan menghalangnya untuk terus menjadi Presiden pada kali ketiga, dia telah mengumumkan pemerintahan tentera (martial law) pada 1972, mengabaikan Perlembagaan Negara dan terus pakai perlembagaan baru. Di bawah perlembagaan baru ini, tempoh memegang jawatan Presiden ialah 6 tahun setiap penggal, dan jumlah penggal untuk memegang jawatan ini tidak dihadkan.


5. Bangunlah Melawan


Kita haruslah bangun dan melawan elit dan oligarki yang menipu sendiri dan orang lain, mengatakan bahawa apa yang mereka lakukan adalah untuk kebaikan bangsa, negara dan agama mereka. Pada hakikatnya, mereka berbuat demikian semata-mata untuk menjamin kedudukan dan kekayaan mereka. Mereka membela kelemahan, ketamakan dan sikap gila kuasa mereka.Mereka kata mereka tahu apa yang rakyat mahu, tetapi sebenarnya mereka langsung tidak tahu. Rakyat Malaysia akan memutuskan apa yang baik untuk mereka.

Setiap lapisan masyarakat harus menyertai perjuangan mengejar keadilan. Ahli parlimen parti pembangkang sedang menghadapi kesulitan. Mereka yang bersemangat lemah mungkin akan melompat untuk menyokong atau menyertai BN. Ahli Parlimen lain yang memegang kuat kepada pendirian mereka dibuli oleh majority. Mereka tidak dapat berbahas secara serius tentang polisi dan undang-undang negara.

Peraturan Tetap Parlimen selalu digunakan untuk mencabuli hak bercakap Ahli Parlimen, menghalang mereka daripada membentangkan isu yang rakyat ingin tahu. Pihak polis tidak pernah berhenti mengganggu parti pembangkang, Sehingga kini, sudah ada 15 orang pemimpin parti pembangkang ditahan dan disiasat oleh polis di bawah Akta Hasutan. Tetapi, polis langsung tidak mengambil tindakan terhadap ketua UMNO yang saban hari mengemukakan pandangan perkauman. Ceramah parti pembangkang selalu tidak dibenarkan. Walaupun mereka mungkin mendapat permit, tetapi adakala mereka juga akan dihentikan bila program tengah dijalankan, terutuamanya bergantung kepada isu yang speaker ucapkan.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh BN tidak pernah diganggu. Pihak berkuasa tidak pernah sekalipun menghalang pemimpin UMNO. Surat khabar dan TV mereka berdusta dan menjalankan serangan peribadi terhadap saya secara terbuka. Sedangkan kami hendak berbincang tentang polisi dan tata pemerintahan, mereka pula menghasilkan foto yang palsu untuk menyerang anda. Bayangkan betapa rendahnya taraf pilihanraya di negara ini. Rakyat Malaysia haruslah berani untuk menolak kerajaan zalim ini. Politik kotor yang bermula dari zaman Mahathir mesti diakhiri.

Pakatan Rakyat tidak akan membuat janji-janji yang ia tidak dapat ditunaikan sekiranya ia berkuasa. Kami akan menghormati hak asasi dan maruah rakyat, menjaga masyarakat yang dipinggirkan atau yang miskin. Kami akan menggalakkan media yang bebas dan akan mengembalikan demokrasi. Yang sama penting sekali, anda semua harus memantau kami.

Jadi untuk mereka yang atas pagar: keadilan mesti diamalkan dalam negara ini, dan dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat. Kalau tidak, semangat akan meninggalkan tubuh negara ini, dan tubuh negara ini akan reput. Keadaan seperti ini merupakan tindakan bunuh diri . Satu-satunya jalan yang kita boleh ambil ialah, terus mengubati dan memulihkan semangat Perlembagaan yang telah sakit.

通告 Notification


成立18周年纪念,9月21日举办论坛

我们决定举办“‘509改朝换代’马哈迪当政,民主改革运动前进抑或倒退?”论坛与自由餐会,作为我们今年(2019年)纪念人民之友成立18周年的活动内容。以下4名专人欣然接受作为论坛的主讲人:
  • 兴权会2.0领导乌达雅古玛 (P. Uthayakumar)
  • 人权律师西蒂卡欣 (Siti Kasim)
  • 自由撰稿人及评论人唐南发(Josh Hong)
  • 媒体工作者及评论人蓝志锋(Lum Chih Feng)
4名主讲人将针对论坛主题分别出具论文,发表讲话,并回答现场问题。我们会在论坛过后,将主讲人的专题文章和讲话视频,上载到人民之友部落格(sahabatrakyatmy.blogspot.com),供公众阅览。我们希望通过此论坛激发更多的民主党团领导、学者、各阶层人士,共同为我国民主改革运动做出更大的努力和贡献。

论坛举办日期:2019年9月21日(星期六),时间:下午2:00—5:30时分,地点:柔佛古来,新国泰餐馆。论坛结束后才进行简单的自由餐会,同时进行互相交流。我们欢迎关心我国政治发展的公众人士前来聆听论坛主讲人的演讲并参加自由餐会(入场免费,但请事先报名参加,以便准备食物。有意参加者请填上表格https://forms.gle/SWbjEaiwNikEUiKF6或联系以下负责人)。

9月9日张贴一篇具参考价值英译文章

我们已在今年9月9日(成立纪念日)这天,发表人民之友秘书处委派人员翻译的一篇新加坡前工会领袖庄明湖2013年所撰写的《廿世纪六十年代新加坡左派工运遭遇问题探索(续篇)》(原是华文版)的英文译稿,作为人民之友18周年纪念的一个献礼——提供一个新马人民反殖独立运动遭遇敌人从内部破坏的历史殷鉴,为在9月21日举行的论坛所探索的现实课题,增添一份具有启示意义的参考材料。

“人民之友”是一个着重促进我国民主人权运动的思想交流平台。人民之友工委会都是义务的自愿工作者,我们坚持独立自主的立场,我们采取自力更生、节约苦干的方针,为推动我国民主人权运动朝向正确方向发展而奋斗。我们欢迎“有心人”赞助我们的这项活动及其他工作,有意赞助者请联系:

(1)朱信杰 017-7721511
(2)钟立薇 012-7177187
(3)吴振宇 013-7778320


Forum to be held on 21 September in commemoration of 18th anniversary

We will be organising “Mahathir returns to power after regime change in the 14th General Election, A progression or regression of the democratic reform movement?” forum cum buffet in commemoration of our 18th Anniversary. The following 4 experts have accepted the invitation to become our panel speakers:
  • P. Uthayakumar – Leader of Hindraf 2.0
  • Siti Kasim – Human rights lawyer
  • Josh Hong - Freelance writer and commentator
  • Lum Chih Feng – Media worker and commentator
All 4 panel speakers will present papers, deliver speeches and answer questions on the theme of the forum. After the event, we will also be uploading the paper and video of the speeches of the panel speakers to Sahabat Rakyat blog(sahabatrakyatmy.blogspot.com)as reference material for the public. Through this forum, we hope to inspire more leaders of democratic parties, organisations, scholars and peoples of all walks of life to make more contribution to the democratic reform movement of our country.

Particulars of the event are as follows:
Date: 21 September 2019 (Saturday)
Time: 2:00pm – 5:30pm
Venue: Cathay Restaurant Kulai, Johor
Buffet will start upon the completion of the forum, concurrent with the sharing session
. We welcome all who are concerned with the political developments in Malaysia to attend this event and join the buffet meal. (Admission is free, but please register in advance so that we can make necessary arrangement for food. If you are interested, please fill in https://forms.gle/SWbjEaiwNikEUiKF6or contact person in charge below)

9 September - Published the English rendition of an article of value for reference

On 9 September this year (the actual day of our anniversary), we had published an English rendition of the "Probing into the sufferings of Singapore's left-wing labour movement in the 1960s (Part II)" originally written in Chinese by Chng Min Oh, a former trade union leader in Singapore on Sahabat Rakyat blog, as a gift of our anniversary. This English rendition was translated by personnel delegated by the Secretariat of Sahabat Rakyat. This article provides a historical lesson learned about the destruction bore from within of the anti-colonial independence movement of the people of Malaya and Singapore plotted by the enemy, and constitutes revelatory reference material to the realistic issues that this coming forum is probing into.

Sahabat Rakyat is an ideological exchange platform that focuses on promoting democratic human rights movement in our country. All committee members of Sahabat Rakyat are volunteers. We adhere to the stance of being independent and autonomous, we adopt the principle of being self-reliant, thrifty and hard work, and strive to promote the development of the democratic human rights movement toward the right direction.
We welcome those who are generous hearted to sponsor this event and other work that we carry out. For those who are interested to sponsor, please contact:

(1)Choo Shinn Chei 017-7721511
(2)Cheng Lee Whee 012-7177187
(3)Ngo Jian Yee 013-7778320


此外,现居新加坡的庄明湖已将他在《人民之友》发表的《20世纪60年代新加坡左派工运问题探索》(正篇)一文的英文译稿传送到编辑部,因原文中所述人物的姓名或者是党团工会组织的全称或简称,在译文中尚未解决或有待查证,需要一些时日来完成——人民之友工委都是自愿挤出时间来进行工作的,因而无法很快完成。经过一番努力,我们终于在9月30日刊出,为我们的17周年纪念增添光彩!

值得在此一提的是,庄文所述的20世纪60年代新加坡工运遭遇问题(除了遭受来自外部的镇压,还要遭遇来自内部的破坏)的见解,或许能为一些读者(特别是不谙华文和不懂新马历史的读者)思考马来西亚民主改革运动在当前阶段面临马哈迪主义复辟的问题,提供一个历史殷鉴,或者是一个新的启示。


Malaysia Time (GMT+8)