Thursday, 29 April 2010

Kenyataan Akhbar Kali Ke-2 29hb April 2010 “Kes MB Berkembar Perak: Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia”

Forum “Kes MB Berkembar Perak:
Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia”

Panel Jemputan :
Datuk Seri Nizar, Dato Zaid Ibrahim, Yeo Yang Poh

Kenyataan Akhbar Kali Ke-2
29hb April 2010

Forum “Kes MB Berkembar Perak: Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia” akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 15hb Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Hotel Tropical Inn, JB (Aras 4)


Anjuran Bersama Dua Badan-Badan NGO

Selain daripada “Friends of Suaram (FOS) Negeri Johor”, “Persahabatan Semparuthi” turut bersama dalam menganjurkan forum ini. “Persahabatan Semparuthi” pada asalnya merupakan kumpulan individu yang prihatin pada masa depan kaum India yang giat mempopularkan sebuah majalah Tamil berjudul “Semparuthi” ataupun “Bunga Raya” yang melaporkan keadaan penderitaan yang dihadapi oleh Kaum India. Kumpulan ini kemudianya berkembang menjadi sebuah badan yang menpertahankan hak-hak asasi Kaum India dan memperjuangkan kepentingan rakyat pelbagai kaum.

Forum dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

Panel jemputan Forum termasuk bekas Menteri Besar negeri Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Dato’ Zaid Ibrahim dan bekas pengerusi Majlis Peguam Negara Encik Yeo Yang Poh. Panel-panel akan berucap dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu (mengikut keperluan semasa dan ditentukan oleh Panelist) dan mengemukakan kertas perbincangan.
Penceramah Unik dan Terkemuka

Datuk Seri Nizar Jamaluddin merupakan key person dan watak penting dalam kes MB Berkembar Perak. Beliau akan berkongsi pengalamannya dan memberi ucapan menarik, dengan cara istimewa, tentang isu-isu titahan Sultan untuk tidak membubarkan DUN dan keputusan mahkamah persekutuan dalam hal ini. Beliau juga akan menganalisa kesan kedua-dua insiden tersebut terhadap kemelut sistem perlembagaan negara kita.

Dato’ Zaid Ibrahim meletak jawatannya sebagai Menteri Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal kehakiman demi membantah penyalahgunaan ISA oleh kerajaan keatas orang ramai yang berlainan pandangan dengan kerajaan. Beliau merupakan calon PKR/PR dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor baru-baru ini. Beliau menyifatkan pilihanraya kecil ini sebagai “pilihanraya yang paling kotor dan paling korup dalam sejarah” selepas gagal memenanginya. Beliau merupakan seorang pemimpin politik kaum Melayu yang dikenali dan diberi perhatian ramai kerana berani menentang hegemoni perkauman UMNO yang dikenali dan diberi perhatian ramai. Beliau akan berucap berdasarkan latar belakang dan sudut pandangan yang unik ini.

Yeo Yang Poh merupakan seorang peguam yang berpengalaman. Beliau telah meminpin Majlis Peguam Negara untuk tempoh yang agak panjang. Beliau menerima penghormatan dari kalagan masyarakat kerana komitted dalam usaha menyebarkan fahaman demokrasi dan hak asasi manusia. Beliau akan berkongsi pandangan beliau dari segi undang-undang dan politik.

Forum ini terbuka kepada semua rakyat yang ambil berat tentang keadaan politik Negara kita. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Sila hubungi Cik Fang Pei Fen (016-7782707) untuk sebarang pertanyaan lanjut.

0 comments:

通告 Notification




Malaysia Time (GMT+8)