Monday, 23 February 2009

Cover Letter to GMP pada 23 / 2/ 2009

Cover Letter to GMP pada 23 / 2/ 2009


Kepada : pengerusi
Setiausaha

Menyampaikan secara rasmi pandangan kami terhadap PPSMI kepada Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP)

Tuan,

Suara Rakyat Malaysia (Caw JB), sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Johor Bahru, telah mengeluarkan satu kenyataan berkaitan Isu PPSMI pada 21hb Febuari 2009.
Kami juga sedar akan panggilan Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) untuk mengadakan himpunan besar-besaran bagi membantah perlaksanaan dasar PPSMI. Kami berasa amat gembira dan tertarik dengan kebangkitan Bangsa Melayu dalam membantah perlaksanaan PPSMI.

Kami menghantar kenyataan tersebut diatas kepada pihak tuan adalah untuk mengutarakan sedikit pendapat kami terhadap pendirian dan matlamat perjuangan GMP dari presepsi kami untuk dijadikan renungan pihak tuan.

Kami dengan ihklasnya berharap pihak tuan boleh memberi perhatian ke atas pandangan kami. Andai kata pandangan kami diteliti dan dipersetujui oleh pihak tuan, kami amat harap pihak tuan boleh merangkumi hasrat kami dalam Sinopsis Perjuangan Bahasa dan menyampaikan hasrat bersama kebanyakan Rakyat ini semasa perhimpunan besar-besaran pada 23hb Febuari 2009 di KLSCAH dan 7hb Mac 2009 di depan Istana Negara.

Kami menanti berita baik dari pihak tuan dengan penuh ihklas. Harap kami boleh berganding bahu dalam usaha membentuk masyarakat harmoni berbilang kaum berasaskan perinsip 'wujud bersama, makmur bersama'.

Artikel:
Surat Balas daripada GMP


0 comments:

通告 Notification




Malaysia Time (GMT+8)