Wednesday, 3 December 2008

RAKYAT MENUNTUT PERUBAHAN

[Kenyataan Akhbar JERIT Johor, Tarikh: 3 Disember 2008]

Kami merupakan satu jawatankuasa kerja yang menganjurkan kempen “Rakyat Pengayuh Perubahan” JERIT dalam kawasan negeri Johor. Kempen Rakyat Pengayuh Perubahan adalah satu inisiatif oleh Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) iaitu satu jaringan yang terdiri daripada gabungan pekerja kilang, masyarakat ladang, petani, peneroka bandar dan anak muda dan pelajar. Kempen ini dianjurkan bersama dan turut disertai oleh sesetengah kumpulan-kumpulan masyarakat, kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, NGO, kesatuan sekerja dan parti-parti Politik.

Kempen ini akan dilancarkan pada 3 Disember 2008 di Kedah, Johor dan Kelantan, dan seterusnya berbasikal dari negeri-negeri ini menuju ke Kuala Lumpur. Kami akan melalui pekan-pekan dan bandar-bandar utama dengan membawa mesej tentang isu-isu semasa yang memberi tekanan kepada kehidupan rakyat. Antaranya adalah penggunaan akta zalim seperti ISA ke atas rakyat, isu global seperti krisis makanan yang dihadapi oleh kebanyakan negara di dunia. Kami akan mengadakan pelbagai aktiviti seperti ceramah, teater jalanan dan persembahan di tempat persinggahan dengan penglibatan masyarakat setempat. Pengayuhan di peringkat Johor bermula pada 6 Disember 2008 dari Skudai menghala ke utara.

Secara amnya, perhatian rakyat Malaysia kini dialihkan dengan pelbagai isu lain yang berlaku tanpa memberi penekanan isu yang memberi kesan kepada rakyat. Maka, kempen berbasikal Nasional ini adalah satu cara untuk fokuskan pandangan rakyat terhadap masalah sebenar yang dihadapi dan bagaimana ianya boleh diatasi. Masalah rakyat hanya dapat diatasi dengan perubahan yang berdasarkan tuntutan rakyat. Kempen ini akan diikuti dengan menghantar memorandum ke parlimen pada 18 Dis 2008 untuk tuntut perubahan.

1) Tuntutan kempen “Rakyat Pengayuh Perubahan” JERIT dalam peringkat nasional adalah seperti berikut:
a) Mansuhkan ISA
b) Kawal Harga Barangan
c) Gubal Akta Gaji Minima
d) Perumahan Selesa untuk Rakyat
e) Kembalikan Pilihanraya Majlis Tempatan
f) Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Asas

Manakala dalam peringkat negeri Johor, kami akan memberi tumpuan dalam tiga perkara berikut:
a) Mansuhkan ISA
b) Hak berpersatuan dan pengharaman Hindraf
c) Kenaikan harga barangan dan kos sara hidup

2) Jawatankuasa Jerit di peringkat negeri Johor termasuk;-

Kempen “Rakyat Pengayuh Perubahan” diterajui oleh jawatankuasa pekerja dan masyarakat yang mahukan perubahan, bertujuan membawa mesej kesedaran tentang isu-isu semasa yang memberi tekanan kepada kehidupan rakyat. Anggota-anggota sedia ada di dalam menjayakan kempen di peringkat Johor adalah tersenarai seperti berikut:


 Persahabatan Semparuthi Johor
 Perjuangan Masyarakat Setinggan
 Suara Rakyat Malaysia, Cawangan Johor Bahru
 Friends of SUARAM Johor
 A//Liberty Collective
 Persatuan Telugu Johor
 Persatuan Tamil Neri cawangan Johor
 Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Johor
 National Union of Plantation Workers (NUPW) caw. Johor
 Kelab Penyokong PAS Johor
 Parti Sosialis Malaysia (Johor)
 Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ)
 PAS Kawasan Johor Bahru
 Unit Amal Johor
 Angkatan Muda Keadilan Simpang Renggam
 Pemuda PAS Kawasan Simpang Renggam
 PAS kawasan Simpang Renggam
 PKR Bahagian Kluang
 DAP Bahagian Kluang
 PAS Bahagian Kluang
 Pemuda PAS Kluang
 Unit Amal Kluang
 Makkal Sakti Johor
 PIBG SJK Tamil Labis
 Aktivis Bebas


Angkota-angkota JERIT di peringkat negeri Johor telah ditubuhkan pada bulan October 2008 untuk berganding bahu dalam menjayakan kempen ini. Sehingga sekarang, sebanyak 25 kumpulan daripada pelbagai pertubuhan, NGO-NGO, parti politik dan aktivist bebas dalam anggota-anggota JERIT peringkat Johor dimana kesemuanya bersama pendapat bahawa hanya kuasa rakyat dapat membawa perubahan sebenar untuk mengatasi masalah-masalah rakyat.

3) Penyerahan Memorandum kepada Menteri Besar Johor pada 5 Disember 2008
Kami menyeru agar mana-mana pertubuhan, NGO ataupun parti politik yang berkongsi rasa dan bersetuju dengan pandangan kami, untuk menyertai gagasan ini dan memberikan sokongan anda kepada tindakan susulan kami.

Kami seterusnya akan menyerahkan memorandum kepada Y.A.B Menteri Besar Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Othman pada 5hb Disember 2008 jam 11 pagi di Bangunan Sultan Ibrahim. Tuntutan kami adalah sama seperti yang tercatat di dalam kenyataan akhbar pada hari ini.

Maka, kami Jerit peringkat Johor dengan sukacitanya menjemput mana-mana NGO, pertubuhan ataupun parti politik yang berpendirian sama dengan kami untuk menandatangani memorandum dan menyertai program penyerahannya pada tarikh yang disebutkan tadi. Kepada mana-mana pihak yang ingin memberikan sokongan, sila hubungi koordinator kempen Basikal JERIT peringkat Johor seperti berikut: Saudara Zaaba (019 – 7320177), Saudara Sidiqin (013 – 7056243), Saudara Rajandran (016 – 7521848) atau Saudara Nyam (016 – 7782707)

0 comments:

通告 Notification




Malaysia Time (GMT+8)